6 Mei 2014

SENIMAN AZIZ SATTAR MENINGGAL DUNIA



Agak mengejutkan menerima berita kehilangan seniman negara Datuk Abdul Aziz Sattar akibat penyakit jantung hari ni..beliau yang lebih dikenali sebagai Aziz Sattar ni amat diminati oleh anak nani, nurdini alliya..ni gara-gara upin upin la ni..dia siap hafal skrip Aziz Sattar dalam citer Pendekar Bujang Lapok tu,,kadang-kadang tergelak sorang-sorang die tengok,,


sedikit info mengenai seniman yang berbakat besar ini
 
Nama sebenar beliau ialah Abdul Aziz bin Sattar. Dilahirkan pada bulan Januari 1930 di Surabaya, Indonesia. Beliau dibawa oleh bapanya ke Singapura ketika berumur tujuh tahun dan bersekolah di Sekolah Melayu hingga darjah lima. Persekolahan beliau terhenti akibat perang dunia kedua. Setelah meningkat dewasa, beliau melakukan pelbagai kerja termasuklah menjadi pemandu kereta. Beliau tidak pernah berasa malu untuk mencari rezeki yang halal bairpun terpaksa melakukan kerja kasar atau menjadi buruh.
 
Kerjaya seni beliau bermula dari sebuah persahabatan dengan Sharif Dol yang bekerja di Studio Film Production. Beliau adalah seorang pelakon, pengarah dan penulis skrip yang berjaya dalam dunia perfileman Melayu. Mula melibatkan diri dalam filem Melayu sewaktu di Singapura dengan menyertai Malay Film Production, Jalan Ampas sebagai pelakon dalam filem :
i Bujang Lapok 1957
ii Pendekar Bujang Lapok 1958
iii Ali Baba Bujang Lapok 1960
iv Seniman Bujang Lapok 1961
Selain itu, beliau juga bergiat cergas dalam bidang nyanyian dengan menyertai Pancaragam Pancasitara yang dianggotai oleh Allahyarham P.Ramlee, Nomadiah, Aziz Jaafar, Ahmad C dan Kassim Masdor di awal tahun 1950an. Pancaragam tersebut masih lagi wujud sehingga kini (1992) yang dianggotai oleh Ahmad Daud, Aziz Jaafar, Aziz Sattar, Normadiah dan Nasir Tan Sri P.Ramlee.
Di awal tahun 1970an, beliau telah naik pangkat dalam bidang perfileman dengan menumpukan kepada aspek pengarahan filem. Di antara filem-filem yang telah beliau arahkan ialah :
i Keluarga Comat (Penolong Pengarah) 1975
ii Si Badol (Pengarah) 1979
iii Perebet Lapok (Penulis Skrip dan Pengarah) 1980
iv Penyamun Tarbus (Penulis Skrip dan Pengarah)
v Da Di Du ( Penulis Skrip dan Pengarah) 1981
vi Setinggan (Penulis dan Pengarah) 1982
vii Pilihan Raya (Pengarah)1982
viii Darah Satria (Penulis Skrip dan Pengarah) 1984
ix Tujuh Biang Keladi (Pengarah)
x Bujang Lapuk Kembali Da (Pengarah) 1984
xi Perawan Malam (Pengarah) 1989
xii Tak Kisahlah Beb (Pengarah) 1989
xiii Adek (Pengarah) 1990
xiv O.K (Pengarah) 1990
Anugerah dan kemenangan yang diperoleh oleh beliau ialah :
i Anugerah Award Merak Kayangan
Filem Komedi Terbaik Penyamun Tarbus di Festival
Filem Malaysia ke 2, 1981.
ii Pelakon komedi kesukaan ramai Akhbar dan Majalah di Singapura 1960.
iii Darjah Panglima Jasa Negara (JPN) yang membawa gelaran Datuk.
Tokoh Siri Pengkisahan Sejarah-Allahyarham Tan Sri P.Ramlee
30 Mei 1992
Arkib Negara Malaysia


Takziah diucapkan kepada keluarga beliau dan semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
AL-FATIHAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan