24 Okt 2014

petua untuk meredakan selsema dan batuk bayi @ kanak-kanak


Susah hati kan kalau anak selsema atau batuk..asyik meragam je sebab susah nak bernafas. Nak bagi ubat selsema cam ragu-ragu sikit sebab baby lagi kan..takut kesannya dikemudian hari..so di sini nak share antara petua-petua yang dikutip sedikit demi sedikit dari majalah, blog dan yang biasa saya buat.
  • Sapu bam/minyak yu yie sikit pada dada, kaki, ubun-ubun..sikit je, biar berangin ala-ala je
  • Sentiasa pakaikan stokin bila dia tido
  • Stop dulu bagi susu formula, tapi tukar pada barli suam..bila dia batuk, kita bagi susu formula, bertambah geladak dalam tekak dia, so lagi burukkan batuk dia
  • Tinggikan bantal dia, mengiringkan dia
  • Sapukan dengan Minyak Bawang Putih : Cara membuat minyak bawang putih -Panggang bawang putih dgn kulit sampai masak atau kulitnya sudah hitam, kemudian lenyekkan pada minyak, sapu di dada anak ketika batuk selsema.
  • Petua Garlic socks : Letakkan bawang putih pada stokin anak. Pakaikan anak stokin berlubang besar sedikit sprt jenis berkait atau yg berlubang- lubang, kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yg telah ditumbuk tidak perlu lumat, untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih). Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan shj minyak bawang putih yang telah dibuat sprt  di atas, dan sapukan pada tapak kaki anak.
  •  Petua bawang merah : Potong bawang merah kepada 2 dan letakkan di tepi bantal anak, buat selama 3 hari berturut. Bawang akan meng'absorb' semua virus2 di udara. Bawang yang terdedah tadi jangan di gunakan didalam makanan kerana dikuatiri memudaratkan. 
  • Teknik percussion perlu di buat 1 minit bahagian kiri belakang badan dan 1 minit bahagian kanan belakang badan dan telentangkan anak ke depan dan tepuk selama 1 minit bahagian depan kiri dada dan 1 minit bahagian kanan depan dada. Ulang proses tersebut sehingga sekurang2nya 10 minit. Sekiranya anak meronta dan menangis itu lebih baik kerana dia menyedut wap tersebut dengan lebih agresif. Kalau tangan anak bergerak2, bedung anak tersebut dan salinkan pakaian baru selepas selesai proses steaming.
  •  berusia satu tahun ke atas dan sudah boleh minum dari gelas atau botol, berikan air suam bercampur sedikit madu dan lemon. Ini membantu anak puan mendapatkan kelegaan dari batuknya
  • limau nipis dan ambil daun sirih lalu celup ke dalam air perahan tadi. Selepas itu, sapukan pada dada dan leher bayi
  •  ambik halia muda tumbuk dan cuma bagi dia hidu je
  • ·Boleh gunakan daun kaduk. Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti
  • Kalau anak kita dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. InsyaAllah batuk akan hilang.
  • Ambil secawan air didihan beras. Minum ketika suam. Amalkan selalu.
  • basahkan ubun-ubun kepala. Ulang beberapa kali
  • Campurkan hirisan lemon, bawang putih & minyak zaitun komersial (mengandungi Vit A, C, E).Ramas campuran hingga mengeluarkan bau yg segar.Gunakan minyak ini untuk mengurut bahagian tapak kaki, belakang badan atau bahagian lain tubuh anak-anak.Ia bagi merawat/mengurangkan demam selsema yg sgt mudah menjangkiti kita terutama bayi dan kanak-kanak-kanak.
 semoga bermanfaat kepada semua ibu-ibu dan ayah-ayah yer..
selamat mencuba !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan