9 Jan 2014

TOMATO ?? 5 KHASIAT TOMATO

Assalamualaikum,,
hari ni nk share pasal sayur feveret anak kesayangan ni iaitu TOMATO,,kakak yaya memang suka tomato ni,,kadang-kadang leh makan cenggitu jer,,huhu,..kalau nak beli tomato memang kena beli lebih la spare utk die sekali..

ok, back to the story,,tengah belek-belek majalah tertengok la khasiat tomato ni so nak share dengan kamu semua,,


Berikut adalah lima khasiat kecantikan yang terkandung dalam tomato.

1. Menyembuhkan Peradangan Kulit
Tomato mempunyai kesan menenang dan melegakan kulit yang keradangan kerana terdedah pada sinar matahari. Parut setengah tomato dan campur dengan dua camca besar dadih.Oleskan dengan rata pupur ini bahagian badan yang sering terdedah pada sinar matahari. Bilas selepas setengah jam. Tomato adalah ubat terbaik untuk menyembuhkan keradangan kulit.

2. Menghilangkan Jerawat
Tomato kaya vitamin A dan C yang berkesan menghilangkan jerawat. Jika anda berjerawat ringan, potong tomato jadi dua dan kemudian sapukan pada jerawat. Jika anda mengalami masalah jerawat yang teruk, lumatkan sebiji tomato dan sapu rata pada wajah.
Biarkan selama satu jam dan kemudian bilas dengan air.

3. Sebagai Astringen
Campur jus timun dan tomato dalam jumlah yang sama.
Sapu pada seluruh wajah dan lakukan perawatan ini dengan teratur. Kandungan khasiat dalam tomato juga membantu untuk menjaga kulit terbebas daripada minyak.

4. Menghilangkan Pori-Pori Tersumbat
Untuk mengatasi masalah pori-pori tersumbat, gunakan kombinasi tomato dan avokado. Kombinasi ini dapat membantu membersihkan kulit dan membuatnya jadi lebih halus.
Gunakan pupur ini secara teratur untuk membantu mengatasi menghilangkan pori-pori tersumbat.

5. Mengecilkan Pori-Pori
Pori-pori yang besar boleh menyebabkan kotoran dan debu terkumpul pada kulit. Ini boleh menyebabkan jangkitan.Ambil satu camca besar jus tomato segar dan campurkan dengan dua hingga tiga titis jus lemon. Sapukan campuran ini pada kulit wajah Anda. Picit dalam gerakan putaran. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air.


kalau tengok sume untuk kulit kan,,nak kulit gebu selalu la makan tomato,,kalau wat salad taruk tomato banyak-banyak,,hehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan