25 Mei 2014

ANAK SELALU DEMAM ?

Dalam keadaan cuaca yang tak menentu sekarang anak-anak khususnya bayi sering terdedah dengan masalah demam..sayu hati bila tengok anak-anak kawan sampai masuk hospital kerana demam teruk..alhamdulillah setakat ni kakak yaya dengan haiqal hadi tidak mengalami demam yang teruk lagi tapi hari ni nani nak kongsikan sedikit mengenai masalah demam ni..
 
 
 
 
 
Apakah itu demam?

" Demam ialah satu cara badan kita melawan jangkitan.Apabila mereka menemui sesuatu yang asing – seperti virus, bakteria atau fungus – mereka akan membersihkannya sebanyak yang mungkin. Pada masa yang sama, mereka akan meminta bantuan, memberi isyarat kepada otak untuk meningkatkan suhu badan. Haba akan secara langsung membunuh beberapa jenis bakteria. Ini juga akan meningkatkan penghasilan sel darah putih dan bahan kimia yang membunuh kuman.

Apakah suhu badan yang normal bagi seorang bayi?

Demam merupakan suhu badan yang melebihi suhu normal badan. Suhu badan normal pada
bayi yang sihat adalah 36.5 darjah Celcius sehingga 37.8 darjah Celcius. Bayi mempunyai suhu yang lebih tinggi daripada kanak-kanak yang lebih besar. Sebab itu jika anda perasan, bayi kebiasaanya akan mempunyai badan yang panas. Secara amnya, bayi tidak dianggap demam kecuali suhunya melebihi 37.7 darjah Celcius pada waktu pagi atau melebihi 38.2 darjah Celcius pada waktu petang.

Bagaimana saya boleh tahu sama ada demam bayi saya ini serius atau tidak?

Apa yang lebih penting untuk diperhatikan adalah bukan suhu badannya sahaja tetapi kelakuan bayi itu sendiri. Sekiranya suhu badan bayi tersebut meningkat kepada 38.9 darjah celcius tetapi dia aktif, masih mempunyai selera makan dan menyusu dengan baik maka tidaklah perlu dirisaukan sangat. Tetapi jika suhu badannya hanya 38.2 darjah celcius dan dia tidak aktif, tidak ada selera makan, meragam dan sukar untuk ditenangkan maka bawalah bayi untuk pemeriksaan lanjut.

Bagaimana saya boleh mengesan demam?

Ibu bapa selalunya boleh tahu jika anak mereka demam dengan menyentuh atau mencium dahinya (kajian menunjukkan metod ini tepat sebanyak 75%). Gunakan termometer untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat. Jangan gunakan termometer oral (mulut) sehingga anak anda berusia 3 tahun.
Jika bayi anda masih terlalu kecil untuk anda menggunakan termometer oral, bacaan suhu boleh diambil dari ketiaknya jika dia demam. Pegang hujung bebuli termometer di ketiak bayi dengan sikunya rapat ke sisi selama lebih kurang 5 minit (termometer digital terbaru akan berbunyi bip apabila suhu telah diambil). Bacaan ketiak akan memberikan bacaan satu atau dua darjah lebih rendah daripada bacaan internal, jadi tingkatkan bacaan yang diambil.
Termometer telinga adalah cepat dan tepat untuk mengambil suhu anak anda tetapi harganya mahal dan memerlukan tangan yang stabil untuk mendapatkan bacaan tepat. Anda juga boleh menggunakan jalur demam yang anda letakkan pada dahi anak anda dan walaupun bacaannya kurang tepat, ia mudah digunakan ke atas bayi yang sedang meronta-ronta.

Apa yang boleh saya lakukan untuk merawat demam bayi saya?

Anda tidak perlu merawat demam kecuali anak anda berasa tidak selesa atau jika dia pernah mengalami kekejangan febril. Berikut adalah langkah-langkah merawat demam :

* Jika anak anda demam dan berusia lebih daripada 8 minggu, anda boleh berikannya Panadol yang khasnya untuk bayi dan kanak-kanak, untuk menurunkan suhunya. Ikuti arahan dos pengambilan dengan berhati-hati. Dos yang tepat bagi ibuprofen (Nurofen) juga boleh diberikan. Parasetamol dan ibuprofen tidak disarankan kepada bayi di bawah usia 2 bulan dan jangan berikan aspirin kepada bayi atau anak anda yang berusia di bawah 16 tahun yang dikaitkan dengan Sindrom Reye's, penyakit yang sebenarnya jarang berlaku tetapi boleh membawa kematian.

* Pakaikan bayi anda baju kain kapas yang nipis (jangan balut bayi anda untuk mengurangkan demam).

* Pastikan biliknya sejuk. Jika perlu, letakkan kipas berhampiran kot bayi dan gunakan sehelai cadar atau selimut nipis untuk menyelimutkannya.

* Berikan banyak cecair. Bayi kecil memerlukan lebih banyak
air daripada biasa, iaitu susu badan atau susu formula . Jika anda sudah memberikan minuman lain kepada bayi anda, berikan lollipop ais, sup jernih atau jus buah-buahan telah yang dicairkan.

* Cuba mandian berspan. Letakkan bayi anda dalam tub mandi yang cetek dengan air yang suam dan gosokkan badannya, satu bahagian pada satu masa, dengan kain flanel atau span yang diperah sedikit. Jangan keringkan badan bayi anda - biarkan air tersejat sendiri. Ini mungkin membuatnya lebih selesa.

* Jangan letakkan bayi anda di atas katil sahaja. Walau pun dia tidak boleh terlalu aktif, aktiviti sederhana adalah baik.

* Jangan biarkan anak anda kelaparan - bayi yang sakit memerlukan banyak kalori dan cecair.

Jangan risau sangat. Sesetengah bayi mungkin demam dan berkelakuan seperti biasa. Bayi yang lain akan meragam sedikit tetapi dengan jagaan yang baik, bayi anda akan kembali sihat semula dengan segera.
 
 
semoga info ini bermanfaat untuk anda semua
 
Untuk sebarang pertanyaan mengenai suplimen shaklee anda boleh hubungi:
harnani
0148004196

12 Mei 2014

petua mudah bersalin

PETUA UNTUK MUDAH BERSALIN
Entry kali ni nak bercerita tentang petua-petua atau tips-tips untuk mudah bersalin dan kurangkan rasa sakit masa bersalin..tau mesti ramai tengah menghitung hari kan nak dapat baby..makin dekat due makin nervous dan mula la tercari-cari cmne la nak wat nak bagi lancarkan proses bersalin nanti..
 
yang ni antara tips-tips yang nani gunakan sepanjang preggy alliya dan haiqal dan ada gak yang kumpul-kumpul dari en google serta dengar-dengar dari orang-orang tua..
 
  •  sepanjang kehamilan banyakkan membaca doa-doa , surah contoh Baca surah Al Insyiqaq ayat 1-4, surah Abasa ayat 20, surah An Nahl ayat 78, surah Maryam, surah Yusuff
 


  • banyakkan berjalan atau bergerak ~ rajin betul la tambah-tambah gi shopping,,hehe
  • amalkan sayur bendi sepanjang kehamilan ~ orang kata lendir bendi boleh memudahkan proses bersalin
  • makan kurma / badam dalam bilangan ganjil
  • amalkan air zam zam ~ minum dan sapu kat perut
  • amalkan minum air kelapa
  • dah masuk 7 bulan ke atas tiap-tiap malam sapu minyak selusuh a.k.a minyak kelapa dari pinggang sampai la ke kaki ~ yang ni nani selang seli 2 jenis minyak,,satu yg wat sendiri,,satu lagi beli je bioselusuh jenama biodex  tu,,
  • Duduk bersila, temukan kedua dua tapak kaki, pegang jari2 kaki tu pastu tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina
  • kurangkan minum ais dekat-dekat nak due..untuk elak urat-urat tersimpul
  • amalkan makan telur separuh masak untuk tambah tenaga
  • praktikan cara pernafasan yang betul ~ tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut.
  • bila dah start sakit nak bersalin, minum air selusuh ~ lebih afdhal suami yang buatkan
  • telur mentah + milo panas ~ ni sempat minum sebelum gi hospital,,memang la xtertelan tapi bila fikir nak selamat je telan kan ajer..hehe
  • sepanjang masa / on the way ke hospital / on the way labour room basahkan la lidah kita dengan zikrullah dan selawat nabi. ~ berulang kali
  • maafkan semua orang dan meminta maaf dengan orang especially ibu bapa dan suami kita ~ yang ni kalau boleh sepanjang masa la
  • Masa meneran dalam labour room, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina koyak/ koyak banyak ~ elakkan bunyi mulut masa meneran..wat hilang tenaga je takut tiba2 abis energy di tengah jalan

kebanyakkannya memang nani sendiri amalkan..alhamdulillah masa sakit bersalin pon tak lama..pegi hospital, masuk labour room dan selamat..semoga dapat memberi manfaat kepada semua,,yang penting doa yang berpanjangan.

     
 

6 Mei 2014

anak susah nak makan, sembelit, selalu demam









▲ Apakah MEAL SHAKES? ▲
Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

▲ Apa kelebihan MEAL SHAKES? ▲
✔ untuk kecantikan kulit✔ untuk mengurangkan masalah sembelit di kalangan kanak-kanak.✔ untuk antioksida✔ untuk bantu anak lebih fokus✔ memberi tenaga dan menguatkan sistem imun anak-anak✔ meningkatkan selera makan anak yang picky eater

▲ Macam mana rupa MEAL SHAKES? ▲
Ianya berbentuk serbuk. Boleh dibancuh dengan apa-apa minuman kegemaran, susu atau air kosong. 1 canister mengandungi 544gm berperisa vanilla yang sangat harum.






nak dapatkan mealshakes ?
sms @ whatsapp 0148004196

SENIMAN AZIZ SATTAR MENINGGAL DUNIA



Agak mengejutkan menerima berita kehilangan seniman negara Datuk Abdul Aziz Sattar akibat penyakit jantung hari ni..beliau yang lebih dikenali sebagai Aziz Sattar ni amat diminati oleh anak nani, nurdini alliya..ni gara-gara upin upin la ni..dia siap hafal skrip Aziz Sattar dalam citer Pendekar Bujang Lapok tu,,kadang-kadang tergelak sorang-sorang die tengok,,


sedikit info mengenai seniman yang berbakat besar ini
 
Nama sebenar beliau ialah Abdul Aziz bin Sattar. Dilahirkan pada bulan Januari 1930 di Surabaya, Indonesia. Beliau dibawa oleh bapanya ke Singapura ketika berumur tujuh tahun dan bersekolah di Sekolah Melayu hingga darjah lima. Persekolahan beliau terhenti akibat perang dunia kedua. Setelah meningkat dewasa, beliau melakukan pelbagai kerja termasuklah menjadi pemandu kereta. Beliau tidak pernah berasa malu untuk mencari rezeki yang halal bairpun terpaksa melakukan kerja kasar atau menjadi buruh.
 
Kerjaya seni beliau bermula dari sebuah persahabatan dengan Sharif Dol yang bekerja di Studio Film Production. Beliau adalah seorang pelakon, pengarah dan penulis skrip yang berjaya dalam dunia perfileman Melayu. Mula melibatkan diri dalam filem Melayu sewaktu di Singapura dengan menyertai Malay Film Production, Jalan Ampas sebagai pelakon dalam filem :
i Bujang Lapok 1957
ii Pendekar Bujang Lapok 1958
iii Ali Baba Bujang Lapok 1960
iv Seniman Bujang Lapok 1961
Selain itu, beliau juga bergiat cergas dalam bidang nyanyian dengan menyertai Pancaragam Pancasitara yang dianggotai oleh Allahyarham P.Ramlee, Nomadiah, Aziz Jaafar, Ahmad C dan Kassim Masdor di awal tahun 1950an. Pancaragam tersebut masih lagi wujud sehingga kini (1992) yang dianggotai oleh Ahmad Daud, Aziz Jaafar, Aziz Sattar, Normadiah dan Nasir Tan Sri P.Ramlee.
Di awal tahun 1970an, beliau telah naik pangkat dalam bidang perfileman dengan menumpukan kepada aspek pengarahan filem. Di antara filem-filem yang telah beliau arahkan ialah :
i Keluarga Comat (Penolong Pengarah) 1975
ii Si Badol (Pengarah) 1979
iii Perebet Lapok (Penulis Skrip dan Pengarah) 1980
iv Penyamun Tarbus (Penulis Skrip dan Pengarah)
v Da Di Du ( Penulis Skrip dan Pengarah) 1981
vi Setinggan (Penulis dan Pengarah) 1982
vii Pilihan Raya (Pengarah)1982
viii Darah Satria (Penulis Skrip dan Pengarah) 1984
ix Tujuh Biang Keladi (Pengarah)
x Bujang Lapuk Kembali Da (Pengarah) 1984
xi Perawan Malam (Pengarah) 1989
xii Tak Kisahlah Beb (Pengarah) 1989
xiii Adek (Pengarah) 1990
xiv O.K (Pengarah) 1990
Anugerah dan kemenangan yang diperoleh oleh beliau ialah :
i Anugerah Award Merak Kayangan
Filem Komedi Terbaik Penyamun Tarbus di Festival
Filem Malaysia ke 2, 1981.
ii Pelakon komedi kesukaan ramai Akhbar dan Majalah di Singapura 1960.
iii Darjah Panglima Jasa Negara (JPN) yang membawa gelaran Datuk.
Tokoh Siri Pengkisahan Sejarah-Allahyarham Tan Sri P.Ramlee
30 Mei 1992
Arkib Negara Malaysia


Takziah diucapkan kepada keluarga beliau dan semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
AL-FATIHAH

5 Mei 2014

KELETIHAN DI KALANGAN WANITA, PUNCA DAN CARA MENGATASI

letih,,lemah,,,lesu,,,biasa dihadapi oleh wanita..majoriti kaum wanita mengalami masalah seperti ini,,kenapa yer ??

antara sebab-sebab nya ialah :


MASALAH KELENJAR TIROID
Kelenjar tiroid di leher bertanggungjawab menghasilkan hormon yang mengatur selia pembakaran makanan kepada tenaga atau apa yang dikenali sebagai tahap metabolism. Jika kelenjar ini kurang menghasilkan hormonnya maka pembakaran tenaga badan adalah pada tahap yang rendah.

KEKURANGAN ZAT BESI (ANEMIA)
Kekurangan darah akibat kurang zat besi merupakan antara punca utama wanita merasa kelesuan. Ujian darah dapat menentukan sama ada anda kurang darah atau sebaliknya. Jika diketahui puncanya, pengambilan zat besi, Vitamin B12 dan zat folik dapat membantu.

KURANG TIDUR
Sememangnya tidur yang mencukupi iaitu antara 7 hingga 8 jam sehari amat penting bagi mengelakkan anda mengantuk pada sebelah pagi. Dapatkan tidur yang secukupnya supaya badan anda kembali segar dan lebih bertenaga.

STRES DAN KEMURUNGAN
Wanita yang mengalami kemurungan didapati merasa letih 4 kali ganda daripada biasa. Stres juga boleh mengakibatkan seseorang itu sukar untuk tidur. Kedua-dua perkara ini saling berkait dan boleh meningkatkan lagi tahap kemurungan dan menjejaskan tahap kecergasan badan. Ubat penenang pula adakalanya menyebabkan anda lali dan tidak 100% segar. Kawal stres dan cuba elakkan kemurungan dengan melibatkan diri pada aktiviti yang membuatkan anda terhibur.

Bagi anda yang masih tercari2 vitamin yang sesuai untuk mengatasi masalah keletihan yang melampau tu bolehlah cuba vitamin Shaklee iaitu B-Complex, Vitamin C, Vitalea dan ESP.

B-Complex
  • Terdiri daripada 8 jenis vitamin B yang penting untuk menghasilkan tenaga dari makanan kita. Ia menjaga semua mekanisme penghailan dan pengedaran tenaga ke seluruh sel.
  • B-Complex juga dikenali dengan vitamin anti-stress. Sesuai untuk pelajar dan bagi anda yang bekerjaya yang sentiasa stress dengan kerja dan assignment.

Vitamin C
  • Bekalan Vitamin C yang berterusan amat penting bagi menyokong segala proses dalam badan.
  • Vitamin C menyokong kesihatan tulang, gigi dan gusi.
  • Sesuai bagi anda yang kekurangan Vitamin C yang menyebabkan badan kelihatan letih dan lesu.
  • Pengambilan vitamin C secara konsisten juga turut dapat meningkatkan tahap imunisasi badan seseorang.
Vitalea
  • Mengandungi kesemua 28 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita termasuk iron.
  • Membanti dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
  • Mengandungi beta carotene yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.


ESP
  • Protien sihat yang memberikan tenaga berterusan dan sifatnya yang rendah glisemik indeks yang memberikan rasa kenyang yang lebih lama.
  • Selain itu, bagi mereka yang nak diet ESP mampu memberikan rasa kenyang hampir 8 jam lamanya.
  • ESP juga boleh mencantikkan kulit, membaiki masalah kuku rapuh, membantu mengatasi masalah rambut gugur.


sms @ whatsapp 0148004196
harnani yaacob
id 934707

4 Mei 2014

MORNING SICKNESS ??? TIPS MENGATASI MORNING SICKNESS


Salam,,baru sempat nak update blog ku ni haa,,,
entry kali ni nak bercerita mengenai morning sickness..apa tu??
Alahan yang melanda wanita hamil di awal usia kehamilan dikenali sebagai morning sickness.Bagaimanapun tidak bermakna alahan ini hanya datang pada waktu pagi sahaja.

pada pengalaman yang lepas masa pregnant kan kakak alahan waktu pagi,,letih, muntah-muntah, pening tapi alhamdulillah hanya 2 bulan je,,.masuk bulan ke 3 everything is ok,,
jangan ingat morning sickness @ alahan ni waktu pagi je,,kadang-kadang ada yang mengalaminya pada waktu petang atau malam..

berapa lama alahan ni ??
biasanya trimester pertama jer tapi jangan terkejut ada yang berlarutan sehingga ke akhir kehamilan..sebab masih belum dikenalpasti tetapi biasanya dikaitkan morning sickness dengan perubahan hormon estrogen yang meningkatkan fungsi deria bau sekali gus menimbulkan rasa mual dan loya.


bagi mengatasi ketidakselesaan yang dialami ni ade beberapa tips yang boleh membantu anda..

Jom kita baca tips mengatasi morning sickness ni.
Langkah 1
Sekiranya mengalami morning sickness sebaik bangun daripada tidur, jangan terburu-buru untuk bangun. Cuba duduk terlebih dahulu kemudian bangun dan berdiri. Sediakan biskut rangup berhampiran tempat tidur kerana memakan biskut rangup membantu mengurangkan rasa loya.
Langkah 2
Setiap wanita hamil perlukan tambahan 300-500 kalori sehari. Bagi memenuhi keperluan ini, digalakkan makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Mengambil makanan yang banyak dalam satu hidangan hanya membuatkan anda mual.
Langkah 3
Elakkan makanan yang menimbulkan loya seperti berempah, berlemak, berminyak, pedas dan tinggi kandungan asid.
Langkah 4
Peppermint atau halia membantu mengurangkan morning sickness. Nikmati teh peppermint atau halia bahkan boleh mencuba biskut berasakan perasa itu. Ia meninggalkan kesan melegakan ke atas perut anda.
Langkah 5
Minum air dalam jumlah yang mencukupi bagi menghindarkan dehidrasi akibat terlalu kerap muntah. Elakkan minuman berkafein atau berkarbonat.
Langkah 6
Makan makanan tinggi protein sebelum tidur. Ia membantu meningkatkan paras gula dalam darah dan mengatasi rasa mual.
Langkah 7
Elakkan daripad amakan dan minum secara serentak. Makanan dan minuman yang bercampur di dalam perut secara tidak langsung meningkatkan rasa loya.
Langkah 8
Rehat seketika! Tenaga yang dicas semula ketika berehat dapat melegakan rasa loya yang dialami. Stres hanya akan menambahkan masalah loya yang dirasai.
Langkah 9
Vitamin B6 sangat efektif untuk mengurangkan rasa mual. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik di barat mendapati wanita yang mengambil multivitamin khusus untuk wanita hamil sebelum mengandung boleh mengurangkan simptom morning sickness daripada lebih teruk.
Langkah 10
Kadang kala bau masakan boleh menyebabkan rasa loya. Jadi semasa memasak pastikan pengudaraan di kawasan dapur adalah baik bagi mengelakkan rasa loya dan mual.
 
ada ke suplimen @ vitamin yang boleh membantu meredakan masalah camni,,
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
sms @ whatsapp 0148004196
cod area Wakaf Bharu / Tumpat / Kota Bharu Kelantan
Pos seluruh malaysia