31 Jan 2014

Sijil halal shaklee 2014

Sijil Halal Shaklee

Sekarang kan banyak sangat produk di pasaran dan ramai yang tertanya-tanya halal ke shaklee ni ??
Ni la jawapannya..sijil halal 2014 utk shaklee dah dikeluarkan..

Buat pengetahuan semua, produk Shaklee dihasilkan dan dibungkus di USA sebelum diimport dan dibawa masuk ke dalam Malaysia. Setiap negara mempunyai badan pengeluar sijil halal sendiri, seperti JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) di Malaysia. Manakala di USA (United States of America) :

Islamic Food and Nutrition Council of America (INFANCA)
Islamic Services of America (ISA)

Justeru, untuk produk Shaklee ini, telah pun mendapat sijil halal yang sah daripada ISA. ISA ini pula merupakan badan yang diiktiraf oleh JAKIM.

Harap-harap tiada lagi keraguan selepas ni..sebarang pertanyaan boleh email ke shaklee hQ @ terus berhubung dengan pengedar shaklee.

22 Jan 2014

PEMILIHAN PAM SUSU / BREASTPUMP YANG SESUAI

Assalamualaikum...
since jadi ibu menyusu ni suka sangat semua benda pasal penyusuan susu ibu,,,hehe,,
seronok dapat berkongsi dengan kawan-kawan, bakal-bakal ibu mengenai dunia penyusuan susu ibu,
hari ni rasa nak kongsi tentang pemilihan pam susu / breastpump..kat pasaran sekarang banyak jenama pam susu kan..

pam susu / breastpump ni leh katakan amat penting kan terutamanya ibu-ibu yang bekerja..nak pastikan baby dapat menyusu susu ibu, mestilah kena pam,,nak pam kena la ada breastpump kan..

biasanya ibu-ibu menyusu mesti bingung kan nak beli pam yang jenis camne,,apa kriteria yang patut mereka ambil kira sebelum membeli pam susu,,nanti kang beli tp tak selesa guna, membazir gak kan,,,


Berikut adalah beberapa tips sebelum membuat pemilihan membeli pam:
  • Mudah digunakan. Jika anda kerap mengepam, pastikan pam tersebut boleh digunakan setiap hari  dengan efisyen. Pilihlah pam yang senang dibawa bersama dan mudah dibersihkan.
  • Kelajuan. Berapa lama masa yang anda perlukan untuk memerah susu? Pilihlah pam yang boleh mengepam kedua-dua belah payudara sekaligus (double pumping) untuk menjimatkan masaKos. Apa budget yang anda ada? Adakah anda ingin menggunakan pam tersebut untuk anak yang seterusnya?
  • Bunyi. Pilihlah pam yang tidak mengeleluarkan bunyi yang kuat semasa anda mengepam.
  • Kekuatan menghisap. Pilihlah yang pam yang dapat menghisap dengan selesa serta yang boleh dilaras kelajuan hisapannya.
  • Berat dan saiznya. Adakah di office mudah mendapatkan tenaga elektrik bagi membolehkan pam tersebut beroperasi? Bolehkah pam tersebut menggunakan bateri biasa jika sukar mendapatkan bekalan elektrik? Adakah beratnya menjadi beban untuk anda membawa ke sana sini?
kita tengok pulak jenis-jenis breastpump yang ada di pasaran

Jenis-Jenis Breast Pump

Pam Manual • Pam jenis ini agak murah dan kebanyakan ibu-ibu mampu memilikinya.• Ia digunakan secara manual iaitu memerlukan tangan untuk mengendalikan pam tersebut.• Sesetengah pam mempunyai beberapa fungsi butang untung mengendalikan kelajuan hisapan.• Jenis pam manual ini hanya boleh mengepam satu-satu payudara.•  sesuai digunakan untuk mereka yang jarang mengepam maknanya penggunaan tidak terlalu kerap
• Ianya direka bentuk untuk kegunaan asas berikutan kekuatan atau kelajuan pam bukanlah perkara utama yang ditekankan. Kenyataannya menggunakan pam manual ini agak meletihkan kerana pengguna terpaksa memerah tenaga sendiri untuk mengepam.
  • antara jenama pam manual yang ada ialah : Anakku, Fiffy, Medela Harmony, Pigeon, Avent, Pureen




Pam Menggunakan Bateri 

• Terdapat pam yang boleh mengepam kedua-dua belah payudara dalam satu masa.
• Pam ini sesuai bagi ibu-ibu yang memerlukan mereka mengepam payudara secara tidak kerap kerana ianya tidak dapat menghasilkan susu yang banyak.
• Pengguna dinasihatkan memilih pam ini secara berhati-hati kerana pam dari jenis ini kadang kala tidak dilengkapi dengan fungsi yang diingini.
• Harganya juga murah dan masih mampu dimiliki oleh ibu-ibu.
• Model yang rendah kuasanya kadangkala menyakitkan payudara ketika mengepam.
• Kadangkala pam jenis ini sedikit bising dan memerlukan anda kerap menggantikan bateri dan ini membuatkan anda terpaksa mengeluarkan kos ekstra terhadap bateri tersebut.
• contoh jenama yg terdapat di pasaran ialah pureen, apre, anakku, avent

Pam Elektrik
• Pam jenis ini mendapat sambutan hangat pada masa ini berikutan ianya senang digunakan serta beberapa fungsi lain yang digemari.
• Pam ini direka khas untuk kegunaan harian malah boleh dibawa kemana-mana dengan mudah.
• Boleh dipilih samaada ingin membeli ‘single pump’ atau ‘double pump’ mengikut keperluan pengguna.
• Ibu-ibu bekerjaya tidak ada masalah untuk membekalkan air susu kepada bayi yang ditinggalkan berikutan pam ini yang sangat bertepatan dengan kehendak ibu-ibu bekerjaya.
• Model-model baru pam jenis ini ada menambah beberapa fungsi khas seperti beberapa jenis cara hisapan, getaran/gerakan dan perahan.
• Cara kendaliannya cuma memasang plug pada soket dan tekan butang mengikut arahan. Satu lagi kemudahan lain ialah jika tiada elektrik, pilihan lain ialah dengan menggunakan bateri atau di dalam kereta anda boleh menggunakan adaptor.
• Mudah dibawa kemana-mana.
• Model barunya lebih hebat kerana ditambah dengan cara hisapan yang meniru cara hisapan bayi dimana hisapannya agak laju pada mulanya dan kemudian perlahan-lahan. Ditambah pula dengan butang kawalan yang mana pengguna boleh ubah kelajuannya. Model terdahulu tidak mempunyai fungsi seperti ini. Jika anda ingin membeli pam ini, pastikan ianya mempunyai fungsi seperti ini.
• contoh yg ada di pasaran ialah medela,avent, snowbear, autumz dan macam2 lagi..

Terdapat jugak yg jenis 2 in 1..bateri dan elektrik leh guna pada masa yg sama..
Jadi sebelum membeli breastpump yg anda ingin kan kena servey-servey dulu.semoga impian kita untuk menyusukan bayi kita nanti berjalan dengan lancar..inshallah


14 Jan 2014

Fibroid ? Tanda-tanda fibroid

Fibroid ?..sejak akhir-akhir ni kan selalu terdengar kawan-kawan sebut fibroid dan customer shaklee pon sama..tanya suplimen apa yang sesuai untuk fibroid.

Apa itu fibroid ??
Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundi kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser.

Tanda-tanda fibroid adalah seperti berikut:

1. Aliran haid yang banyak disebabkan luas pemukaan yang besar, pertambahan saluran darah dan kelemahan sistem pembekuan darah.

2. Ketidakselesaan di bahagian pelvik adalah disebabkan tekanan terhadap uterus disebabkan oleh fibroid yang sedang membesar.

3. Berasa senak di bahagian bawah abdomen atau kadang kala dipanggil tekanan pelvik.

4. Sakit di bahagian bawah belakang disebabkan oleh tekanan di bahagian belakang yang disebabkan oleh fibroid.

5. Kerap keguguran disebabkan kesukaran embrio untuk menempel dan pengecutan uterus.

6. Bersalin lebih awal dari jangkaan kerana fibroid menolak kandungan ke bawah.

7. Kerap membuang air kecil kerana fibroid menekan pundi kencing.

8. Sakit ketika melakukan hubungan seks.

Sekiranya ada tanda-tanda seperti di atas segera dapatkan pemeriksaan lanjut..risau kan sebab benda tak nampak..

9 Jan 2014

TOMATO ?? 5 KHASIAT TOMATO

Assalamualaikum,,
hari ni nk share pasal sayur feveret anak kesayangan ni iaitu TOMATO,,kakak yaya memang suka tomato ni,,kadang-kadang leh makan cenggitu jer,,huhu,..kalau nak beli tomato memang kena beli lebih la spare utk die sekali..

ok, back to the story,,tengah belek-belek majalah tertengok la khasiat tomato ni so nak share dengan kamu semua,,


Berikut adalah lima khasiat kecantikan yang terkandung dalam tomato.

1. Menyembuhkan Peradangan Kulit
Tomato mempunyai kesan menenang dan melegakan kulit yang keradangan kerana terdedah pada sinar matahari. Parut setengah tomato dan campur dengan dua camca besar dadih.Oleskan dengan rata pupur ini bahagian badan yang sering terdedah pada sinar matahari. Bilas selepas setengah jam. Tomato adalah ubat terbaik untuk menyembuhkan keradangan kulit.

2. Menghilangkan Jerawat
Tomato kaya vitamin A dan C yang berkesan menghilangkan jerawat. Jika anda berjerawat ringan, potong tomato jadi dua dan kemudian sapukan pada jerawat. Jika anda mengalami masalah jerawat yang teruk, lumatkan sebiji tomato dan sapu rata pada wajah.
Biarkan selama satu jam dan kemudian bilas dengan air.

3. Sebagai Astringen
Campur jus timun dan tomato dalam jumlah yang sama.
Sapu pada seluruh wajah dan lakukan perawatan ini dengan teratur. Kandungan khasiat dalam tomato juga membantu untuk menjaga kulit terbebas daripada minyak.

4. Menghilangkan Pori-Pori Tersumbat
Untuk mengatasi masalah pori-pori tersumbat, gunakan kombinasi tomato dan avokado. Kombinasi ini dapat membantu membersihkan kulit dan membuatnya jadi lebih halus.
Gunakan pupur ini secara teratur untuk membantu mengatasi menghilangkan pori-pori tersumbat.

5. Mengecilkan Pori-Pori
Pori-pori yang besar boleh menyebabkan kotoran dan debu terkumpul pada kulit. Ini boleh menyebabkan jangkitan.Ambil satu camca besar jus tomato segar dan campurkan dengan dua hingga tiga titis jus lemon. Sapukan campuran ini pada kulit wajah Anda. Picit dalam gerakan putaran. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air.


kalau tengok sume untuk kulit kan,,nak kulit gebu selalu la makan tomato,,kalau wat salad taruk tomato banyak-banyak,,hehe..

8 Jan 2014

Set berpantang shaklee yang murah dan berkesan



 


Set berpantang shaklee sgt dikenali sekarang.. ibu-ibu yg tengah servey mesti pelik asyik shaklee je kuar bile google.. kan?? Kalau nak tahu set berpantang shaklee ni menjadi pilihan sebab ia selamat dan unik..selamat ?? Unik?? Camne tu..ape yg unik ? Apa yg selamat ??


★ SELAMAT sebab vitamin Shaklee boleh di ambil oleh ibu yang baru melahirkan bayi seawal 2jam selepas melahirkan bayi. 

★ SELAMAT kerana vitamin Shaklee boleh di guna oleh ibu walaupon bayi di sahkan ada masalah jaundis/sakit kuning.

★ SELAMAT kerana ibu yang melahirkan bayi secara normal atau pembedahan boleh makan vitamin Shaklee ini.

★ UNIK kerana gabungan vitamin yang ada dalam set ini boleh digunakan sepanjang masa walaupon dah abis berpantang

★ UNIK kerana luka ibu akan lebih cepat sembuh, badan jadi cergas, muka nampak segar.

★ UNIK sebab ia mengelakkan ibu dari stress @ keletihan..


Yang paling best set berpantang ni dapat membantu ibu-ibu utk menambah kuantiti susu di awal kelahiran. Banyak kan kelebihan dia..kebanyakan customer @ kawan nani yg amik set ni mmg berpuas hati..xrasa cam dalam pantang katanya..siap bonus dapat kulit cantik lagi.. hehe


Jom dapatkan Shaklee sekarang.. sms@whatsapp 0148004196

4 Jan 2014

Kekurangan kalsium undang masalah otot dan saraf


Assalamualaikum semua..

Malam ni nak share sikit hasil dari pembacaan majalah rapi petang tadi..tertarik dengan satu artikel mengenai kesan kekurangan kalsium dalam badan kita.. Kalau nak tau 99 % kalsium terdapat dalam tulang dan gigi kita.. sebab tu la kalau tulang @ gigi reput dikaitkan dengan kekurangan kalsium..1% lagi terkandung dalam aliran darah. walaupun jumlahnya kecil tapi jika kekurangan kalsium berlaku, otot akan mengalami masalah dan darah sukar membeku serta saraf terganggu.


Antara kesan kekurangan kalsium ialah : 

■ Masalah osteoporosis

Jumlah kalsium mempengaruhi kepadatan tulang dalam badan kita.jika kalsium kurang, terdapat gangguan dalam metabolisme tulang menyebabkan ia nya mudah rapuh.

■ Daya ingatan semakin berkurangan

Ion kalsium sgt penting untuk menghantar maklumat saraf.kekurangan kalsium menyebabkan hambatan mekanisme ransangan menjadi tidak teratur. ( dengan kata lain, kurang fokus @ cepat lupa )

■ masalah otot

Kesakitan otot tulang boleh berlaku bila kekurangan kalsium menyebabkan pergerakan menjadi tidak normal kerana kehilangan keseimbangan.

■ masalah jantung

Fungsi jantung dan sumber tenaga juga dipengaruhi oleh sumber kalsium.jika tenaga tidak mencukupi, sistem jantung menghadapi masalah untuk mengepam darah ke seluruh badan
 
■ kurang imunisasi tubuh

Kekurangan kalsium menyebabkan kurangnya pertahanan imunisasi badan..badan akan mudah terkena penyakit. Oleh itu, kita mesti lah mengambil jumlah kalsium yg tinggi pada setiap hari kerana apabila mencecah 50 tahun, jisim tulang semakin berkurangan..

 

Untuk memastikan bekalan kalsium mencukupi boleh la ambil 2 gelas susu berkalsium tinggi setiap hari. Pada mereka yg xsuka minum susu, pengambilan pil kalsium @ ostematrix pastinya dapat membantu anda memenuhi keperluan kalsium. Nak dapatkan bolehSms @ whatsapp 014800419.


3 Jan 2014

10 Kesilapan ketika diet

Baru de masa nak berceloteh..hehe..
Opps sebelum terlupa..nak ucap selamat tahun baru 2014..semoga tahun ni berjalan dgn lancar..
Apa azam tahun 2014 ni..teringat bila dengar radio 2-3 ari lepas pasal azam ni..rata-rata azam nyer nak diet la, nak kurus la, nak kurangkan berat badan la..macam-macam tp maksudnya sama je kan..nak berDIET..

Ramai yang tahu apa itu diet tapi tahu tak dalam kita tak sedar kebanyakkan kita melakukan kesilapan dalam berdiet..kesilapan cmne?..jom kita tengok 10 kesilapan dalam diet..

★ Diet tidak mengikut peraturan
Jangan melakukan diet tanpa menentukan aturan yang jelas terhadap diri Anda sendiri. Sebaiknya Anda memilih jenis program diet sesuai dengan keperluan dan mengikutinya secara sepenuhnya..( pendek kata kena disiplin dan ikit jadual )


★ Fokus terhadap berat badan saja

Jangan fokus terhadap cara menurunkan berat badan tanpa mempedulikan keperluan nutrisi dalam tubuh. yang paling penting terhadap diet adalah  penyerapan kalori dan nutrisi yang cukup bagi tubuh serta senaman yang teratur.

♥ Fokus terhadap satu jenis senaman sahaja

Jangan tumpu pada satu jenis senaman je pon tak boleh jugak..memang senaman tu membantu utk membakar lemak tapi variasikan senaman untuk tingkatkan metabolisme badan sekali

♥ Melewatkan sarapan @ tidak bersarapan

Jangan sampai melewatkan sarapan meskipun Anda sedang diet, sebab tidak sarapan akan membuat Anda semakin merasa lapar dan tergoda untuk menikmati makanan ringan.

♥ Bergantung terhadap ubat-ubat @ pil kurus

Jangan bergantung terhadap ubat - ubat yang menjanjikan penurunan berat badan dengan cepat..berhati-hati dengan ubat-ubat kurus yg berada di pasaran..pastikan yg mempunyai kelulusan

♥ Makan terlalu sedikit @ tak makan lansung

Jangan fikir bahawa makan sedikit akan cepatkan penurunan berat badan sehingga keperluan nutrisi tubuh badan diabaikan..kurang nutrisi menyebabkan anda keletihan dan xbertenaga..pemakanan seimbang amat diperlukan ketika diet

♥ kerap makan makanan di luar @ makanan ringan

Bila makan di kedai @ restoran, kita tak dapat mengawal jumlah makanan yang kita ambil dan makanan ringan sangat tinggi kalori..tidak sesuai untuk mereka yang sedang berdiet..

♥ Makan dipengaruhi oleh emosi

Jangan cepat buat keputusan untuk ambil coklat @ kopi bila stress dan anda fikir dengan makan dapat meredakan perasaan..tarik nafas dan tenangkan fikiran.

♥ Tidak konsisten

Jangan terlalu cepat menyerah kalah dan berubah fikiran ketika diet tak nampak hasilnya. Badan setiap individu berbeza jadi kaji balik jadual anda dan mulakan semula..

♥ tidur yang tidak mencukupi

Pastikan tidur anda mengcukupi sebab sistem pencernaan akan terganggu dan mempengaruhi perjalanan organ dalam tubuh Anda.


Pastikan anda-anda yang sedang berdiet tidak melakukan 10 kesilapan dalam diet seperti di atas..semoga diet anda berjalan dengan lancar dan berhasil..

Perlukan suplimen tambahan ketika diet
Sms @ whatsapp 0148004196
Harnani
SID 934707

2 Jan 2014

Jeragat dan GLA shaklee

♥♥♥♥♥ Masalah Jeragat ♥♥♥♥

Satu lagi masalah kulit yang biasa dihadapi oleh kita ialah jeragat..pe jeragat tu..jeragat ni tompok-tompok hitam yang naik kt muka disebabkan pengumpulan melanin akibat daripada terdedah dgn ultraviolet atau penggunaan produk-produk kecantikan yang bersifat menghakis sel-sel kulit..

Selalu dapat pertanyaan dari mereka di luar sana..ada tak produk shaklee untuk jeragat??..mestI la ade..selain ESP, vit e, vit c, GLA turut membantu mengurangkan kesan jeragat.

Pengambilan GLA boleh menstabilkan hormon. GLA Shaklee juga mengandungi Vitamin E yang bersifat anti oksida dan penting untuk pemulihan parut serta kesan jeragat..

Yang menghadapi masalah jeragat apa kata dapatkan GLA shaklee..

Sms @ whatsapp 0148004196
Harnani
Sid 934707
Cod area wakaf bharu, tumpat dan Kota Bharu, Kelantan