30 Nov 2014

jenis-jenis kulit yang perlu anda tahu


Berikut merupakan jenis-jenis kulit yang perlu diketahui :

1-Kulit Normal
2-Kulit Kering
3-Kulit Berminyak
4-Kulit Kombinasi

KULIT NORMAL
Kulit jenis biasa ( normal ) adalah kurniaan tuhan iaitu kulit kelihatan halus dan bersih - seperti kulit bayi.

KULIT KOMBINASI
Kulit jenis ini adalah licin, lembut dan lembab apabila disentuh. Kadang kala kulit jenis ini lebih kepada kering atau berminyak. Keadaan pori pori adalah sekata dan halus. Warna kulit nampak sihat dan berseri. Penjagaan kulit sebegini harus diamalkan supaya selalu kelihatan bersih dan gebu. Kadang kala kulit sebegini akan bertukar, bergantung pada penjagaan, jenis produk yang digunakan , keadaan persekitaran dan hormon.

Masalah masalah biasa yang mungkin dihadapi :
Kelenjar minyak yang tidak sekata
Muka kering
Jeragat (pigmentasi)
Whitehead ( Milia Seed )

KULIT KERING
Kulit jenis ini biasanya kurang berminyak / lembab atau kedua duanya sekali. Keadaan ini disebabkan oleh kelenjar minyak yang kurang aktif atau terdedah pada penghawa dingin ( air–conditoner ), pembersih muka yang beralkali tinggi ( sabun mandi yang buih berlebihan ), kurang minum air dan ubat - ubatan ( medications – Roaccutane ).

Masalah masalah yang biasa dihadapi adalah:
Kedut / garis garis halus
Bintik bintik hitam (freckles)
Whitehead ( Milia Seed )
Hitam di sekeliling mata
Jeragat (pigmentasi)
Keseluruhan muka kering dan kusam

p/s : cuba tekan pipi anda dengan jari telunjuk... dan halakan ke arah hidung secara perlahan dan lembut... .. jika terdapat garis-garis menunjukkan kulit anda adalah kering dan perlu diberi perhatian.." kulit kering adalah salah satu penyebab jeragat!!!

KULIT BERMINYAK
Kulit jenis ini biasanya kelihatan tebal dengan pori pori terbuka. Ia kemungkinan bermasalah ( jerawat - akibat penyumbatan pada pori pori) kerana kelenjar minyak terlalu aktif menghasilkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit. Disampig itu, faktor hormon ( remaja ), cuaca yang panas dan makanan yang berlemak tinggi juga boleh menyebabkan kulit berminyak. Kebaikan kulit sebegini adalah ia melambatkan proses penuaan.

Masalah masalah yang biasa di hadapi adalah seperti berikut:
Blackhead
Jerawat
Pori pori terbuka
Parut
Keseluruhan muka berminyak

KULIT BERMASALAH
Kulit bermasalah mempunyai ciri yang sama seperti kulit berminyak iaitukelenjar minyak terlalu aktif. Faktor hormon ( remaja ) merupakan salah satupunca minyak berlebihan. Jerawat terjadi apabila pori pori yangmengeluarkan minyak berlebihan akan merangsang pembiakan bakteria.
Inilah yang menyebabkan jerawat (acne) timbul. Oleh itu, pembersihanyang sempurna amat digalakan. Hormon yang tidak seimbang ketika
berlakunya pengaliran haid menyebabkan pertumbuhan jerawat padabahagian mulut, dagu dan dahi – ini hanya sementara waktu.

Masalah masalah yang biasa adalah seperti berikut:
Blackhead
Jerawat
Jerawat batu
Pori-pori terbuka

Kulit Sensitif
Jenis kulit ini sangat peka terhadap rangsangan factok luar. Misalnya perubahan cuaca,ia boleh mengakibatkan kulitnya pecah-pecah, memerah dan pedih. Kesalahan penggunaan kosmetik akan mempengaruhi kulit tersebut. Perhatikan betul-betul kegiatan harian kita , terutama apa yang kita makan, jenis produk ,skin care yang kita guna dan keadaan persekitaran,tempat kita selalu lepak,kerja dalam aircond, panas terik atau banyak lagi faktor persekitaran.

Anda boleh lihat bila keadaan sensitif itu terjadi?

  • Guna produk muka jenama baru
  • Makan sesuatu jenis makanan
  • Terdedah dengan perfume, pewarna rambut,atau apa2 bahan kimia
  • Masa mandi dan minum air berklorin
  • Terkena sabun cuci baju
  • Berada di tempat atau bangunan tertentu
  • Sedang stress
    Simptom semasa kulit sensitif
  • Kulit menjadi merah
  • Kulit menjadi pedih
  • Kulit mengelupas
  • Kulit rasa terbakar
  • Tompok-tompok hitam
  • Naik ruam /jerawat
  • Semua diatas.
  • ada masalah kulit ?
    nak dapatkan suplimen shaklee yang sesuai dengan masalah kulit anda
    sms @ whatsapp 0148004196
    harnani 934707

    19 Nov 2014

    makanan yang mengurangkan stress

    stress di tempat kerja ??
    stress belajar ??
    stress di mana-mana ???
    sabar..banyakkan berselawat dan tenang kan diri..
    hari ni nak bercerita tentang makanan yang dapat mengurangkan stress



    Oren
    Kajian dari German menunjukkan bahawa vitamin C membantu untuk mengurangkan tekanan dan membuatkan tekanan darah menjadi normal semula. Vitamin C juga dikenali untuk meningkatkan sistem imunisasi dalam badan.

    Kentang
    Kentang boleh mengurangkan stress kerana ia memuaskan keinginan anda untuk mendapatkan karbohidrat dan kemanisan apabila anda berada di bawah tekanan yang berlebihan. Kentang penuh dengan 'betacarotene' dan lain-lain vitamin serta fiber yang membantu badan anda untuk memproses karbohidrat dalam proses yang mantap.

    Aprikot kering
    Buah aprikot kaya dengan magnesium yang mana dapat mengurangkan tekanan dan boleh mengendurkan otot secara semulajadi.

    Almond, pistachio & walnut
    Kacang almond penuh dengan vitamin B dan E dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi. Manakala walnut dan pistachio membantu untuk menurunkan tekanan darah.

    Ayam belanda
    Daging ayam belanda mengandungi amino asid yang juga dipanggil 'L-trytophan'. Amino asid ini juga melepaskan serotonin, satu bahan kimia yang baik untuk otak. Inilah sebabnya orang berasa sangat tenang selepas makan daging ayam belanda.

    Bayam
    Kekurangan magnesium dalam badan boleh menyebabkan migrain dan rasa keletihan. Satu cawan bayam memberikan 40 peratus magnesium yang anda sememangnya perlu dalam badan.

    Salmon
    Ikan salmon mempunyai asid lemak Omega 3 yang tinggi yang mana boleh membantu menangani penyakit jantung. Kajian menunjukkan bahawa Omega 3 menyimpan hormon tekanan daripada memuncak.

    Avokado
    Lemak tidak tepu dan potassium yang ada dalam buah avokado membantu untuk mengurang tekanan darah dalam badan. Potassium yang cukup dalam badan boleh mengurangkan tekanan darah dan tahukah anda, avokado mempunyai lebih potassium berbanding pisang?

    Sayur-sayuran hijau
    Brokoli, sawi dan sayur-sayuran hijau lain adalah sumber utama vitamin yang membantu menyegarkan badan anda di kala stress.

    Manisan-
    Hormon stress juga dikaitkan dengan proses penyimpanan lemak dibahagian perut. Hanya dengan meletakkan sedikit manisan dibahagian lidah dapat membantu mengurangkan stress yang sedang dialami.

    Roti gandum beserta jam atau madu
    Makanan yang kaya dengan karbohidrat dapat membantu untuk meningkatkan hormon serotonin ( hormon yang membantu untuk memperbaiki mood dan juga memberikan ketenangan kepada anda ).

    Ikan salmon-
    Asid lemak omega-3 membantu sel-sel otak anda berfungsi dengan lebih baik. Ia juga berkesan dalam mengurangkan stress yang sedang dialami.

    Coklat gelap-
    Coklat gelap mengandungi kandungan endorphin, yang membantu untuk meningkatkan lagi sistem otak serta mengurangkan stress.

    Susu-
    Khasiat didalam susu dapat membantu untuk mengurangkan lagi tekanan darah seseorang dan juga stress.

    Minum koko panas-
    Air koko panas membantu untuk meningkatkan suhu tubuh seseorang, yang memberikan rasa keselesaan dan juga turut meningkatkan fungsi otak.

    Minum teh
    Satu kajian yang dilakukan oleh University College London menunjukkan seseorang yang minum teh empat kali sehari selama enam minggu dapat mengurangkan penghasilan hormon kortisol yang menjadi punca stress.

    Minum air sejuk
    Air sejuk dapat merangsang endorphin yang turut membantu dalam mengurangkan stress.

    Daging -
    Tahukah anda daging merupakan makanan yang terbaik untuk diambil ketika stres. Ini kerana daging mengandungi zink, zat besi, vitamin B yang penting dalam mengawal mood. Tetapi jangan diambil dalam kuantiti yang banyak, hanya memadai satu cawan kecil daging merah sahaja.

    Asparagus dan Vitamin B -
    Kedua-dua ini kaya dengan asid folik yang mampu menstabilkan emosi. Sumber dari kedua-duanya ini berperanan menghasilkan serotonin dalam otak yang akan membantu mewujudkan rasa tenang dan gembira. Apabila mengalami tekanan, paras hormon kortisol dalam tubuh akan meningkat lalu menyebabkan tahap serotonin merosot. Amalkan tujuh batang asparagus bersaiz setengah inci yang dimasak sebagai sayur goreng atau sup.

    Teh Hijau
    Jika stress menyerang, minumlah teh hijau berbanding soft drink atau minuman beralkohol. Kandungan di dalam teh hijau sangat baik untuk kesihatan seperti adanya catechin yang dapat mencegah radikal bebas dan menyehatkan mata.
    Di dalam teh hijau juga ada asid amino thenine yang dipercaya dapat menenangkan otak. Dr. Kaijun Niu dari Tohoku University Graduate School of Biomedical Engineering Jepun telah menemui fakta bahawa mereka yang mengambil 3-4 gelas teh hijau sehari sangat jarang mengalami tekanan perasaan

    Ais Krim
    Dari kajian para penyelidik dari University of California, susu dan krimer yang banyak terkandung dalam ice cream diyakini memiliki banyak asid amino tryptophan yang dapat menenangkan otak kita. Apapun awas yer..jangan sampai berlebihan kerana jika anda berterusan makan aiskrim, boleh jadi anda menambah satu lagi masalah kesihatan anda juga.

    Suplemen shaklee membantu meredakan stress??

    Ya, terdapat juga suplemen Shaklee yang boleh membantu anda meredakan stress dan menenangkan fikiran anda berdasarkan teori kajian pakar di atas..antaranya ialah:

    B-Complex : Vitamin B, terutama Folic Acid yang terkandung di dalamnya serotonin juga terbukti tidak hanya dapat meredakan stres, tapi juga sindrom panik, gelisah, dan tekanan perasaan.

    ESP: Minuman protein soya non GMO. Menurut Prevention Magazine’s Nutrition Advisor, kadar protein, Vitamin B, kalsium, dan magnesium yang terkandung di dalam soya mampu menghilangkan stress.

    Omega Guard: Menurut buku The Anxiety Book dari Jonathan Davidson and Henry Dreher, Omega-3 yang terkandung di dalam ikan tidak hanya membantu perkembangan otak tapi juga mampu memberikan ketenangan kepada fikiran di samping menggalakkan kecerdasan otak.



    nak dapatkan suplimen anda
    sms @ whatsapp 0148004196
    harnani

    17 Nov 2014

    petua mengatasi batuk



    Mengalami batuk berkahak yang tidak berhenti-henti sehingga mengganggu waktu tidur sememangnya amat meresahkan. Jika dilanda situasi seperti ini, ayuh ikuti petua tradisional berikut.

    PETUA 1
    Campurkan perahan air limau nipis bersama madu. Kemudian, bancuh bersama secawan air suam. Amalkan setiap pagi sehingga hilang batuk dan kahak. Antara bahan-bahan yang digunakan termasuk 3 hingga 4 biji limau nipis, 1 sudu kecil madu dan air suam.

     PETUA 2
    Bahan-bahan seperti limau nipis, madu dan halia juga dipercayai berupaya menghilangkan batuk dan kahak. Caranya, tumbuk 1 inci halia hingga lumat. Kemudian, campurkan halia tersebut bersama madu dan perahan limau nipis.

    PETUA 3
    Dapatkan perahan limau nipis. Kemudian, campurkan perahan limau nipis bersama kicap dan madu. Minum tiga kali sehari atau sehingga sembuh.
    PETUA 4
    Ambil 8 helai daun pudina dan rebus bersama beberapa ketul gula batu. Rebus kedua-dua bahan tadi selama 5 minit. Minum air rebusan tersebut sekerap mungkin hingga hilang batuk.

     PETUA 5
    Makan 2 ulas bawang putih bakar. Bakar bawang putih selama 2 minit. Kemudian, kupas kulit bawang berkenaan dan makan 2 ulas pada waktu malam.

     Menerusi petua-petua tradisional yang dinyatakan di atas, madu menjadi ramuan utama bagi menghilangkan batuk dan kahak. Pun begitu, jika batuk dan kahak anda masih berterusan, segera berjumpa doktor untuk rawatan susulan.

    omega guard pon boleh membantu untuk mereka yang sering dilanda batuk
    Sebenarnya asid lemak Omega-3, DHA dan EPA yang ada dalam Omega Guard itu bertindak sebagai anti-keradangan. Omega juga bantu legakan batuk, kahak tu kan macam lemak sikit, berlendir, so omega ni dapat cairkan kahak juga. *(fungsi omega itu sendiri membakar lemak)

    dapatkan  omega guard anda
    sms @ whatsapp 0148004196

    16 Nov 2014

    segalanya tentang vitamin c shaklee

     
    Siapa yang memerlukan Vitamin C?
    • Perokok
    • Orang yang mudah stress kerana stress akan mempercepatkan penyusutan Vita C dalam badan.
    • Orang yang makan pil perancang sebab pil perancang juga akan menyerap Vita C dan mengakibatkan pengurangan Vita C dalam badan dengan cepat.
    • Orang yang ingin mencantikkan kulit atau yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat atau eczema memerlukan Vita C untuk membina kolagen kulit yang sihat dan memperbaiki tisu kulit.
    • Semua orang yang menginginkan kesihatan tubuh badan yang baik kerana Vita C menyokong sistem Imun dalam badan dan mengurangkan selsema yang berpanjangan
     
    Kebaikan Sustained Release Vitamin C Shaklee
    • Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri
    • Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata
    • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
    • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
    • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
    • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
    • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
    • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
    • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
    • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
    • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
    • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
    • Merawat jangkitan saluran kencing.
    • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.
     
    Kenapa saya beriya-iya mengesyorkan Sustained Release Vitamin C Shaklee kepada anda??
    • vitamin c shaklee ini unik kerana formula sustained release dan formula bioflavonoid.
    • Sustained (or, Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu
    • sebatian tumbuh-tumbuhan semulajadi, dan bertindak sebagai pigmen tumbuhan dan agen antioksida. kuasa utama bioflavonoid adalah sifat antioksida yang bertindak sebagai agen anti penuaan, keradangan dan mengekalkan kesihatan badan.
    • Vitamin larut air (B-Complex dan Vitamin C) adalah seperti namanya, mudah larut di dalam air (sebab tu dinasihatkan pengambilan air yang mencukupi apabila mengambil suplemen), dan, ianya tidak boleh disimpan di dalam badan.
    • Sustained Release supplement boleh menawarkan kesan vitamin yang optimum, meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian (perkumuhan), serta menstabilkan paras darah waktu siang dan malam.

    sms @ whatsapp 0148004196

    13 Nov 2014

    vivix sirap ajaib


    Apa itu Vivix™?

    Vivix™ merupakan minuman botani yang mengandungi campuran unik botani seperti Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik.

    Vivix™ terkenal sebagai antioksidan dan anti penuaan yang hebat selain dapat menurunkan kadar risiko kanser payudara, prostat, paru-paru, tumor, untuk pesakit diabetes, anti penuaan yang terhebat dan membantu masalah nyanyuk.


    polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

    1. Sebagian besar polifenol adalah antioksidan sehingga mampu menetralkan radikal bebas yang memiliki efek merusak terhadap sel-sel dan jaringan tubuh.

    2. Radikal bebas sering dikaitkan sebagai penyebab kerusakan sel yang berhubungan dengan penuaan. Sebagai antioksidan kuat, polifenol mampu memperlambat proses penuaan.

    3. Polifenol efektif memperkuat sistem kekebalan tubuh. Sistem kekebalan tubuh yang kuat merupakan suatu keharusan untuk menjaga kesehatan dan mencegah timbulnya penyakit.

    4. Polifenol dapat meningkatkan sirkulasi darah dan meningkatkan kesehatan jantung sehingga menurunkan risiko penyakit jantung dan penyakit kardiovaskular.

    5. Polifenol tertentu seperti resveratrol menunjukkan sifat anti-tumor sehingga berpotensi menghambat pertumbuhan kanker.

    Vivix™ juga mengandungi RESVERATROL yang merupakan kandungan utama dalam Vivix.

    Resveratrol banyak terdapat di dalam buah anggur, paling banyak pada kulit buah anggur. Ia asalnya berfungsi untuk mengelakkan buah anggur daripada diserang kulat atau fungus. Dalam banyak-banyak spesies buah anggur, buah anggur jenis muscadine adalah anggur yang mempunyai tahap resveratrol paling tinggi.

    Anggur Muscadine mempunyai tahap resveratol lebih dari anggur biasa

     Vivix™ terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, disamping tidak mengandungi alkohol, sebaliknya hanya menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan dan HALAL!

    Sangat membantu untuk memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix™ membantu menguatkan sel tubuh.







     10 KEBAIKAN VIVIX!
    1) Menggalak penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
    2) Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
    3) Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
    4) Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
    5) Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
    6) Mengurangkan insiden bg penyakit nyanyuk
    7) Membantu dlm proses penurunan berat badan
    8) Menyokong kesihatan mata
    9) Meningkatkan kesihatan imum badan
    10) Menggalakan kesihatan keseluruhan


    Vivix telah terbukti menyelesaikan masalah penyakit2 serius, antaranya :
    • Diabetes
    • Kolestrol tinggi
    • Penyakit Kardiovaskular (Jantung)
    • Tekanan Darah Tinggi
    • Alzheimer atau nyanyuk
    • Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang
    • Gout
    • Letih
    • Metabolisme badan RENDAH (antara sebab sukar turun berat badan)
    • Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut)
    • Kanser dan tumor
    • Katarak dan masalah mata
    • Masalah saraf
    • Lemah imun tahan daya badan - lambat sembuh



    sms @ whatsapp 0148004196
    harnanie
    sid 934707


    10 Nov 2014

    darah tinggi pembunuh dalam senyap

     Siapa yang berisiko mengidap darah tinggi?
    • Orang dewasa yang berusia pertengahan dan warga tua, tetapi terdapat juga kes pada zaman sekarang dimana golongan muda juga mengidapnya
    • Darah tinggi dan penyakit jantung lebih banyak menyerang lelaki berbanding wanita. Walaubagaimana pun, ia tidak bermaksud wanita tidak boleh mengidap darah tinggi.
    • Mempunyai keturunan yang mengidap darah tinggi
    • Pengambilan garam yang berlebihan
    • Tidak mengamalkan gaya hidup sihat (bersenam dan makan secara sihat)
    • Mengamalkan pengambilan ubat pencegah hamil
    • Mempunyai penyakit buah pinggang
     Apakah kesan lanjut dari darah tinggi?
    • Kegagalan jantung untuk berfungsi
    • Serangan sakit jantung
    • Buah pinggang tidak berfungsi dengan baik
    • Stroke atau angin ahmar
     Bagaimana mencegah darah tinggi?
    • Amalkan gaya hidup sihat – selalu bersenam, tidak merokok
    • Amalkan pemakanan sihat – jauhi alkohol, makanan yang tinggi kandungan garam dan makanan berlemak
    • Belajar mengawal stress – Stress atau tekanan adalah pembunuh senyap
    • Melakukan pemeriksaan tekanan darah berkala
    omega guard membantu mengawal darah tinggi ??

    Omega Guard iaitu minyak ikan Shaklee pula mencegah penyakit salur darah dan stroke. DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi, melincirkan salur darah dan membantu peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu ia membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengelak ketegangan leher atau sakit kepala. Omega juga merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, mengawal masalah obesiti dan mengurangkan risiko penyakit jantung


    nak dapatkan omega guard shaklee promosi
    sms @ whatsapp 0148004196

    9 Nov 2014

    peranan suami dalam menjayakan penyusuan susu ibu


    Penyusuan susu ibu bukan je bergantung kepada si ibu semata-mata. Tapi sokongan orang terdekat terutamanya suami turut menyumbang kepada kejayaan penyusuan susu ibu. Alhamdulillah sepanjang menyusukan Haiqal selama 2 tahun, en hubby memang memberi moral support yang tinggi dan banyak membantu. So nak share sedikit peranan suami dalam menjayakan penyusuan susu ibu sebab tanggungjawab membesarkan anak adalah tanggungjawab bersama kan..


    1) mencari ilmu dan pengetahuan
    Jangan menganggap isteri sahaja yang perlukan ilmu pengetahuan mengenai penyusuan. Suami juga perlukan pengetahuan tentang penyusuan susu ibu. Cari seberapa banyak pengetahuan mengenai susu ibu supaya suami tidak kekok apabila bayi dilahirkan nanti

    2) Menggalakkan isteri
    jangan lupa untuk memberi kata-kata pujian di atas usaha isteri dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Ini akan membuatkan isteri berasa bangga dan bersemangat untuk meneruskan lagi penyusuan

    3) Menyokong beliau dengan keluarga dan rakan-rakan
    pandangan dan kata-kata dari orang luar atau keluarga yang lain mengenai penyusuan susu ibu seringkali menggagalkan dan menganggu emosi si ibu..


    “ anak lapar tu, tak cukup dengan susu ibu je, beli la susu formula “ kata si A



    “ ajar la susu formula sekali, nanti masuk keje nanti susah nak tinggal “ kata si B



    Biasanya si ibu dah tersentap nak jawab. So, disini la pentingnya si suami untuk menjawab segala komen-komen dari orang luar,.



    “ alhamdulillah setakat ni susu umi die cukup lagi, malam-malam tidur lena je selepas menyusu “


    4) Jangan mencadangkan susu formula
    duhai ayah jangan sekali-kali mencadangkan isteri anda untuk menggunakan susu formula. Ni lagi la buat si isteri stress dan negative thinking kata susu nya tak cukup.

    5) Menjadi pendengar yang baik
    kadang-kadang penyusuan susu ibu ni banyak cabarannya. So jadilah pendengar yang baik untuk mendengar luahan dari isteri anda tentang masalahnya, kesusahannya. Inshallah sekurang-kurang meredakan stress si isteri

    6) Membantu isteri
    tawarkan diri anda untuk membantu melaksanakan kerja-kerja rumah atau menguruskan anak-anak yang lain. Sekurang-kurang si isteri tak rasa terbeban dan dihargai.

    7) Bangun menemani isteri ketika penyusuan di waktu malam
    Walaupun jadual kerja anda boleh membuat ia mustahil untuk dilakukan pada setiap malam, cuba bangun dengan isteri anda untuk beberapa penyusuan malam hari. Lihat jika dia mahu apa-apa untuk minum atau makan, selimut, atau apa-apa keperluan lain.

    8) Dapatkan "Hands On" dengan Menyusui
    duduk berdekatan dengan isteri ketika dia menyusukan bayi. Teringat satu kisah mengenai ibu Ustaz Don Daniyal. Bila ditanya tentang rahsia beliau mendidik anak, beliau menjawab melalui penyusuan susu ibu selama 2 tahun. Paling mengejutkan Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Indahkan..

    9) Ambil Kelas Penyusuan Susu Ibu Bersama
    kebanyakan hospital sekarang menyediakan kelas penyusuan susu ibu dan apa salahnya si suami jugak turut serta supaya anda dapat ilmu pengetahuan dan sekaligus memberi moral support kepada isteri

    10) sokongan kewangan

    Sokongan kewangan untuk membeli peralatan untuk digunakan sepanjang penyusuan. Bantulah isteri untuk bersama-sama membeli peralatan penyusuan terutamanya jika isteri bekerja seperti pam susu, warmer, botol susu dan sebagainya. Jangan biarkan isteri keseorangan menampung ke semua keperluan penyusuan.. Fikirkan jika si isteri tidak menyusukan bayi rasanya lagi tinggi perbelanjaan.

    11) Bertindak sebagai pengawal
    membantu si isteri ketika Nursing in Public atau penyusuan di tempat awam. Di sini la si suami bertindak untuk cover si isteri bila menyusukan anak di tempat awam. Memang la sekarang banyak nursing cover tapi ini akan meningkatkan keyakinan si isteri untuk menyusukan bayi di mana sahaja dan merasakan dirinya selamat.

    12) Urutan

    Sekali sekala buat urutan untuk melegakan badan si isteri ketika menyusu. Memang tak dinafikan ibu menyusu akan lenguh-lenguh badan tambah-tambah kalau penyusuan yang mengambil masa yang lama. Urutan ni juga mampu meningkatkan kuantiti susu ibu.


    13) Akhir sekali, bertanya apa yang dia perlukan
    Anda tidak akan tahu melainkan anda bertanya


    Semoga sharing ini dapat membantu bapa-bapa diluar sana. Kadang-kadang kita isteri tak boleh nak salahkan si suami jugak tak ambil tau bila isteri menyusu sebab diorang tak terdedah dengan benda-benda camni,, so tugas kita la untuk menerangkan kepada diorang kan. Peace !

    3 Nov 2014

    Kenapa ibu hamil perlu ambil vitamin?

    Kenapa ibu hamil perlu ambil vitamin?
    1. Semasa mengandung si ibu perlu khasiat yang lebih dari biasa untuk diri sendiri dan janin yang dikandung.
    2. Perlu makan makanan seimbang & berkhasiat seperti buah-buahan, sayuran, bijiran wholegrain, kekacang.
    3. Kebanyakkan ibu mengandung mengalami alahan dan muntah2 yang menyebabkan sukar untuk mendapatkan zat yang mencukupi, jadi pengambilan vitamin tambahan adalah disarankan.
    4. Asid folik amat penting kepada tumbesaran saraf bayi semasa 3 bulan pertama kerana kekurangan vitamin ini ada dikaitkan dengan kecacatan saraf bayi (neural tube defect). Dengan memakan asid folik diperingkat awal hamil, boleh mengurangkan risiko ini.
    5. Zat besi juga merupakan galian yang penting kerana semasa mengandung, badan kita akan membina lebih sel-sel darah untuk mempastikan oksigen yang cukup untuk bayi, dan zat besi juga penting untuk pembinaan sel darah merah bayi kita.



    sms @ whatsapp
    0148004196 untuk dapatkan suplimen sepanjang kehamilan anda

    2 Nov 2014

    KURUS DENGAN OMEGA GUARD



    Bagaimana Omega Guard buat kerja membakar lemak???
    • Asid Lemak omega-3 membantu anda membakar lemak dengan membantu badan anda bertindak balas dengan lebih baik terhadap hormon yang dipanggil Leptin (Leptin adalah perkataan Yunani bagi nipis
    •  
    • Leptin memberitahu badan anda (otak anda) untuk mengurangkan selera makan anda supaya anda boleh mengekalkan atau mengurangkan berat badan
    •  
    • Leptin meningkatkan metabolisme anda dengan meningkatkan pengeluaran tiroid anda (tiroid anda mengawal metabolisme anda)
    •  
    • Leptin juga menyebabkan badan anda untuk membakar lemak untuk tenaga
    •  
    • Jika badan anda tidak bertindak balas dengan baik terhadap Leptin maka sebaliknya berlaku – Anda akan lapar, dan anda akan menyimpan lebih banyak lemak —> Anda boleh mengambil Omega-3 lemak untuk membantu badan anda bertindak balas lebih baik untuk Leptin jadi anda boleh meningkatkan metabolisme membakar lemak anda
    bulan november ni giliran omega guard menjadi promosi
    buy 6 free 1..
    jom dapatkan segera..
    sms @ whatsapp 0148004196