4 Mei 2014

MORNING SICKNESS ??? TIPS MENGATASI MORNING SICKNESS


Salam,,baru sempat nak update blog ku ni haa,,,
entry kali ni nak bercerita mengenai morning sickness..apa tu??
Alahan yang melanda wanita hamil di awal usia kehamilan dikenali sebagai morning sickness.Bagaimanapun tidak bermakna alahan ini hanya datang pada waktu pagi sahaja.

pada pengalaman yang lepas masa pregnant kan kakak alahan waktu pagi,,letih, muntah-muntah, pening tapi alhamdulillah hanya 2 bulan je,,.masuk bulan ke 3 everything is ok,,
jangan ingat morning sickness @ alahan ni waktu pagi je,,kadang-kadang ada yang mengalaminya pada waktu petang atau malam..

berapa lama alahan ni ??
biasanya trimester pertama jer tapi jangan terkejut ada yang berlarutan sehingga ke akhir kehamilan..sebab masih belum dikenalpasti tetapi biasanya dikaitkan morning sickness dengan perubahan hormon estrogen yang meningkatkan fungsi deria bau sekali gus menimbulkan rasa mual dan loya.


bagi mengatasi ketidakselesaan yang dialami ni ade beberapa tips yang boleh membantu anda..

Jom kita baca tips mengatasi morning sickness ni.
Langkah 1
Sekiranya mengalami morning sickness sebaik bangun daripada tidur, jangan terburu-buru untuk bangun. Cuba duduk terlebih dahulu kemudian bangun dan berdiri. Sediakan biskut rangup berhampiran tempat tidur kerana memakan biskut rangup membantu mengurangkan rasa loya.
Langkah 2
Setiap wanita hamil perlukan tambahan 300-500 kalori sehari. Bagi memenuhi keperluan ini, digalakkan makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Mengambil makanan yang banyak dalam satu hidangan hanya membuatkan anda mual.
Langkah 3
Elakkan makanan yang menimbulkan loya seperti berempah, berlemak, berminyak, pedas dan tinggi kandungan asid.
Langkah 4
Peppermint atau halia membantu mengurangkan morning sickness. Nikmati teh peppermint atau halia bahkan boleh mencuba biskut berasakan perasa itu. Ia meninggalkan kesan melegakan ke atas perut anda.
Langkah 5
Minum air dalam jumlah yang mencukupi bagi menghindarkan dehidrasi akibat terlalu kerap muntah. Elakkan minuman berkafein atau berkarbonat.
Langkah 6
Makan makanan tinggi protein sebelum tidur. Ia membantu meningkatkan paras gula dalam darah dan mengatasi rasa mual.
Langkah 7
Elakkan daripad amakan dan minum secara serentak. Makanan dan minuman yang bercampur di dalam perut secara tidak langsung meningkatkan rasa loya.
Langkah 8
Rehat seketika! Tenaga yang dicas semula ketika berehat dapat melegakan rasa loya yang dialami. Stres hanya akan menambahkan masalah loya yang dirasai.
Langkah 9
Vitamin B6 sangat efektif untuk mengurangkan rasa mual. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik di barat mendapati wanita yang mengambil multivitamin khusus untuk wanita hamil sebelum mengandung boleh mengurangkan simptom morning sickness daripada lebih teruk.
Langkah 10
Kadang kala bau masakan boleh menyebabkan rasa loya. Jadi semasa memasak pastikan pengudaraan di kawasan dapur adalah baik bagi mengelakkan rasa loya dan mual.
 
ada ke suplimen @ vitamin yang boleh membantu meredakan masalah camni,,
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
sms @ whatsapp 0148004196
cod area Wakaf Bharu / Tumpat / Kota Bharu Kelantan
Pos seluruh malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan