3 Jan 2014

10 Kesilapan ketika diet

Baru de masa nak berceloteh..hehe..
Opps sebelum terlupa..nak ucap selamat tahun baru 2014..semoga tahun ni berjalan dgn lancar..
Apa azam tahun 2014 ni..teringat bila dengar radio 2-3 ari lepas pasal azam ni..rata-rata azam nyer nak diet la, nak kurus la, nak kurangkan berat badan la..macam-macam tp maksudnya sama je kan..nak berDIET..

Ramai yang tahu apa itu diet tapi tahu tak dalam kita tak sedar kebanyakkan kita melakukan kesilapan dalam berdiet..kesilapan cmne?..jom kita tengok 10 kesilapan dalam diet..

★ Diet tidak mengikut peraturan
Jangan melakukan diet tanpa menentukan aturan yang jelas terhadap diri Anda sendiri. Sebaiknya Anda memilih jenis program diet sesuai dengan keperluan dan mengikutinya secara sepenuhnya..( pendek kata kena disiplin dan ikit jadual )


★ Fokus terhadap berat badan saja

Jangan fokus terhadap cara menurunkan berat badan tanpa mempedulikan keperluan nutrisi dalam tubuh. yang paling penting terhadap diet adalah  penyerapan kalori dan nutrisi yang cukup bagi tubuh serta senaman yang teratur.

♥ Fokus terhadap satu jenis senaman sahaja

Jangan tumpu pada satu jenis senaman je pon tak boleh jugak..memang senaman tu membantu utk membakar lemak tapi variasikan senaman untuk tingkatkan metabolisme badan sekali

♥ Melewatkan sarapan @ tidak bersarapan

Jangan sampai melewatkan sarapan meskipun Anda sedang diet, sebab tidak sarapan akan membuat Anda semakin merasa lapar dan tergoda untuk menikmati makanan ringan.

♥ Bergantung terhadap ubat-ubat @ pil kurus

Jangan bergantung terhadap ubat - ubat yang menjanjikan penurunan berat badan dengan cepat..berhati-hati dengan ubat-ubat kurus yg berada di pasaran..pastikan yg mempunyai kelulusan

♥ Makan terlalu sedikit @ tak makan lansung

Jangan fikir bahawa makan sedikit akan cepatkan penurunan berat badan sehingga keperluan nutrisi tubuh badan diabaikan..kurang nutrisi menyebabkan anda keletihan dan xbertenaga..pemakanan seimbang amat diperlukan ketika diet

♥ kerap makan makanan di luar @ makanan ringan

Bila makan di kedai @ restoran, kita tak dapat mengawal jumlah makanan yang kita ambil dan makanan ringan sangat tinggi kalori..tidak sesuai untuk mereka yang sedang berdiet..

♥ Makan dipengaruhi oleh emosi

Jangan cepat buat keputusan untuk ambil coklat @ kopi bila stress dan anda fikir dengan makan dapat meredakan perasaan..tarik nafas dan tenangkan fikiran.

♥ Tidak konsisten

Jangan terlalu cepat menyerah kalah dan berubah fikiran ketika diet tak nampak hasilnya. Badan setiap individu berbeza jadi kaji balik jadual anda dan mulakan semula..

♥ tidur yang tidak mencukupi

Pastikan tidur anda mengcukupi sebab sistem pencernaan akan terganggu dan mempengaruhi perjalanan organ dalam tubuh Anda.


Pastikan anda-anda yang sedang berdiet tidak melakukan 10 kesilapan dalam diet seperti di atas..semoga diet anda berjalan dengan lancar dan berhasil..

Perlukan suplimen tambahan ketika diet
Sms @ whatsapp 0148004196
Harnani
SID 934707

Tiada ulasan:

Catat Ulasan