23 Jul 2015

9 tanda-tanda bersalin

Assalamualaikum...
wahh dah lama rasanya x berblog ni..dah bersarang labah-labah dah agaknya blog ni..hehe
alhamdulillah hari ni rasa nak share2 sikit pasal bersalin memandangkan diri ini jugak tengah menunggu hari..barang-barang baby n mama dah beres, GL dah beres, kelengkapan anak-anak kt umah pon dah beres, keje-keje ofis pon dah beres..
Neves ??? of coz la..walaupon yang ni kali ketiga tapi perasaan itu tetap ada...


biasanya bila dah dekat-dekat due saya akan perhatikan tanda-tanda dibawah tapi tak semua wanita alaminya..bergantung pada individu masing-masing..tak sama tau tapi boleh la dijadikan rujukan..
Jom ibu2 kita kenali 9 tanda-tanda bersalin yang biasa dialami oleh ibu2 yang akan melahirkan baby comel dan cute….

1. Kontraksi Braxton-Hicks
– Kontraksi ini membantu menipis, memendek dan membuka serviks sebagai persediaan kelahiran bayi nanti. Kebiasannya sakit kontraksi ini seperti cramp semasa datang haid dan ia kebiasaannya berlaku 1-2 minggu sebelum kelahiran ( yang ni dari 35weeks dah rasa, kadang2 sampai menitis air mata..huhu..dan semakin kerap 2-3 ari ni cuma selang masa x konsisten lagi so leh consider lagi la..hikmahnya BH nya badan kita dah bersedia dgn kesakitan untuk menghadapi true labour..so hadapi dengan tenangnya,,hehe )

2. Sakit Belakang Bahagian Bawah
– Ianya berlaku kerana kedudukan bayi lebih rendah dan terasa sangat berat (start minggu lepas mula rasa berat ke bawah rupa2nya gi klinik akak misi kata baby dah engaged..memang tak leh duduk lama la atas kerusi, mula la tawaf dalam ofis )

3. Pecah ketuban
– Hanya 1/10 ibu2 mengalami pecah ketuban sebelum kelahiran…selebihnya doktor yang akan pecahkan dalam bilik bersalin ( yang ni belum lagi..)

4. Lendir pekat bercampur darah (bloody show)
– Lendir ini merupakan pluk yang melindungi bayi daripada sebarang jangkitan. Bila pluk mula keluar bayi anda sudah bersedia untuk bergerak ke bawah secara perlahan2 dan kepala akan masuk kedalam rongga pelvis. Masa untuk kehospital jika kontraksi semakin kerap yea. ( minggu lepas ada plug tanpa darah tapi sikit je ala-ala putih telur giteww tapi as long as xde sakit konsisten memang mama tabah je la )

5. Kerap kebilik air
– Ibu2 akan kerap kebilik air kerana saluran kencing dah ditekan oleh baby yang sudah mula bergerak ke bawah ( yang ni memang Benar..asal bangun berdiri je rasa nak kencing,,mak cakap rambut baby lebat,,nanti kita tengok la yer )

6. Perut rasa memulas seperti nak buang air besar
– Tekanan kepada saluran untuk buang air besar semakin terasa kerana kedudukan baby semakin kebawah ( yang ni pon dah makin kerap rasa )

7. Cirit Birit
– Hormon kelahiran akan menyebabkan pergerakan usus yang kerap untuk mengosongkannya bagi memberi lebih banyak ruang laluan untuk kelahiran bayi nanti..ia juga akan membutkan ibu2 terasa loya ( memang lawas la seminggu dua ni..silap makan sikit mula laa..)

8. Keputihan
– Lelehan keputihan makin terasa… 

9. Berat badan berkurangan
– Berat badan ibu2 akan sedikit berkurangan atau tidak naik bila kelahiran baby semakin hampir ( yang ni memang berat dah mula turun,.checkup minggu lepas pon berat makin turun walaupon makan punyer la banyak masa raya..2-3 ari ni dah xde selera nak makan pulakk )

checklist2 rasanya hampir keseluruhan tengah alaminya sekarang..huhu,,cuak tak ?? 
semoga kita sentiasa dipermudahkan segala urusan..tanda-tanda ini untuk rujukan kita supaya beringat jer..jika berlarutan sila lah ke hospital yer,,,


belum ada SET BERPANTANG ??
meh dapatkan set bersalin SHAKLEE 
untuk info lanjut boleh sms @ whatsapp 0148004196