5 Nov 2017

PULAU PINANG BANJIR !!

serius pagi-pagi ni terpaku kejap dengar berita pulau pinang banjir teruk

teringat kisah duka banjir besar melanda kelantan 2014

apa yang penting semasa banjir ialah


  • kemas barang-barang penting seperti kad pengenalan, passport, dokumen-dokumen penting 
  • bekalan makanan, pampers, ubat-ubatan terutamanya yang ada anak kecil
  • ikuti arahan semasa dari semasa oleh pihak berkuasa, kalau dah diarah pindah baik pindah, situasi camni kita tak boleh nak jangka apa yang bakal jadi 
pengalaman pertama kali hadap banjir 2014 betul-betul bagi pengajaran buat kami semua

semoga semua nya selamat dan dipermudahkan segala urusan

24 Sep 2017

MINUM TEH HIJAU UNTUK BUANG ANGIN DALAM BADAN !!



MINUM TEH HIJAU UNTUK BUANG ANGIN DALAM BADAN !!


Hari ni share tips buang angin

Saja je kan alang-alang ramai yang mengadu badan banyak angin


Ni antara tips nya iaitu minum teh hijau omputeh panggil GREEN TEA

Teh hijau ni elok untuk penghadaman dan antara pilihan hangat mereka yang nak diet

Teh hijau jugak bagus untuk detox dan buang angin..

Minum teh hijau panas atau suam tanpa gula masa perut kosong..

Nak elok lagi boleh tambah LEMON, HALIA, BUNGA CENGKIH, DAUN PUDINA atau CHIA SEED

Hasilnya lawas pembuangan, buang angin kus-kus yang tersekat dalam badan dan perut terasa kempiss..

Nak senang beli je yang uncang tu..

banyak jenama kat pasaraya seperti BOH, AHMAD TEA, LIPTON, DILMAH dan macam-macam lagi..

boleh usha-usha kat pasaraya..

SELAMAT MENCUBA KORANG

#tips_meknani