14 Jan 2014

Fibroid ? Tanda-tanda fibroid

Fibroid ?..sejak akhir-akhir ni kan selalu terdengar kawan-kawan sebut fibroid dan customer shaklee pon sama..tanya suplimen apa yang sesuai untuk fibroid.

Apa itu fibroid ??
Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundi kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser.

Tanda-tanda fibroid adalah seperti berikut:

1. Aliran haid yang banyak disebabkan luas pemukaan yang besar, pertambahan saluran darah dan kelemahan sistem pembekuan darah.

2. Ketidakselesaan di bahagian pelvik adalah disebabkan tekanan terhadap uterus disebabkan oleh fibroid yang sedang membesar.

3. Berasa senak di bahagian bawah abdomen atau kadang kala dipanggil tekanan pelvik.

4. Sakit di bahagian bawah belakang disebabkan oleh tekanan di bahagian belakang yang disebabkan oleh fibroid.

5. Kerap keguguran disebabkan kesukaran embrio untuk menempel dan pengecutan uterus.

6. Bersalin lebih awal dari jangkaan kerana fibroid menolak kandungan ke bawah.

7. Kerap membuang air kecil kerana fibroid menekan pundi kencing.

8. Sakit ketika melakukan hubungan seks.

Sekiranya ada tanda-tanda seperti di atas segera dapatkan pemeriksaan lanjut..risau kan sebab benda tak nampak..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan