24 Sep 2017

MINUM TEH HIJAU UNTUK BUANG ANGIN DALAM BADAN !!



MINUM TEH HIJAU UNTUK BUANG ANGIN DALAM BADAN !!


Hari ni share tips buang angin

Saja je kan alang-alang ramai yang mengadu badan banyak angin


Ni antara tips nya iaitu minum teh hijau omputeh panggil GREEN TEA

Teh hijau ni elok untuk penghadaman dan antara pilihan hangat mereka yang nak diet

Teh hijau jugak bagus untuk detox dan buang angin..

Minum teh hijau panas atau suam tanpa gula masa perut kosong..

Nak elok lagi boleh tambah LEMON, HALIA, BUNGA CENGKIH, DAUN PUDINA atau CHIA SEED

Hasilnya lawas pembuangan, buang angin kus-kus yang tersekat dalam badan dan perut terasa kempiss..

Nak senang beli je yang uncang tu..

banyak jenama kat pasaraya seperti BOH, AHMAD TEA, LIPTON, DILMAH dan macam-macam lagi..

boleh usha-usha kat pasaraya..

SELAMAT MENCUBA KORANG

#tips_meknani

20 Dis 2016

FENOMENA SILERA CHIA SEED

Assalamualaikum...
wahh dah lama tak mencoret sesuatu dalam blog ni..
Hari ni nak share sesuatu yang tengah menjadi fenomena..
Pernah dengar tentang CHIA SEED ??
Chia Seed ni sejenis tumbuhan yang boleh digelar SUPERFOOD..
Rupa seakan-akan biji selasih tapi tak sama tau..
Chia Seed jauh lebih berkhasiat berbanding dengan biji selasih dan tak perlu direndam dalam air, boleh terus makan begitu saja..Senang kan ??
Tu adalah salah satu sebab kenapa ramai yang tertarik dengan chia seed ni

Jom kita review sikit APA KHASIAT SILERA CHIA SEED ( SCS)

Silera Chia Seed sangat kaya dengan khasiat2 yang tersendiri. Iaitu...

# Fiber
Ianya kaya dengan fiber yg dapat membantu mereka2 yg mempunyai maslaah penghadaman

# Membantu pesakit Diabitis
Mempunyai potensi untuk membantu pesakit diabitis kerana ianya dapat memberikan tenaga, mengimbangi kadar gula dalam badan dan mengelakkan dari dehidrasi.

# Kaya dengan Omega 3
Mengandungi khasiat Omega-3 yg sangat baik untuk perkembangan otak kita. Dan juga dapat mencantikkan lagi kulit kita...hihi...mudah-mudahan... 

# Mengandungi Kalsium
Kandungan kalsium dalam Chia Seed adalah 3 kali ganda berbandinng dengan susu. Bagus utk pertumbuhan tulang dan gigi. Dan dapat mengelakkan dari mengalami masalah Osteoporosis.

# Mengenyangkan
Bila Chia Seed direndam dalam air, ianya akan mengembang. Kita akan rasa kenyang untuk jangka masa yg agak lama.Jadi, kita akan kurang makan la nampak gayanya...hihi...

# Membantu melawaskan
Bagi yg mempunyai masalah usus, ianya dapat membantu melancarkan proses 'pembuangan' anda nanti...hihi...

# Kaya Protein dan Tiada Kolesterol
Merupakan sumber protein yg sesuai bagi vegetarian dan juga dapat membantu mengawal tahap kolesterol dalam badan kita. Bagus utk kesihatan jantung.

BAGAIMANA CARA NAK MAKAN SILERA CHIA SEED?
* Bole rendam dalam air sejuk atau juice dan minum.
* Campurkan dgn oat,yogurt atau salad
* Masukkan dlm bancuhan biskut atau dalam doh roti

Dan untuk pengetahuan korang semua, saya juga adalah seorang Agen bagi Silera Chia Seed.
Alhamdulillah sebulan menyertai keluarga SIlera Chia Seed, sambutan amat menggalakkan..
korang yang nak cuba Silera Chia Seed jangan segan silu nak contact saya

Harnani
014-8004196
Agen Sah SIlera Chia Seed
x

20 Nov 2016

UJIAN ITU TANDA ALLAH SAYANG

Assalamualaikum..
selalu sangat bercerita tentang produk shaklee je kan hari ni kita bercerita tentang kehidupan pulak..Camne ye nak mulakan..Okey bermula nya camni kalau tak silap bermula tahun 2011, saya perasan tentang bengkak di leher sebelah kiri..Serius tanpa rasa sakit so melangkah la ke Klinik Nida dan dinasihatkan untuk ke Klinik Kerajaan bagi mendapatkan pengesahan.

Tapi...faham-faham je la kan perasaan takut menyelubungi diri,,jadi, ignore je la sehingga la pada tahun 2015 semasa saya mengandungkan anak ketiga iaitu anakanda Muhammad Norhilman Hadi, checkup dengan Doktor kat KK die pulak terperasan dengan bengkak tu jadi kena la ambil darah untuk ujian tiroid tapi malangnya keputusan tu hilang entah ke mana..tak tahu la silap di mana tapi lega la sikit bila nurse kata kemungkinan normal..kalau tak normal mesti diorang dah telefon bagai untuk ujian lanjut. Saya pon selamat bersalin tanpa sebarang masalah.

Akhirnya sejak julai 2016, simptom-simptom pelik mula saya rasa bila saya rasa cepat penat, cepat marah, tangan menggeletar, tekanan darah tak stabil, nadi pon laju dan bengkak di leher biasanya on-off tak surut-surut. Memikirkan risiko yang bakal saya hadapi sebab tengok rakan-rakan sekeliling muda-muda lagi dah sakit macam-macam ( haha,,tau pon takut kan ), so beranikan diri ke KK berdekatan untuk checkup..bila bercerita dengan doktor dia kata ada tanda-tanda hipertiroid tapi kena check darah dulu untuk confirmation dan temujanji untuk ultrasound diatur.

2 minggu lepas ujian tu, keputusan keluar dan NORMAL..alhamdulillah..yang makin risau bila nak kena ultrasound ni..tarikh 9/11/2016 bertapak la ke HPRZ II untuk ultrasound..dah la malam tu kerja malam, tidur hanya setengah jam jer,,mengantuk yang amat. Bila tiba giliran untuk ultrasound, badan mula menggigil..Baring dan doktor mula ultrasound..(alaa cam ultrasound baby dalam perut tu ) dan mula la nampak nodul-nodul yang membengkak..Rupa-rupanya bukan sebijik tapi berbiji-biji..sebelah kanan, tengah ( ithmus ) dan kiri..paling besar ukuran 2cm x 1.5cm..hampir 5-6 biji nodul termasuk yang kecik-kecik dan ini lah dia Multinodular goiter.


ni gambaran kelenjar tiroid kita..
Goiter multinodular: Dalam keadaan ini, beberapa nodular akan terbentuk di kedua-dua belah tiroid, mengakibatkan keseluruhan kelenjar itu membengkak. Ia terjadi apabila hormon tiroid yang biasa, rendah atau berlebihan dihasilkan.
( rujukan Utusan Malaysia )
tapi kan yang saya sekarang tak de la nampak ketara dari luar, kemungkinan dia membengkak ke dalam. Saya cuma berharap ia hanya lah bengkak biasa dan bukan kanser. MUdah-mudahan..Aaminn..

Perlu pembedahan tak ?? Kemungkinan besar sebab buat apa nak simpan kan..Saya takut benda tu makin membesar..Alhamdulillah walaupon sukar pada permulaannya nak menerima tapi saya tetap tenang seperti biasa..bekerja seperti biasa cuma perlu menyesuaikan diri dengan perubahan kesihatan. tak pe shaklee ada,,hehe,,eh terpromot pulak..memang shaklee banyak membantu untuk kekalkan tenaga saya sepanjang hari pon..
kalau bermasalah dengan kelenjar tiroid ni memang mempengaruhi kawalan tubuh kita seharian. So, i need more supliment to raise up my energy dan shaklee salah satunya.

So, kalau ada yang rasa apa-apa perubahan pada diri anda atau kesihatan anda, cepat-cepat la buat pemeriksaan kesihatan. Inshallah langkah awal anda mampu mengurangkan risiko kepada keadaan yang lebih bahaya.


KEEP CALM AND STAY POSITIVE..

nanti kita update kisah follow up kita dari semasa ke semasa ya..
Jangan lupa jaga kesihatan  = )