22 Jan 2014

PEMILIHAN PAM SUSU / BREASTPUMP YANG SESUAI

Assalamualaikum...
since jadi ibu menyusu ni suka sangat semua benda pasal penyusuan susu ibu,,,hehe,,
seronok dapat berkongsi dengan kawan-kawan, bakal-bakal ibu mengenai dunia penyusuan susu ibu,
hari ni rasa nak kongsi tentang pemilihan pam susu / breastpump..kat pasaran sekarang banyak jenama pam susu kan..

pam susu / breastpump ni leh katakan amat penting kan terutamanya ibu-ibu yang bekerja..nak pastikan baby dapat menyusu susu ibu, mestilah kena pam,,nak pam kena la ada breastpump kan..

biasanya ibu-ibu menyusu mesti bingung kan nak beli pam yang jenis camne,,apa kriteria yang patut mereka ambil kira sebelum membeli pam susu,,nanti kang beli tp tak selesa guna, membazir gak kan,,,


Berikut adalah beberapa tips sebelum membuat pemilihan membeli pam:
  • Mudah digunakan. Jika anda kerap mengepam, pastikan pam tersebut boleh digunakan setiap hari  dengan efisyen. Pilihlah pam yang senang dibawa bersama dan mudah dibersihkan.
  • Kelajuan. Berapa lama masa yang anda perlukan untuk memerah susu? Pilihlah pam yang boleh mengepam kedua-dua belah payudara sekaligus (double pumping) untuk menjimatkan masaKos. Apa budget yang anda ada? Adakah anda ingin menggunakan pam tersebut untuk anak yang seterusnya?
  • Bunyi. Pilihlah pam yang tidak mengeleluarkan bunyi yang kuat semasa anda mengepam.
  • Kekuatan menghisap. Pilihlah yang pam yang dapat menghisap dengan selesa serta yang boleh dilaras kelajuan hisapannya.
  • Berat dan saiznya. Adakah di office mudah mendapatkan tenaga elektrik bagi membolehkan pam tersebut beroperasi? Bolehkah pam tersebut menggunakan bateri biasa jika sukar mendapatkan bekalan elektrik? Adakah beratnya menjadi beban untuk anda membawa ke sana sini?
kita tengok pulak jenis-jenis breastpump yang ada di pasaran

Jenis-Jenis Breast Pump

Pam Manual • Pam jenis ini agak murah dan kebanyakan ibu-ibu mampu memilikinya.• Ia digunakan secara manual iaitu memerlukan tangan untuk mengendalikan pam tersebut.• Sesetengah pam mempunyai beberapa fungsi butang untung mengendalikan kelajuan hisapan.• Jenis pam manual ini hanya boleh mengepam satu-satu payudara.•  sesuai digunakan untuk mereka yang jarang mengepam maknanya penggunaan tidak terlalu kerap
• Ianya direka bentuk untuk kegunaan asas berikutan kekuatan atau kelajuan pam bukanlah perkara utama yang ditekankan. Kenyataannya menggunakan pam manual ini agak meletihkan kerana pengguna terpaksa memerah tenaga sendiri untuk mengepam.
  • antara jenama pam manual yang ada ialah : Anakku, Fiffy, Medela Harmony, Pigeon, Avent, Pureen




Pam Menggunakan Bateri 

• Terdapat pam yang boleh mengepam kedua-dua belah payudara dalam satu masa.
• Pam ini sesuai bagi ibu-ibu yang memerlukan mereka mengepam payudara secara tidak kerap kerana ianya tidak dapat menghasilkan susu yang banyak.
• Pengguna dinasihatkan memilih pam ini secara berhati-hati kerana pam dari jenis ini kadang kala tidak dilengkapi dengan fungsi yang diingini.
• Harganya juga murah dan masih mampu dimiliki oleh ibu-ibu.
• Model yang rendah kuasanya kadangkala menyakitkan payudara ketika mengepam.
• Kadangkala pam jenis ini sedikit bising dan memerlukan anda kerap menggantikan bateri dan ini membuatkan anda terpaksa mengeluarkan kos ekstra terhadap bateri tersebut.
• contoh jenama yg terdapat di pasaran ialah pureen, apre, anakku, avent

Pam Elektrik
• Pam jenis ini mendapat sambutan hangat pada masa ini berikutan ianya senang digunakan serta beberapa fungsi lain yang digemari.
• Pam ini direka khas untuk kegunaan harian malah boleh dibawa kemana-mana dengan mudah.
• Boleh dipilih samaada ingin membeli ‘single pump’ atau ‘double pump’ mengikut keperluan pengguna.
• Ibu-ibu bekerjaya tidak ada masalah untuk membekalkan air susu kepada bayi yang ditinggalkan berikutan pam ini yang sangat bertepatan dengan kehendak ibu-ibu bekerjaya.
• Model-model baru pam jenis ini ada menambah beberapa fungsi khas seperti beberapa jenis cara hisapan, getaran/gerakan dan perahan.
• Cara kendaliannya cuma memasang plug pada soket dan tekan butang mengikut arahan. Satu lagi kemudahan lain ialah jika tiada elektrik, pilihan lain ialah dengan menggunakan bateri atau di dalam kereta anda boleh menggunakan adaptor.
• Mudah dibawa kemana-mana.
• Model barunya lebih hebat kerana ditambah dengan cara hisapan yang meniru cara hisapan bayi dimana hisapannya agak laju pada mulanya dan kemudian perlahan-lahan. Ditambah pula dengan butang kawalan yang mana pengguna boleh ubah kelajuannya. Model terdahulu tidak mempunyai fungsi seperti ini. Jika anda ingin membeli pam ini, pastikan ianya mempunyai fungsi seperti ini.
• contoh yg ada di pasaran ialah medela,avent, snowbear, autumz dan macam2 lagi..

Terdapat jugak yg jenis 2 in 1..bateri dan elektrik leh guna pada masa yg sama..
Jadi sebelum membeli breastpump yg anda ingin kan kena servey-servey dulu.semoga impian kita untuk menyusukan bayi kita nanti berjalan dengan lancar..inshallah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan