9 Apr 2014

BAKAR LEMAK DENGAN MEMBUAT KERJA RUMAH ??

kerja rumah dapat membakar lemak,,betul ke,,mungkin betul jugak,,nak siapkan iron baju-baju keje pon dah peluh-peluh badan den,,huhu,,,jom nak share sikit antara kerja-kerja rumah yang berupaya membakar lelemak yang ada dalam badan kita..


Memiliki tubuh badan yang diidamkan sememangnya mengambil masa yang lama. Malah, belum tentu anda mempunyai masa yang betul-betul tersusun untuk mengikut jadual di pusat gim melainkan anda mengetahui rahsia menurunkan kalori paling cepat hanya ketika berada di rumah.

Membasuh kereta
Ketahuilah bahawa lelaki yang membasuh kereta tampil lebih menarik berbanding wanita lebih-lebih lagi jika anda tidak mengenakan pakaian sambil melakukan beberapa senaman. Membasuh kereta selama setengah jam membantu membakar 143 kalori. Anda boleh membakar lebih kalori jika anda melakukan beberapa beberapa 'adegan' seperti melunjurkan kaki saat membasuh tayar, melakukan lompatan mahupun mengelilingi kereta anda!

Berkebun
Melakukan aktiviti berkebun mampu membakar sebanyak 265 kalori setiap jam. Melakukan senaman squad ketika bercucuk tanam boleh menghasilkan otot dan jika diteruskan, pembakaran kalori boleh meningkat kepada 306 setiap kali anda berkebun.

Membasuh pakaian
Sama ada menggunakan mesin basuh atau basuhan tangan, percaya atau tidak bahawa anda mampu membakar kalori sebanyak 144. Melakukan senaman squad apabila anda sedang mengutip pakaian diikuti dengan mencangkung dan bangun semula selama 30 saat, diulangi sehingga selesai membasuh pakaian boleh meningkatkan pembakaran kalori kepada 178.

Mengemop
Ambil alih tugas mop lantai dari isteri atau ibu anda kerana hanya mengemop lantai mampu membantu membakar kalori sebanyak 112 setiap setengah jam. Membersihkan permaidani, mengemop lantai tiga kali seminggu membantu bahu dan tangan anda bersenam dengan cara mudah. Selepas ini, aktiviti mop lantai mungkin menjadi satu aktiviti wajib buat setiap minggu.

Memasak
Anda mungkin terkejut apabila anda mampu membakar kalori sebanyak 150 hanya kerana berada di dapur. Meskipun tidak banyak kalori dibakar tetapi ia lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa. Berdiri, berulang-alik ke pantri mengambil barang dan memotong daging juga boleh menyebabkan anda berpeluh!

 lepas ni sape-sape yang nak selim melim tu kena rajin-rajin ler buat kerja rumah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan