25 Mac 2014

suplimen untuk rambut gugur - shaklee


Punca-Punca Rambut Gugur Berlebihan

Keguguran rambut adalah sangat berkait dengan masalah kesihatan dan kekurangan nutrisi. Selain itu, ada juga yang disebabkan oleh gaya hidup seseorang seperti pemakanan yang tidak sihat, merokok dan sebagainya. Antara punca utama masalah rambut gugur ialah:

1. Hormon Yang Tidak Stabil atau PCOS (Polycystic Ovary Syndrome)
Jika anda mengalami gejala rambut gugur beserta dengan masalah seperti haid tidak teratur, sukar hamil (masalah kesuburan), jerawat yang banyak dan berterusan, obesiti - anda mungkin mengalami masalah hormon yang tidak stabil atau gejala PCOS.
Ini kerana hormon kelakian (androgen) dihasilkan dalam kadar yang lebih dari sepatutnya dan menyebabkan pertumbuhan bulu yang lebat di muka & badan tetapi semakin menipis di kepala.

Bagi wanita yang menopous, gejala rambut gugur akan berlaku disebabkan perubahan hormon.


 
 
2. Gangguan pada Kelenjar Tiroid
Rambut gugur adalah satu tanda seseorang itu mengalami gangguan pada kelenjar tiroid samada ianya hypotiroid atau hipertirod (tiroid terlalu rendah atau terlalu tinggi). Kelenjar tiroid mengalawal pertumbuhan sel badan. Oleh itu jika terganggu maka akan turut merencat kitaran pertumbuhan rambut yang normal. Biasanya disamping masalah rambut, pesakit tiroid turut mengalami masalah berat badan berlebihan atau terlalu kurus, sensitif dengan cuaca panas atau sejuk, dan mempunyai kadar denyutan jantung yang tidak stabil


3. Kesan Selepas Kehamilan
Ketika kehamilan, kedaan rambut berada di peringkat terbaik kerana aktiviti hormone di peringkat yang optimum. Keguguran rambut bermula setelah melahirkan, kerana hormon wanita secara tiba-tiba berubah dan menyebab ketidakstabilan. Selalunya keguguran ini bermula setelah empat bulan melahirkan anak dan berterusan selama dua bulan



4. Kesan dari Ubat-Ubatan atau Pil Perancang KehamilanUbatan untuk sesetengah rawatan boleh memberi kesan keguguran rambut terutamanya ubatan yang mengawal tekanan darah, penyakit jantung, artritis atau depresi.
Bagi wanita yang sihat, mempunyai berat yang sesuai, mempunyai kitaran haids yang tetap, makan makanan berkhasiat tetapi menggunakan pil perancang keluarga, boleh menyebabkan hormon dalam badannya menjadi tidak stabil. Akibatnya ia menyebabkan keguguran rambut.
Berlainan dengan wanita yang mempunyai kitaran haids yang tidak teratur, dan beliau memakan pil perancang untuk menstabilkan hormon, pengambilan pil perancang ini akan menyebabkan rambutnya lebat dan kekal sihat.

5. Kekurangan Nutrisi Penting dalam Diet
Diet yang tidak seimbang turut menjadi faktor, terutamanya jika kekurangan zinc atau protein.
Zinc penting untuk pertumbuhan sel yang normal. Kekurangannya akan melemahkan sel & melambatkan penyembuhan luka. Untuk kes rambut gugur, kekurangan zinc akan melemahkan sel di kulit kepala dan meningkatkan keguguran rambut. Disamping itu, rambut juga akan kelihatan kusam dan cepat beruban. Sumber semulajadi zinc dan protein banyak terdapat dari sumber seperti daging, ayam, ikan, makanan laut dan produk tenusu.Protein turut sama penting untuk pertumbuhan sel yang sihat.
 

6. Stress Yang Melampau
Stress akan menganggu fungsi tubuh serta hormon seterusnya mengakibatkan rambut gugur
 
 
nak dapatkan suplimen bagi rambut gugur ??
 

sms @ whatsapp 0148004196
cod : Wakaf Bharu / Tumpat / Kota Bharu, Kelantan
pos seluruh malaysia
id : 934707
 

19 Mac 2014

3 RAHSIA MEMBAKAR LEMAK

Ingin membakar lemak berlebihan? Nak kempiskan perut atau kurangkan lemak pada bahagian peha, lengan atau mana2 bahagian yang lain?

1. Kurangkan beban semasa angkat berat
Anda tidak perlu lagi menahan kesakitan, kepayahan, dan kesukaran dengan mengangkat beban yang paling berat yang ada di gim. Kajian terbaru dari Universiti McMaster mendapati mereka yang mengangkat beban yang ringan (kira-kira 30% daripada usaha maksimum, atau lebih kurang 24 kali sehingga tahap maksimum) adalah sama efektifnya dengan mereka yang mengangkat beban paling berat (kira-kira 90% daripada usaha maksimum atau lebih kurang 5 hingga 10 kali sehingga tahap maksimum) selagi seseorang itu boleh memfokuskan pada otot-otot sehingga latiham pusingan terakhir.
Semakin aktif seseorang itu, semakin tinggi potensi dirinya untuk mendorong diri sendiri semasa bersenam. Para penyelidik dari New Zealand mendapati wanita yang selalu bersenam lebih mudah untuk melakukan kerja pada kadar degupan jantung mereka; dengan kata lain meningkatkan metabolism berbanding wanita yang jarang-jarang bersenam.

2. Latihan anda!

Apabila membincangkan jumlah lemak yang anda akan bakar semasa bersenam, kajian dari Universiti Birmingham mendapati anda akan lebih banyak membakar lemak semasa berlari berbanding semasa anda berbasikal.
Kajian terbaru mendapati wanita yang kehilangan 0.7 kg atau lebih dalam masa seminggu akan berjaya menurunkan berat badan dalam jangka masa panjang berbanding mereka yang kehilangan 0.2 kg atau kurang dalam masa seminggu. Mereka yang lebih cepat menurunkan berat badan lima kali lebih berpotensi menurunkan 10% berat badan dalam masa 18 bulan berbanding mereka yang dapat menurunkan berat badan secara perlahan-lahan.

3. Pastikan perut yang sihat

Bersenam merupakan kunci untuk menghilangkan perut buncit. Kajian dari Universiti Alabama di Birmingham mendapati mereka yang kehilangan berat badan secara purata 10kg dan mengamalkan rutin kecergasan samada melakukan latihan kekuatan atau kardio selama 40 minit dua kali seminggu selama setahun tidak akan ada lemak degil, walaupun berat badan mereka meningkat sedikit. Mereka yang berhenti mengamalkan senaman pula tidak akan beruntung kerana mereka termasuk dalam golongan 33% lemak degil yang meningkat.
 
 
nak cuba suplimen shaklee..
sebarang pertanyaan
sms @ whatsapp 0148004196

18 Mac 2014

TIPS ATASI ANAK SEMBELIT

sembelit di kalangan anak-anak memang membimbangkan,,apa sebenarnya sebab sembelit yer ?


Sembelit adalah gangguan pencernaan yang turut dialami oleh kanak-kanak. Kanak-kanak akan kurang atau sukar membuang air besar.
Sembelit pada kanak-kanak juga disebabkan oleh pengambilan susu yang berlebihan, kurang pengambilan serat kerana kanak-kanak tidak suka makan sayur atau kurang minum air putih. Sembelit akan membuatkan kanak-kanak mengalami kesakitan ketika mengeluarkan kotoran najis.
TIP MUDAH
· Makan makanan yang kaya dengan serat
· Minum air putih dengan banyak.
· Kurangkan makanan segera.
· Penyediaan makanan dengan cara yang bersih.
· Basuh tangan sebelum makan dan minum.
 
info : Majalah Pa&Ma
 
tapi masalahnya
* anak saya susah minum air putih
* jarang nak makan sayur
* suka sangat makan makanan ringan
 
jadi untuk memudahkan anda sebagai ibubapa yang menghadapi masalah ini, saya syorkan pengambilan mealshakes untuk anak-anak anda.




Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
sms @ whatsapp 0148004196
cod area Wakaf Bharu / Tumpat / Kota Bharu Kelantan
Pos seluruh malaysia

17 Mac 2014

HERBAL BLEND MULTIPURPOSE CREAM SHAKLEE - MENJADI PILIHAN !

Herbal blend shaklee ni memang menjadi kesukaan saya..sebab apa ?
sebelum ni kakak yaya memang ada ekzema yang leh dikatakan agak teruk.
Bila dah join shaklee tertarik dengan krim ni,,so tiap-tiap hari selepas mandi mesti sapu seluruh badan die.
alhamdulillah dalam masa tak sampai seminggu, gatal-gatal dan parut-parut kesan ekzema dia semakin pudar dan berkurangan. Yang paling best ia boleh digunakan untuk seisi keluarga.

APA ITU HERBAL BLEND ??

Krim yang dingin dan tidak berminyak ini diperbuat daripada bahan semulajadi seperti horse chestnut, bunga yarrow, daun sage dan rosemary. Ianya 100% organik, bebas steroid dan paraben dan sangat sesuai untuk kulit sensitif.
 
Antara kegunaan Herbal Blend:-
- Melembutkan kulit kasar dan tumit pecah
- Menyelesaikan masalah kulit gatal
- Menghilangkan parut termasuk campak dan chicken pox
- Menghilangkan ruam pada bayi
- Memberi kelegaan semasa ketidakselesaan akibat demam
- Sebagai losyen untuk kegunaan harian
 



nak dapatkan herbal blend ni ??
Untuk keterangan lanjut sila
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 934707]

Fb :Harnani Yaacob
sms @ whatsapp 0148004196

Makanan untuk jantung sihat

Makanan untuk jantung sihat
 
Penyakit yang digelarkan sebagai penyakit nombor satu dunia, penyakit jantung merupakan antara yang digeruni oleh semua. Jantung merupakan organ terpenting yang mampu membuatkan kita terus hidup bernafas dan ia berfungsi mengepam serta mengedarkan darah ke seluruh badan. Menyedari kepentingan jantung kepada manusia, berikut adalah antara 10 makanan yang baik untuk jantung anda. Jagalah jantung anda untuk kualiti hidup yang lebih baik.
1.Makanan Ber oat

Mulakan hari anda dengan semangkuk oat panas. Makanan ini kaya asid lemak omega-3, folat dan kalium. Selain itu,ia kaya dengan serat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri.
2.Salmon
Ikan yang kaya asid lemak omega-3 ini efektif menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Makanlah dua keping salmon seminggu.
Ia mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33 peratus.“Salmon mengandungi karotenoid astaxanthin, yang merupakan sebuah antioksida kuat,” menurut Stephen T. Sinatra, MD, penulis Lower Your Blood Pressure In Eight Weeks, health.com.
3.Avocado
Menambah lemak sihat ke dalam diet anda. Makanan yang kaya lemak tunggal tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dalam tubuh.
 
4.Minyak zaitun
Minyak zaitun kaya akan lemak tunggal tidak tepu. Ia adalah pengganti baik bagi mentega.
 
 
5.Kekacang
Kacang-kacang seperti walnut dan almond .
6.Berries
Blueberries, raspberries, strawberi dan jenis beri lainnya kaya anti radangan.Berfungsi mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser.
 
 
7.Kacang peas
Tambah pengambilan kacang peas, seperti kacang merah dan kacang hitam.
8.Bayam
Bayam kaya akan berbagai komponen sihat seperti lutein, folat, kalium dan serat.
 
 
9.Biji rami (linseed)
Biji rami kaya dengan serat dan omega-6.Pengambilan biji rami dicampurkan dengan oatmeal.
 
 
10.Kacang Soya
Kacang soya membantu menurunkan kadar kolesterol kerana rendah lemak.
 
 
 
 
Apakah kebaikan Omega Guard Shaklee?


Melindungi Jantung Anda
Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.
 
 
sms @ whatsapp 0148004196

16 Mac 2014

Buasir berpunca dari pemakanan tak seimbang???

Buasir ? Apa tu..
Tengah belek-belek terbaca tentang BUASIR ni..
Rupa-rupanya ia juga berpunca dari pemakanan yang tak seimbang

MENDENGAR penyakit buasir atau hemoroid, ramai malu untuk berbincang secara terbuka. Namun hakikatnya penyakit itu boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal usia akibat gaya hidup, pemakanan dan kurang senaman. Lebih mengejutkan apabila pengamal perubatan mengesahkan penghidapnya ada yang seawal belasan tahun.

Mengikut ilmu perubatan, penyakit yang terjadi di bahagian dubur itu diakibatkan saluran darah venus yang mengembang dan bengkak di sekitar dubur (rektum dan anus). Akibatnya, setiap kali seseorang pesakit mahu membuang air besar atau melalui proses meneran, mereka akan berasa sakit dan mengeluarkan darah bersama najis atau menitis, sama ada sebelum atau selepas.

Buasir mempunyai dua jenis iaitu;

Buasir luar - Ia berlaku di bawah kulit, betul-betul di luar pembukaan dubur. Ia mungkin akan menyebabkan sakit dan rasa gatal terutama ketika proses pembuangan air besar. Buasir jenis ini agak lembut (jika dipegang dengan tangan).

Buasir dalam - Buasir jenis ini berlaku di bahagian dalam rektum. Selalunya buasir jenis ini tidak sakit sebaliknya penderita buasir jenis ini hanya akan menyedari masalah yang menimpa bila terdapat darah yang keluar dari duburnya. Bahaya seperti penyakit lain, buasir juga mempunyai beberapa peringkat iaitu;

Tahap 1
Berlaku pendarahan dan bengkak dan ketulan menonjol keluar

Tahap 2
Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan masuk balik ke dalam dubur.

Tahap 3
Keadaan sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk.

Tahap 4
Darah keluar ketika mahu membuang air besar dan rasa sakit. Buasir (ketulan) tidak boleh lagi dimasukkan ke dalam dubur. Penghidap tidak akan rasa selesa untuk menjalankan aktiviti harian.

Gaya hidup tidak sihat
Buasir berpunca daripada gaya hidup yang tidak sihat. Antara punca penyakit itu dapat dilihat jika melibatkan seseorang itu kurang minum air dan makanan berserat tinggi yang membolehkan berlaku sembelit. Cirit-birit juga boleh menjadi punca kepada penyakit itu. Wanita hamil berisiko dapat buasir. Namun ia tidak membahayakan ibu dan anak.

Pencegahan
Walaupun tiada kaedah khusus untuk mencegah buasir, tetapi amalan gaya hidup sihat dapat menghindarkan kita daripada masalah ini. Antara saranan yang digalakkan, ubah gaya pemakanan dengan melebihkan pengambilan sumber serat (sayur-sayuran dan buah-buahan); lebih baik jika dapat makan lima hidangan sayur dan buah setiap hari.

Minum banyak air masak, sekurang-kurangnya satu hingga dua liter sehari. Ia bertujuan melembutkan najis supaya ia senang keluar. Pengambilan serat perlu diselaraskan dengan air.

Lebih banyak serat diambil, jadi lebih banyak air diperlukan. Selain itu pelajari cara betul untuk buang air besar dan senaman seperti kegel bagi menguatkan tulang bahagian punggung. Senaman mudah seperti berjalan cepat selama 30 minit sehari juga sudah memadai bagi menyihatkan badan sekali gus dapat mengelakkan penyakit.

Rawatan
Bagi buasir yang tidak dapat disembuhkan dengan rawatan konservatif, rawatan yang standard boleh dijalankan iaitu mengikat dengan lingkaran getah. Satu atau dua lingkaran getah diikat di sekeliling pangkal buasir. Ini akan menyekat peredaran darah ke buasir tersebut. Dalam masa tujuh hingga 10 hari buasir tersebut akan tertanggal keluar.

Koagulasi Inframerah - Sinaran inframerah dipancarkan selama satu atau dua saat untuk menghentikan bekalan darah ke buasir. Anda mungkin terasa bahang panas ketika prosedur ini dilakukan dan terdapat sedikit pendarahan berlaku dalam beberapa hari selepas itu.

Prosedur ini sama juga seperti ikatan lingkaran getah, dilakukan hanya untuk buasir dalaman. Tetapi ia lebih cepat dan kurang menyebabkan jangkitan. Elektrokoagulasi bipolar - Prosedur ini dikenali juga dengan nama bicap, adalah sama seperti prosedur koagulasi Inframerah dan ia mempunyai kebaikan dan keburukan yang sama.

Terapi laser - Pancaran laser akan mengewapkan tisu buasir. Tetapi prosedur ini didapati lebih mahal dan tidak menunjukkan sebarang kelebihannya dari prosedur lain. Pembedahan biasanya dilakukan sebagai langkah terakhir apabila kedua-dua jenis buasir tersebut menjadi semakin teruk dan rawatan-rawatan lain tidak berjaya menyembuhkannya.

Kaedah ini didapati berkesan tetapi pesakit terpaksa tinggal di dalam hospital sehari dua dan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh berbanding dengan pendekatan-pendekatan lain.

Anda juga harus mendapatkan nasihat doktor bagi rawatan yang cepat bertindak ke akar masalah buasir seperti krim, minyak, suppositories, kain lap, dan rawatan ais adalah sementara dan banyak kali boleh merengsakan permukaan dubur.





shaklee juga menyediakan set untuk buasir terdiri daripada
- ostematrix
- omega guard
- zinc

nak dapatkan ??
sms @ whatsapp 0148004196

 
Set Kecantikan Kulit Shaklee Untuk Wajah Cantik Berseri




Apa yang ada dlm set kecantikan kulit Shaklee??? Jom kita tengok...

Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit
Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat
Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri
 

12 Mac 2014

ESP shaklee ?? Untuk apa??

KENAPA ESP MENJADI PILIHAN RAMAI ??

✔ nak KURUS- ESP mengawal selera makan..

✔ nak PUASA- ESP memberi rasa kenyang lebih lama..membekalkan tenaga sepanjang hari

✔ nak TAMBAH SUSU IBU- ESP membantu mempercepatkan penghasilan susu

✔ nak CANTIK- ESP menggebu, melicin dan menganjalkan kulit

✔ nak SIHAT- ESP menyihatkan tubuh keseluruhannya..

✔ jika HAMIL- ESP menguatkan rahim, untuk pembentukan otot baby

✔ nak HAMIL- ESP memelihara dan memulihara rahim.. membekalkan tenaga

Cara nak dapatkan ?
Sms @ whatsapp 0148004196

11 Mac 2014

8 PERSEDIAAN SEBELUM HAMIL
1.Asid folik
  • Asid folik merupakan satu daripada unsur vitamin B yang membantu mengelakkan kecacatan saraf tunjang atau spina bifida pada bayi sejak dalam kandungan.Kesan pada penyakit ini ialah tulang belakang bayi akan terkeluar dan dia mungkin akan mengalami masalah pencernaan kerana saraf tunjang terjejas.
2.Buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan vitamin C.Ketahuilah bahawa vitamin C dapat mengelakkan anda daripada serangan pelbagai penyakit.Tubuh ibu hamil yang cukup vitamin C dapat berkembang dengan baik sihat.Satu perkara penting yang perlu anda tahu tentang sayur-sayuran dan buah-buahan ini ialah kemampuannya untuk mencegah sembelit yang selalu dialami oleh ibu2 hamil.Oleh itu,jadikan ia sebagai rutin harian anda waktu hamil nanti anda tidak rasa kekok untuk mengambilnya.Pemakanan sayur-sayuran dan buah-buahan, mampu mengawal pertambahan berat badan.
3.Makan banyak ikan
  • Ikan adalah sumber protein yang paling baik dan murah.Selain itu,protein daripada ikan mudah dicernakan oleh tubuh.Ikan kaya dengan OMEGA 3 iaitu asid lemak yang diperlukan untuk pertumbuhan mata dan otak yang baik bagi bayi dalam kandungan.Ikan yang sesuai dimakan oleh ibu hamil ialah tuna,tenggiri,tongkol dan kembung.Ikan boleh dimasak dengan pelbagai cara seperti direbus,dipanggang atau digoreng.
4.Zat besi anemia
  • Melahirkan bayi adalah satu proses yang rumit.Untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar,persediaan awal mesti dibuat.Yang perlu diberikan perhatian ialah kandungan darah semasa hamil.Ketahuilah bahawa ibu hamil memerlukan peningkatan darah sebanyak 40 hingga 60 paratus.Untuk mengelakkan berlakunya masalah anemia,anda disarankan mengambil makanan yang kaya dengan zat besi.Antara makanan tersebut ialah daging merah(elak makan HATI),sayur-sayuran hijau,kekacang,dan buah-buahan yang sudah dikeringkan.
5.Karbohidrat
  • Sewaktu hamil,tubuh wanita memerlukan banyak kalori berbanding ketika tidak hamil.Kekurangan kalori akan menganggu proses tumbesaran bayi dalam kandungan. Beras,jagung,roti,mi,mihun,makaroni dan ubi kentang adalah antara makanan yang kaya dengan karbohidrat.Roti adalah sumber karbohidrat terbaik lebih2 lagi jika roti tersebut adalah roti whole grain flour yang berwarna sedikit gelap jika dibandingkan dengan roti sandwic.
6.8 gelas air
  • Tubuh sangat memerlukan air sama ada sebelum hamil atau sewaktu hamil.Malah,sepanjang tempoh kehamilan kelak terutamanya pada peringkat permulaan,gejala2 seperti loya dan muntah sering berlaku.Akibatnya air banyak keluar.Jadi anda digalakkan minum air yang banyak bagi menggantikan air yang hilang itu.Hormon progestron dalam tubuh seseorang wanita akan meningkat semasa hamil.Keadaan ini akan menyebabkan proses penghadaman menjadi lambat.Akibatnya,ibu hamil akan berhadapan dengan masalah sembelit dan bawasir.Keadaan akan bertambah teruk apabila kehamilan masuk trimester ketiga.Ketika trimester ketiga,uterus yang semakin membesar dan penuh dengan bayi serta cecair amniotik akan menekan bahagian bawah uterus bersama-sama pundi kencing.Akibatnya, najis menjadi keras dan proses membuang air besar menjadi sukar.Jadi,untuk mengeluarkan najis tersebut,ibu hamil ini terpaksa meneran.Meneran terlalu kerap dan dengan tekanan tinggi boleh menyebabkan bawasir.
7.Sarapan pagi
  • Sarapan pagi adalah waktu makan yang paling penting dalam kitaran hidup manusia,apatah lagi bagi ibu hamil.Ibu hamil sering rasa lesu terutamanya pada waktu pagi.Jadi,ambillah sedikit agar rasa lesu dapat dikurangkan.Bersarapan akan menghilangkan rasa pedih perut setelah semalaman tanpa makanan.Rasa pedih yang dialami oleh ibu hamil biasanya akan membuatkan mereka mual.Akan tetapi,jangan makan terlalu banyak.Contoh sarapan terbaik untuk ibu-ibu hamil ialah segelas susu,semangkuk bijiran dan sekeping roti.
8.Beriadah
  • Senaman baik untuk menyihatkan tubuh badan.Hasilnya,tubuh anda akan lebih langsing dan mantap.Jika anda surirumah sepenuh masa,luangkan masa utk berjalan-jalan di sekitar kediaman anda sambil membuat kerja-kerja rumah seperti membersihkan laman ataupun menyiram pokok bunga.Bagi yang bekerja,banyakkan berjalan.Aktiviti berjalan kaki sangat baik untuk melancarkan peredaran darah.