31 Okt 2014

anemia ~ tekanan darah rendah


Apakah Anemia?Ia adalah suatu keadaan dimana sel darah merah yang matang yang membawa oksigen ke seluruh tisu badan berkurangan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dinamakan haemoglobin. Anaemia biasanya bermaksud haemoglobin yang tidak mencukupi. Paras Haemoglobin yang normal adalah diantara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.

Anemia ade banyak jenis and terbahagi kepada dua ,iaitu DIWARISI atau DIPEROLEHI
=DIWARISI
# Kecacatan membran

# Kecacatan globin

# Kecacatan enzim


= DIPEROLEHI
# Pemakanan

# Kehilangan darah

# Pendarahan dari faraj atau dubur disebabkan penyakit

# Kegagalan sumsum tulang
 # Kanser 
# Penyakit kronik 
# Ulser dan pendarahan dalam perut
# Kesan sampingan ubat 
# Penyakit autoimun 
# Jangkitan 
# Kehamilan terlalu kerap
 
Gejala-gejala termasuk:
  • Keletihan setiap masa
  • Pening
  • Sesak nafas apabila melakukan atktiviti fizikal
  • Kulit pucat
  • Kadar denyutan jantung yang cepat
  • Kurang daya ingatan
  • Kurang berat badan
 
Rawatan Anaemia bergantung kepada jenis Anaemia yang dihadapi.
 
· Jika ia disebabkan oleh masalah perubatan seperti Talasemia, Leukaemia, rawatan khusus perlu dilakukan.
 
· Jika ia disebabkan oleh kekurangan zat besi, maka ia perlu mengambil makanan seimbang yang mengandungi zat besi yang tinggi dan juga pil tambahan zat besi
 
Dari segi makanan tambahan, Shaklee mengesyorkan pengambilan Vitalea utk mengatasi anemia...
 
Vita-Lea® Iron Formula
  • Multi yang Hebat
  • Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
  • Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan
  • Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.
 
Penggunaan harian, Vita Lea boleh:
 
· Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
· Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
· Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
· Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*
 
Apa yang uniknya Vitalea shaklee???
 
ü Tablet disaluti spirulina, sangat larut dalam air dan mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan maximum di usus kecil
ü The best multivitamin dlm public interest thn 2000.
ü Ujian klinikal menunjukkan pengambilan vitalea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sbnyk 65%
ü Disokong oleh 7 kajian klinikal
ü Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel2 baru
ü Menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan potensi produk..
atasi masalah anemia dengan kadar segera terutamanya ibu hamil
jom dapatkan suplimen kesihatan anda
sms @ whatsapp 0148004196

30 Okt 2014

kelebihan ayat Al-Kursi

 
Ayat Kursi adalah seutama-utama ayat dalam Al-Quran. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Fadhilat dan kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam 99 hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain. Antaranya adalah:
 
  1. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.
  2. Sesiapa berwudhuk lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
  3. Sesiapa membaca Al-Qursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70 000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.
  4. Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
  5. Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan.
  6. Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah azza wa jalla akan memberikan pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya.
  7. Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakirandidepan matanya.
  8. “Sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
  9. Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya danmenghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari,
  10. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
  11. Sesiapa membaca ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali:
  • Di tengah malam atau dikuti solat Hajat, Insya Allah berhasil hajatnya.
  • Memperolehi hidayah dan petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
  • Meningkatkan kecerdikan dan terang hati.
  • Terlepas dari masalah dan kesukaran serta dimudahkan rezeki dan cita-cita.
12. Sesiapa membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu, ia akan;
Berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain dan terpelihara daripada tipudayadan ganguan syaitan.
  • Allah menganugerahkannya hati-hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala para nabi juga dilimpahkan padanya rahmat.
  • Allah akan mengambil rohnya seperti orang yang berperang bersama para nabi sehingga mati syahid.
  • Terpelihara dari kekerasan malaikat maut dan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya.
  • Allah Azza Wa Jalla tidak menegah akan dia daripada masuk syurga.
  • Dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.
 
 
 
 
 
 
13. Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya;
  • Allah SWT. mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama tidurnya hingga subuh.
  • Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke Subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya.
  • Terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
  • Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran- jirannya.
  • Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.
14. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan;
  • Mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
  • Terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
  • Allah akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

29 Okt 2014

kelebihan Garlic shaklee ~ tablet bawang putih ~

Antara kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex Shaklee adalah Garlic Complex ini diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan BEBAS 100% daripada penggunaan racun perosak.

Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada suhu terkawal iaitu suhu bilik semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100% ( tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunayi Allicin aktif.) Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat dan mempunyai sifat penyembuh. 




Kegunaan Allicin pada bawang putih untuk kesihatan manusia : 

  • Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
  • Menormalkan keseimbangan lipoprotein
  • Menurunkan tekanan darah
  • Mempunyai anti-darah beku dan anti aktiviti radang
  • Berfungsi sebagai anti oksidan 
  • Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
  • bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
  • Bantu rawat asthma




Kelebihan GARLIC Shaklee : 


  • Mengandungi Spearmint - Mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung
  • Mempertingkatkan sistem penghadaman dengan formula uniknya mampu menyelesaikan masalah seperti kembung perut, gastrik, ketidakhadaman. Garlic juga mampu menentang bakteria H.Pylori dan menghalang ulcer gastrik.
  • Menurunkan kolesterol dengan menurunkan kolestrol LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang stroke serta penyakit Koronari.
  • Menstabilkan glukos 
  • Membantu mencegah kanser dengan mengurangkan bahan pencetus kanser - Nitrosamine
  • Membantu menurunkan tekanan darah tinggi - 2-4tablet garlic dapat menurunkan darah tinggi dengan 8 point
  • Menghalang alergi - sinus, alergi,asthma, selsema dan hepatitis.
  • Detoksifikasi - Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Garlic juga mampu melindungi sel-sel darah dari dimusnahkan oleh logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia.
  • Antibiotik yang selamat & semulajadi - Garlic adalah antibiotik semulajadi dan selamat untuk  kegunaan jangka panjang untuk menigkatkan sistem imun tubuh lalu menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis Candida.

sms @ whatsapp 0148004196 untuk info lanjut

28 Okt 2014

cara merawat tumit kaki pecah ~ merekah







Antara Punca tumit kaki merekah adalah :

~Berdiri terlalu lama
~Kerap memakai kasut tumit tinggi
~Kulit kaki terlalu kering
~Kerap berjalan

Tips merawat tumit kaki merekah:

Cara 1
Ambil buah betik muda, hiris kulitnya.Ambil getah dari kulit betik tersebut dan sapu
pada tapak kaki yang merekah. Biarkan selama 20 minit dan bilas tapak kaki.
Lakukan selama 2 kali seminggu.

Cara 2
Ambil ubat gigi.Sebelum tidur,sapu pada tapak kaki.Esok pagi,masa mandi basuh
dengan berus.Nak lebih berkesan guna batu sungai.Tapi nak cari dekat mana
kalau duduk kat bandar ni..hehe..

Cara 3
Mengelak rekahan pada kaki. Basuh kaki dengan air suam dan keringkan. Sapu dengan asam jawa yang dicampur dengan sedikit air. Biarkan kering. Esoknya basuh dengan air suam. Sesuai dilakukan pada waktu malam. Buat selama seminggu.

Anda juga boleh amalkan vitamin Shaklee iaitu Vitamin E untuk secara dalaman dan Herbal Cream Blend untuk sapuan di bahagian luaran.

Vitamin E bertindak untuk membantu memperbaiki sel-sel kulit yang telah mati. Apabila sel-sel kulit dah diganti, ini akan menyebabkan kulit di bahagian luaran akan tampak sihat

Herbal Blend Cream adalah krim untuk sapuan luaran bagi melembutkan lapisan-lapisan kulit yang kering. Ia akan mempercepatkan dengan pengambilan serentak dengan vitamin E.

untuk info lanjut
sms @ whatsapp 0148004196

27 Okt 2014

KENAPA AKU ???

KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui
org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA KECEWA?QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?QURAN MENJAWAB
"Hanyalah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari Rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

25 Okt 2014

jenis-jenis keputihan



Apa jenis-jenis keputihan ??


1. Cairan jernih, berlendir banyak tapi tidak berbau
Hal ini normal terjadi ketika seorang wanita mendekati waktu haid, kelebihan hormon estrogen dan tekanan emosi. Keputihan seperti ini juga berlaku pada wanita hamil.

2. Cairan seperti susu kental, pekat, sangat banyak dan berbau
Kemungkinan telah terjadi radang pada serviks/leher rahim (servisitis) dan vagina (vaginitis).

3. Cairan berwarna coklat, cair seperti air, sangat banyak dan lembab
Kemungkinan wanita tersebut menderita vaginitis, servisitis, gangguan pembuluh darah pada serviks, endometriosis atau ketika dalam rawatan kanser. Warna coklat timbul akibat perdarahan yang terjadi akibat sebab tersebut.

4. Cairan berwarna kelabu dengan garis darah, cair seperti air, sangat banyak dan berbau busuk
Wanita tersebut menderita ulser vagina, vaginitis. Kemungkinan yang lain adalah kanser peringkat awal.

5. Cairan berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau
Kemungkinan berlaku jangkitan bakteria. Gejala ini juga berlaku apabila seorang wanita mempunyai hormon estrogen lebih.

6. Cairan putih, cair, berbau disertai rasa pedih ketika buang air kecil dan gatal di sekitar kemaluan
Kemungkinan wanita tersebut mengalami jangkitan kulat. Candida albicans adalah kulat yang sering menyerang di kemaluan seorang wanita.

7. Cairan kuning kehijauan, berbuih, merah, sangat banyak, gatal, berbau busuk dan sakit pada sekitar kemaluan serta kemerahan pada vagina
Berlaku jangkitan yang disebabkan oleh kuman protozoa Trichomonas vaginalis.

8. Cairan berwarna kuning, pekat, sangat banyak, terasa panas dan gatal pada kemaluan, sakit sekitar kemaluan, sakit buang air kecil
Kemungkinan berlaku jangkitan yang disebabkan oleh Nisseria gonorrhoe atau disebut GO.


Cara untuk merawat keputihan :

1. Gunakan pencuci vagina yang mempunyai kadar pH rendah dan tidak mengandungi bahan kimia. Kadar pH yang tinggi boleh menyebabkan kekeringan dan iritasi.
2. Amalkan memakan bawang putih atau yogurt asli. Kedua-dua makanan ini bersifat anti bakteria dan meningkatkan imun badan.
3. Elakkan makanan yang manis kerana gula adalah sumber makanan bakteria.
4. Sekali sekala basuh di tempat sulit dengan menggunakan air rebusan daun sirih. Selain membunuh kuman, ia juga dapat menyegarkan dan mengurangkan rasa tidak selesa di kawasan tersebut.

Set Merawat Keputihan Shaklee terdiri daripada:
  1. Alfalfa - Kaya dengan klorofill yang bersifat antikulat.
  2. GLA – Menghalang kulat daripada merebak.
  3. Garlic – Antibiotik semulajadi, antikulat dan membantu meningkatkan imun sistem badan

24 Okt 2014

petua untuk meredakan selsema dan batuk bayi @ kanak-kanak


Susah hati kan kalau anak selsema atau batuk..asyik meragam je sebab susah nak bernafas. Nak bagi ubat selsema cam ragu-ragu sikit sebab baby lagi kan..takut kesannya dikemudian hari..so di sini nak share antara petua-petua yang dikutip sedikit demi sedikit dari majalah, blog dan yang biasa saya buat.
  • Sapu bam/minyak yu yie sikit pada dada, kaki, ubun-ubun..sikit je, biar berangin ala-ala je
  • Sentiasa pakaikan stokin bila dia tido
  • Stop dulu bagi susu formula, tapi tukar pada barli suam..bila dia batuk, kita bagi susu formula, bertambah geladak dalam tekak dia, so lagi burukkan batuk dia
  • Tinggikan bantal dia, mengiringkan dia
  • Sapukan dengan Minyak Bawang Putih : Cara membuat minyak bawang putih -Panggang bawang putih dgn kulit sampai masak atau kulitnya sudah hitam, kemudian lenyekkan pada minyak, sapu di dada anak ketika batuk selsema.
  • Petua Garlic socks : Letakkan bawang putih pada stokin anak. Pakaikan anak stokin berlubang besar sedikit sprt jenis berkait atau yg berlubang- lubang, kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yg telah ditumbuk tidak perlu lumat, untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih). Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan shj minyak bawang putih yang telah dibuat sprt  di atas, dan sapukan pada tapak kaki anak.
  •  Petua bawang merah : Potong bawang merah kepada 2 dan letakkan di tepi bantal anak, buat selama 3 hari berturut. Bawang akan meng'absorb' semua virus2 di udara. Bawang yang terdedah tadi jangan di gunakan didalam makanan kerana dikuatiri memudaratkan. 
  • Teknik percussion perlu di buat 1 minit bahagian kiri belakang badan dan 1 minit bahagian kanan belakang badan dan telentangkan anak ke depan dan tepuk selama 1 minit bahagian depan kiri dada dan 1 minit bahagian kanan depan dada. Ulang proses tersebut sehingga sekurang2nya 10 minit. Sekiranya anak meronta dan menangis itu lebih baik kerana dia menyedut wap tersebut dengan lebih agresif. Kalau tangan anak bergerak2, bedung anak tersebut dan salinkan pakaian baru selepas selesai proses steaming.
  •  berusia satu tahun ke atas dan sudah boleh minum dari gelas atau botol, berikan air suam bercampur sedikit madu dan lemon. Ini membantu anak puan mendapatkan kelegaan dari batuknya
  • limau nipis dan ambil daun sirih lalu celup ke dalam air perahan tadi. Selepas itu, sapukan pada dada dan leher bayi
  •  ambik halia muda tumbuk dan cuma bagi dia hidu je
  • ·Boleh gunakan daun kaduk. Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti
  • Kalau anak kita dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. InsyaAllah batuk akan hilang.
  • Ambil secawan air didihan beras. Minum ketika suam. Amalkan selalu.
  • basahkan ubun-ubun kepala. Ulang beberapa kali
  • Campurkan hirisan lemon, bawang putih & minyak zaitun komersial (mengandungi Vit A, C, E).Ramas campuran hingga mengeluarkan bau yg segar.Gunakan minyak ini untuk mengurut bahagian tapak kaki, belakang badan atau bahagian lain tubuh anak-anak.Ia bagi merawat/mengurangkan demam selsema yg sgt mudah menjangkiti kita terutama bayi dan kanak-kanak-kanak.
 semoga bermanfaat kepada semua ibu-ibu dan ayah-ayah yer..
selamat mencuba !