15 Ogo 2018

8 TIPS MENGATASI MASALAH KEMBUNG PERUT BAYI

Mama-mama yang ada bayi kecil mesti biasa mengalami masalah camni. Susu dah bagi, pampers dah tukar tapi bayi masih meragam..letak tak kena, nak tidur tak selesa, dukung serba tak kena..
Mungkin bayi tak selesa sebab KEMBUNG PERUT ?

Antara tanda-tanda bayi mengalami masalah kembung perut adalah seperti bayi menangis secara berterusan tanpa sebab yang jelas, gelisah dan tidak selesa.

Apa nak buat bila bayi mengalami masalah kembung perut 




  • Elakkan makanan yang berangin bagi ibu yang menyusu. Ibu menyusu badan perlu mengelakkan dari mengambil makanan yang boleh menyebabkan kembung perut kepada bayi seperti kubis, brokoli, kafein atau makanan sumber tenusu. Sila check makanan yang tak sesuai untuk bayi kita ye.
  • Amalkan mengurut bayi dengan minyak telon atau minyak bayi selepas mandi di perut, belakang bayi dan tapak kaki. Urutan dapat mengeluarkan angin dan melegakan bayi yang tak selesa.

  • Pastikan teknik penyusuan yang betul. Bagi ibu menyusu badan pastikan pelekapan dan posisi penyusuan yang selesa dan betul supaya bayi dapat menyusu dengan selesa tanpa menelan angin
  • Pemilihan puting susu yang sesuai. Bagi bayi menyusu botol pastikan pemilihan puting botol yang sesuai dengan bayi dan saiz yang bersesuaian dengan usia bayi.
  • Sendawakan bayi selepas menyusu. Gunakan teknik yang sesuai untuk menggalakkan bayi sendawa untuk mengeluarkan angin yang terperangkap
  • Bedung, barut perut perlu atau tidak ? Antara petua orang tua-tua dulu penggunaan bedung dan barut perut di awal kelahiran bayi amat digalakkan untuk mengelakkan perut masuk angin dan mengurangkan risiko bayi terkena kembung perut.
  • Tuam atau tungku bayi. Ni pon amalan orang-orang lama untuk mengelakkan bayi kena kembung perut dengan menuam menggunakan tungku bayi yang dibuat dari bunjut berisi pasir atau lada hitam disangai sekejap di atas api, tuam bahagian perut dan tapak kaki bayi..
semoga bermanfaat untuk mommy semua, jangan gelabah dan jangan panik. Sekiranya berlarutan hingga muntah, cirit birit sila la bawa berjumpa dengan doktor ye

5 Nov 2017

PULAU PINANG BANJIR !!

serius pagi-pagi ni terpaku kejap dengar berita pulau pinang banjir teruk

teringat kisah duka banjir besar melanda kelantan 2014

apa yang penting semasa banjir ialah


  • kemas barang-barang penting seperti kad pengenalan, passport, dokumen-dokumen penting 
  • bekalan makanan, pampers, ubat-ubatan terutamanya yang ada anak kecil
  • ikuti arahan semasa dari semasa oleh pihak berkuasa, kalau dah diarah pindah baik pindah, situasi camni kita tak boleh nak jangka apa yang bakal jadi 
pengalaman pertama kali hadap banjir 2014 betul-betul bagi pengajaran buat kami semua

semoga semua nya selamat dan dipermudahkan segala urusan

24 Sep 2017

MINUM TEH HIJAU UNTUK BUANG ANGIN DALAM BADAN !!



MINUM TEH HIJAU UNTUK BUANG ANGIN DALAM BADAN !!


Hari ni share tips buang angin

Saja je kan alang-alang ramai yang mengadu badan banyak angin


Ni antara tips nya iaitu minum teh hijau omputeh panggil GREEN TEA

Teh hijau ni elok untuk penghadaman dan antara pilihan hangat mereka yang nak diet

Teh hijau jugak bagus untuk detox dan buang angin..

Minum teh hijau panas atau suam tanpa gula masa perut kosong..

Nak elok lagi boleh tambah LEMON, HALIA, BUNGA CENGKIH, DAUN PUDINA atau CHIA SEED

Hasilnya lawas pembuangan, buang angin kus-kus yang tersekat dalam badan dan perut terasa kempiss..

Nak senang beli je yang uncang tu..

banyak jenama kat pasaraya seperti BOH, AHMAD TEA, LIPTON, DILMAH dan macam-macam lagi..

boleh usha-usha kat pasaraya..

SELAMAT MENCUBA KORANG

#tips_meknani