11 Mac 2014

8 PERSEDIAAN SEBELUM HAMIL
1.Asid folik
  • Asid folik merupakan satu daripada unsur vitamin B yang membantu mengelakkan kecacatan saraf tunjang atau spina bifida pada bayi sejak dalam kandungan.Kesan pada penyakit ini ialah tulang belakang bayi akan terkeluar dan dia mungkin akan mengalami masalah pencernaan kerana saraf tunjang terjejas.
2.Buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan vitamin C.Ketahuilah bahawa vitamin C dapat mengelakkan anda daripada serangan pelbagai penyakit.Tubuh ibu hamil yang cukup vitamin C dapat berkembang dengan baik sihat.Satu perkara penting yang perlu anda tahu tentang sayur-sayuran dan buah-buahan ini ialah kemampuannya untuk mencegah sembelit yang selalu dialami oleh ibu2 hamil.Oleh itu,jadikan ia sebagai rutin harian anda waktu hamil nanti anda tidak rasa kekok untuk mengambilnya.Pemakanan sayur-sayuran dan buah-buahan, mampu mengawal pertambahan berat badan.
3.Makan banyak ikan
  • Ikan adalah sumber protein yang paling baik dan murah.Selain itu,protein daripada ikan mudah dicernakan oleh tubuh.Ikan kaya dengan OMEGA 3 iaitu asid lemak yang diperlukan untuk pertumbuhan mata dan otak yang baik bagi bayi dalam kandungan.Ikan yang sesuai dimakan oleh ibu hamil ialah tuna,tenggiri,tongkol dan kembung.Ikan boleh dimasak dengan pelbagai cara seperti direbus,dipanggang atau digoreng.
4.Zat besi anemia
  • Melahirkan bayi adalah satu proses yang rumit.Untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar,persediaan awal mesti dibuat.Yang perlu diberikan perhatian ialah kandungan darah semasa hamil.Ketahuilah bahawa ibu hamil memerlukan peningkatan darah sebanyak 40 hingga 60 paratus.Untuk mengelakkan berlakunya masalah anemia,anda disarankan mengambil makanan yang kaya dengan zat besi.Antara makanan tersebut ialah daging merah(elak makan HATI),sayur-sayuran hijau,kekacang,dan buah-buahan yang sudah dikeringkan.
5.Karbohidrat
  • Sewaktu hamil,tubuh wanita memerlukan banyak kalori berbanding ketika tidak hamil.Kekurangan kalori akan menganggu proses tumbesaran bayi dalam kandungan. Beras,jagung,roti,mi,mihun,makaroni dan ubi kentang adalah antara makanan yang kaya dengan karbohidrat.Roti adalah sumber karbohidrat terbaik lebih2 lagi jika roti tersebut adalah roti whole grain flour yang berwarna sedikit gelap jika dibandingkan dengan roti sandwic.
6.8 gelas air
  • Tubuh sangat memerlukan air sama ada sebelum hamil atau sewaktu hamil.Malah,sepanjang tempoh kehamilan kelak terutamanya pada peringkat permulaan,gejala2 seperti loya dan muntah sering berlaku.Akibatnya air banyak keluar.Jadi anda digalakkan minum air yang banyak bagi menggantikan air yang hilang itu.Hormon progestron dalam tubuh seseorang wanita akan meningkat semasa hamil.Keadaan ini akan menyebabkan proses penghadaman menjadi lambat.Akibatnya,ibu hamil akan berhadapan dengan masalah sembelit dan bawasir.Keadaan akan bertambah teruk apabila kehamilan masuk trimester ketiga.Ketika trimester ketiga,uterus yang semakin membesar dan penuh dengan bayi serta cecair amniotik akan menekan bahagian bawah uterus bersama-sama pundi kencing.Akibatnya, najis menjadi keras dan proses membuang air besar menjadi sukar.Jadi,untuk mengeluarkan najis tersebut,ibu hamil ini terpaksa meneran.Meneran terlalu kerap dan dengan tekanan tinggi boleh menyebabkan bawasir.
7.Sarapan pagi
  • Sarapan pagi adalah waktu makan yang paling penting dalam kitaran hidup manusia,apatah lagi bagi ibu hamil.Ibu hamil sering rasa lesu terutamanya pada waktu pagi.Jadi,ambillah sedikit agar rasa lesu dapat dikurangkan.Bersarapan akan menghilangkan rasa pedih perut setelah semalaman tanpa makanan.Rasa pedih yang dialami oleh ibu hamil biasanya akan membuatkan mereka mual.Akan tetapi,jangan makan terlalu banyak.Contoh sarapan terbaik untuk ibu-ibu hamil ialah segelas susu,semangkuk bijiran dan sekeping roti.
8.Beriadah
  • Senaman baik untuk menyihatkan tubuh badan.Hasilnya,tubuh anda akan lebih langsing dan mantap.Jika anda surirumah sepenuh masa,luangkan masa utk berjalan-jalan di sekitar kediaman anda sambil membuat kerja-kerja rumah seperti membersihkan laman ataupun menyiram pokok bunga.Bagi yang bekerja,banyakkan berjalan.Aktiviti berjalan kaki sangat baik untuk melancarkan peredaran darah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan