Memaparkan catatan dengan label petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label petua. Papar semua catatan

15 Ogo 2018

8 TIPS MENGATASI MASALAH KEMBUNG PERUT BAYI

Mama-mama yang ada bayi kecil mesti biasa mengalami masalah camni. Susu dah bagi, pampers dah tukar tapi bayi masih meragam..letak tak kena, nak tidur tak selesa, dukung serba tak kena..
Mungkin bayi tak selesa sebab KEMBUNG PERUT ?

Antara tanda-tanda bayi mengalami masalah kembung perut adalah seperti bayi menangis secara berterusan tanpa sebab yang jelas, gelisah dan tidak selesa.

Apa nak buat bila bayi mengalami masalah kembung perut 




  • Elakkan makanan yang berangin bagi ibu yang menyusu. Ibu menyusu badan perlu mengelakkan dari mengambil makanan yang boleh menyebabkan kembung perut kepada bayi seperti kubis, brokoli, kafein atau makanan sumber tenusu. Sila check makanan yang tak sesuai untuk bayi kita ye.
  • Amalkan mengurut bayi dengan minyak telon atau minyak bayi selepas mandi di perut, belakang bayi dan tapak kaki. Urutan dapat mengeluarkan angin dan melegakan bayi yang tak selesa.

  • Pastikan teknik penyusuan yang betul. Bagi ibu menyusu badan pastikan pelekapan dan posisi penyusuan yang selesa dan betul supaya bayi dapat menyusu dengan selesa tanpa menelan angin
  • Pemilihan puting susu yang sesuai. Bagi bayi menyusu botol pastikan pemilihan puting botol yang sesuai dengan bayi dan saiz yang bersesuaian dengan usia bayi.
  • Sendawakan bayi selepas menyusu. Gunakan teknik yang sesuai untuk menggalakkan bayi sendawa untuk mengeluarkan angin yang terperangkap
  • Bedung, barut perut perlu atau tidak ? Antara petua orang tua-tua dulu penggunaan bedung dan barut perut di awal kelahiran bayi amat digalakkan untuk mengelakkan perut masuk angin dan mengurangkan risiko bayi terkena kembung perut.
  • Tuam atau tungku bayi. Ni pon amalan orang-orang lama untuk mengelakkan bayi kena kembung perut dengan menuam menggunakan tungku bayi yang dibuat dari bunjut berisi pasir atau lada hitam disangai sekejap di atas api, tuam bahagian perut dan tapak kaki bayi..
semoga bermanfaat untuk mommy semua, jangan gelabah dan jangan panik. Sekiranya berlarutan hingga muntah, cirit birit sila la bawa berjumpa dengan doktor ye

6 Mac 2016

Cara mengurangkan parut jerawat dan jeragat






parut jerawat ??


ni tak suka ni,,ade cara penyelesaiannya tak ??


Jom kita baca fungsi vitamin E dan ESP ni:


VITAMIN E


Vitamin E memang terkenal sebagai vitamin untuk kecantikan. Sebab itu, salah satu fungsinya boleh hilangkan parut jerawat sebabnya vitamin E adalah vitamin yang tinggi anti-oksidannya. Ciri ini mampu menggalakkan penyembuhan kulit apabila disapu pada kawasan yang berparut tersebut. Selain digunakan untuk disapu pada kawasan yang berparut, vitamin E juga perlulah diamalkan sebagai supplement harian untuk penyembuhan dari dalam. Nak kesan yang lagi best, amalkan bersama vitamin C dan vitamin B Complex ;)


  • Selain untuk masalah parut, banyak lagi khasiat dan kebaikan vitamin E ni, antaranya:
  • Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas. 
  • Memperbaiki peredaran darah untuk memperbaiki tisu.
  • Melindungi paru-paru dari pencemaran udara. 
  • Memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan. 
  • Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan menguatkan dinding kapilari. 
  • Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat.
  • Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk) 
  • Merendahkan kadar kolesterol. 
  • Membantu mencegah kanser. 
  • Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. 
  • Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri.Tapi, pastikan anda memilih vitamin E yang betul yer...banyak sangat vitamin E di pasaran, nak pilih yang macamana? Pilihlah vitamin E yang asli yer, cuba anda cek labelnya pada botol - pastikan ianya d- alpha tocopherol dan pastikan juga vitamin E itu ada unsur selenium agar penyerapan berlaku dengan lebih baik.


ESP

ESP merupakan sumber protein yang baik. Protein ni amat penting dalam proses pembentukan dan pembaharuan sel kulit kita serta membentuk 'elastic fiber' untuk penegangan kulit.

Sel-sel lama dan rosak akan disingkirkan dan digantikan dengan sel baru yang sihat. Sebab itu, parut susah nak hilang bila kita tak amalkan protein yang cukup kerana sel-sel yang lama itu tidak dapat digantikan dengan sel yang lebih sihat.

ESP juga membantu penyerapan vitamin lain berada pada tahap optimum. Sebab tu, jika ESP diambil bersama suplemen-suplemen lain, ianya akan cepat menyerap dan memberi kesan yang lebih baik berbanding mereka yang tak ambil ESP bersama.


Antara kebaikan dan khasiat lain ESP:
  • Kekal Muda - Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga. 
  • Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
  • Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.
  • Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.
  • Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
  • Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
  • Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

Testimoni : Parut Jahitan akibat Kemalangan Semakin Hilang dengan Vitamin E dan ESP

Berikut adalah pengalaman yang dikongsi oleh salah seorang pengguna ESP dan Vitamin E.


sebarang pertanyaan boleh hubungi
harnani
sms @ whatsapp 0148004196

24 Okt 2014

petua untuk meredakan selsema dan batuk bayi @ kanak-kanak


Susah hati kan kalau anak selsema atau batuk..asyik meragam je sebab susah nak bernafas. Nak bagi ubat selsema cam ragu-ragu sikit sebab baby lagi kan..takut kesannya dikemudian hari..so di sini nak share antara petua-petua yang dikutip sedikit demi sedikit dari majalah, blog dan yang biasa saya buat.
  • Sapu bam/minyak yu yie sikit pada dada, kaki, ubun-ubun..sikit je, biar berangin ala-ala je
  • Sentiasa pakaikan stokin bila dia tido
  • Stop dulu bagi susu formula, tapi tukar pada barli suam..bila dia batuk, kita bagi susu formula, bertambah geladak dalam tekak dia, so lagi burukkan batuk dia
  • Tinggikan bantal dia, mengiringkan dia
  • Sapukan dengan Minyak Bawang Putih : Cara membuat minyak bawang putih -Panggang bawang putih dgn kulit sampai masak atau kulitnya sudah hitam, kemudian lenyekkan pada minyak, sapu di dada anak ketika batuk selsema.
  • Petua Garlic socks : Letakkan bawang putih pada stokin anak. Pakaikan anak stokin berlubang besar sedikit sprt jenis berkait atau yg berlubang- lubang, kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yg telah ditumbuk tidak perlu lumat, untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih). Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan shj minyak bawang putih yang telah dibuat sprt  di atas, dan sapukan pada tapak kaki anak.
  •  Petua bawang merah : Potong bawang merah kepada 2 dan letakkan di tepi bantal anak, buat selama 3 hari berturut. Bawang akan meng'absorb' semua virus2 di udara. Bawang yang terdedah tadi jangan di gunakan didalam makanan kerana dikuatiri memudaratkan. 
  • Teknik percussion perlu di buat 1 minit bahagian kiri belakang badan dan 1 minit bahagian kanan belakang badan dan telentangkan anak ke depan dan tepuk selama 1 minit bahagian depan kiri dada dan 1 minit bahagian kanan depan dada. Ulang proses tersebut sehingga sekurang2nya 10 minit. Sekiranya anak meronta dan menangis itu lebih baik kerana dia menyedut wap tersebut dengan lebih agresif. Kalau tangan anak bergerak2, bedung anak tersebut dan salinkan pakaian baru selepas selesai proses steaming.
  •  berusia satu tahun ke atas dan sudah boleh minum dari gelas atau botol, berikan air suam bercampur sedikit madu dan lemon. Ini membantu anak puan mendapatkan kelegaan dari batuknya
  • limau nipis dan ambil daun sirih lalu celup ke dalam air perahan tadi. Selepas itu, sapukan pada dada dan leher bayi
  •  ambik halia muda tumbuk dan cuma bagi dia hidu je
  • ·Boleh gunakan daun kaduk. Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti
  • Kalau anak kita dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. InsyaAllah batuk akan hilang.
  • Ambil secawan air didihan beras. Minum ketika suam. Amalkan selalu.
  • basahkan ubun-ubun kepala. Ulang beberapa kali
  • Campurkan hirisan lemon, bawang putih & minyak zaitun komersial (mengandungi Vit A, C, E).Ramas campuran hingga mengeluarkan bau yg segar.Gunakan minyak ini untuk mengurut bahagian tapak kaki, belakang badan atau bahagian lain tubuh anak-anak.Ia bagi merawat/mengurangkan demam selsema yg sgt mudah menjangkiti kita terutama bayi dan kanak-kanak-kanak.
 semoga bermanfaat kepada semua ibu-ibu dan ayah-ayah yer..
selamat mencuba !

12 Mei 2014

petua mudah bersalin

PETUA UNTUK MUDAH BERSALIN
Entry kali ni nak bercerita tentang petua-petua atau tips-tips untuk mudah bersalin dan kurangkan rasa sakit masa bersalin..tau mesti ramai tengah menghitung hari kan nak dapat baby..makin dekat due makin nervous dan mula la tercari-cari cmne la nak wat nak bagi lancarkan proses bersalin nanti..
 
yang ni antara tips-tips yang nani gunakan sepanjang preggy alliya dan haiqal dan ada gak yang kumpul-kumpul dari en google serta dengar-dengar dari orang-orang tua..
 
  •  sepanjang kehamilan banyakkan membaca doa-doa , surah contoh Baca surah Al Insyiqaq ayat 1-4, surah Abasa ayat 20, surah An Nahl ayat 78, surah Maryam, surah Yusuff
 


  • banyakkan berjalan atau bergerak ~ rajin betul la tambah-tambah gi shopping,,hehe
  • amalkan sayur bendi sepanjang kehamilan ~ orang kata lendir bendi boleh memudahkan proses bersalin
  • makan kurma / badam dalam bilangan ganjil
  • amalkan air zam zam ~ minum dan sapu kat perut
  • amalkan minum air kelapa
  • dah masuk 7 bulan ke atas tiap-tiap malam sapu minyak selusuh a.k.a minyak kelapa dari pinggang sampai la ke kaki ~ yang ni nani selang seli 2 jenis minyak,,satu yg wat sendiri,,satu lagi beli je bioselusuh jenama biodex  tu,,
  • Duduk bersila, temukan kedua dua tapak kaki, pegang jari2 kaki tu pastu tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina
  • kurangkan minum ais dekat-dekat nak due..untuk elak urat-urat tersimpul
  • amalkan makan telur separuh masak untuk tambah tenaga
  • praktikan cara pernafasan yang betul ~ tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut.
  • bila dah start sakit nak bersalin, minum air selusuh ~ lebih afdhal suami yang buatkan
  • telur mentah + milo panas ~ ni sempat minum sebelum gi hospital,,memang la xtertelan tapi bila fikir nak selamat je telan kan ajer..hehe
  • sepanjang masa / on the way ke hospital / on the way labour room basahkan la lidah kita dengan zikrullah dan selawat nabi. ~ berulang kali
  • maafkan semua orang dan meminta maaf dengan orang especially ibu bapa dan suami kita ~ yang ni kalau boleh sepanjang masa la
  • Masa meneran dalam labour room, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina koyak/ koyak banyak ~ elakkan bunyi mulut masa meneran..wat hilang tenaga je takut tiba2 abis energy di tengah jalan

kebanyakkannya memang nani sendiri amalkan..alhamdulillah masa sakit bersalin pon tak lama..pegi hospital, masuk labour room dan selamat..semoga dapat memberi manfaat kepada semua,,yang penting doa yang berpanjangan.