31 Okt 2016

MAKANAN YANG MENURUNKAN PARAS KOLESTROL



MAKANAN YANG MENURUNKAN PARAS KOLESTROL ??

haa ni akak nak kongsi sikit antara makanan yang menurunkan paras kolestrol dalam badan anda.

tau la kan kalau dah kolestrol tinggi tu la yang membawa kepada pelbagai penyakit berbahaya selepas tu so amalkan pemakanan yang sihat dan banyakkan pengambilan makanan seperti dibawah


1. Kacang Soya
- mengandungi 48 peratus protein, lesitin, vitamin dan zat galian

- mampu menghindari penyakit jantung dan kencing manis

- kandungan kalsium dan mineral membantu memecah lemak sambil menyusutkan kadar lemak jahat atau lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik atau lipoprotein ketumpatan tinggi 


2. Kuaci
- kaya dengan kandungan zat besi
- amalkan makan kuaci jenis tawar seperti biji labu atau bunga matahari untuk menamba zat besi sambil mengurangkan kolesterol


3. Buah kering

- buah kurma kaya dengan serat dan kandungan flavanoid

- mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL dan mengurangkan risiko penyakit jantung

- flavanoid juga terdapat dalam the, brokoli, tomato, bawang dan buah delima


4. Epal

- makan sebiji epal atau jusnya setiap hari dapat mengurangkan kolesterol dalam badan

- memakan makanan segera dan kemudiannya makan epal atau jusnya dapat mengimbangi kandungan zat dan mencegah pembentukan lemak

5. Ikan Tuna

- sumber asid omega-3 selain salmon dan sardin

- melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolesterol LDL


6. Kacang tanah

- kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya vitamin E

- Vitamin E dapat membantu menghalang radikal bebas daripada merosakkan kandungan HDL dan dapat mengelak daripada serangan jantung


7. Buah Mangga

- kaya vitamin C

- vitamin C berupaya mencegah LDL dalam badan

- selain buah mangga buah lain ialah belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi


8. Kismis

- mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolesterol

- amalan diet 400 kalori kismis setiap hari boleh menrunkan kadar kolesterol dalam darah sebanyak 8 peratus


9. Jambu batu

- disyorkan makan buah jambu batu dalam jumlah 400 gram atau sebiji sehari selama empat minggu

- dapat menurunkan paras kolesterol sebanyak 18.8 peratus dan baik untuk wanita yang ingin menurunkan berat badan

boleh la amalkan yer.. = )


nanie
pengedar shaklee kelantan
cod area wakaf bharu / tumpat / pasir pekan
sms @ whatsapp 0148004196