25 Mac 2014

suplimen untuk rambut gugur - shaklee


Punca-Punca Rambut Gugur Berlebihan

Keguguran rambut adalah sangat berkait dengan masalah kesihatan dan kekurangan nutrisi. Selain itu, ada juga yang disebabkan oleh gaya hidup seseorang seperti pemakanan yang tidak sihat, merokok dan sebagainya. Antara punca utama masalah rambut gugur ialah:

1. Hormon Yang Tidak Stabil atau PCOS (Polycystic Ovary Syndrome)
Jika anda mengalami gejala rambut gugur beserta dengan masalah seperti haid tidak teratur, sukar hamil (masalah kesuburan), jerawat yang banyak dan berterusan, obesiti - anda mungkin mengalami masalah hormon yang tidak stabil atau gejala PCOS.
Ini kerana hormon kelakian (androgen) dihasilkan dalam kadar yang lebih dari sepatutnya dan menyebabkan pertumbuhan bulu yang lebat di muka & badan tetapi semakin menipis di kepala.

Bagi wanita yang menopous, gejala rambut gugur akan berlaku disebabkan perubahan hormon.


 
 
2. Gangguan pada Kelenjar Tiroid
Rambut gugur adalah satu tanda seseorang itu mengalami gangguan pada kelenjar tiroid samada ianya hypotiroid atau hipertirod (tiroid terlalu rendah atau terlalu tinggi). Kelenjar tiroid mengalawal pertumbuhan sel badan. Oleh itu jika terganggu maka akan turut merencat kitaran pertumbuhan rambut yang normal. Biasanya disamping masalah rambut, pesakit tiroid turut mengalami masalah berat badan berlebihan atau terlalu kurus, sensitif dengan cuaca panas atau sejuk, dan mempunyai kadar denyutan jantung yang tidak stabil


3. Kesan Selepas Kehamilan
Ketika kehamilan, kedaan rambut berada di peringkat terbaik kerana aktiviti hormone di peringkat yang optimum. Keguguran rambut bermula setelah melahirkan, kerana hormon wanita secara tiba-tiba berubah dan menyebab ketidakstabilan. Selalunya keguguran ini bermula setelah empat bulan melahirkan anak dan berterusan selama dua bulan



4. Kesan dari Ubat-Ubatan atau Pil Perancang KehamilanUbatan untuk sesetengah rawatan boleh memberi kesan keguguran rambut terutamanya ubatan yang mengawal tekanan darah, penyakit jantung, artritis atau depresi.
Bagi wanita yang sihat, mempunyai berat yang sesuai, mempunyai kitaran haids yang tetap, makan makanan berkhasiat tetapi menggunakan pil perancang keluarga, boleh menyebabkan hormon dalam badannya menjadi tidak stabil. Akibatnya ia menyebabkan keguguran rambut.
Berlainan dengan wanita yang mempunyai kitaran haids yang tidak teratur, dan beliau memakan pil perancang untuk menstabilkan hormon, pengambilan pil perancang ini akan menyebabkan rambutnya lebat dan kekal sihat.

5. Kekurangan Nutrisi Penting dalam Diet
Diet yang tidak seimbang turut menjadi faktor, terutamanya jika kekurangan zinc atau protein.
Zinc penting untuk pertumbuhan sel yang normal. Kekurangannya akan melemahkan sel & melambatkan penyembuhan luka. Untuk kes rambut gugur, kekurangan zinc akan melemahkan sel di kulit kepala dan meningkatkan keguguran rambut. Disamping itu, rambut juga akan kelihatan kusam dan cepat beruban. Sumber semulajadi zinc dan protein banyak terdapat dari sumber seperti daging, ayam, ikan, makanan laut dan produk tenusu.Protein turut sama penting untuk pertumbuhan sel yang sihat.
 

6. Stress Yang Melampau
Stress akan menganggu fungsi tubuh serta hormon seterusnya mengakibatkan rambut gugur
 
 
nak dapatkan suplimen bagi rambut gugur ??
 

sms @ whatsapp 0148004196
cod : Wakaf Bharu / Tumpat / Kota Bharu, Kelantan
pos seluruh malaysia
id : 934707
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan