23 Okt 2014

kencing manis ~ apa ?, tanda-tanda dan suplimen

salam..
hari ni ku nak bercerita tentang kencing manis sebab macam bermusim kan 2-3 hari asyik terdengar orang sekeliling bercerita orang tu kena kencing manis, orang ni kena kencing manis..tak kira umur pulak tu..ada yang muda dan ada yang tua..( risau jugak sebenarnya sebab daku pon peminat tegar minuman manis-manis ni.,,hehe )..

jom kita berkenalan dengan penyakit kencing manis ni ( info dari myhealth.gov.my )



Apakah diabetes mellitus?
  • Penyakit diabetes mellitus adalah satu keadaan di mana paras glukos (gula) adalah tinggi di dalam darah disebabkan oleh kekurangan atau kurang keberkesanan insulin.
  • Keadaan ini disebabkan oleh kurang hormon insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas.
  • Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari darah ke dalam sel.
  • Sekiranya anda mengalami diabetes mellitus, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel, ia kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukos yang tinggi
 Terdapat dua jenis Diabetes Mellitus
  • Diabetes mellitus jenis 1- Kanak-kanak dan remaja selalunya mendapat jenis 1. Ia adalah satu keadaan "antoimmune" di mana sistem imun badan pesakit menyerang tisu-tisu dan organ badannya sendiri.
  • Diabetes mellitus jenis 2. - Dilaporkan kerap terjadi dikalangan kanak-kanak di negara-negara yang mengalami peningkatan kadar kegemukan/obesiti
 
Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) menunjukkan kira-kira 2.6 juta penduduk Malaysia menghidap diabetes tahun lalu (2012). Perangkaan daripada NHMS menunjukkan pesakit diabetes di Malaysia meningkat 31 peratus dalam lima tahun berbanding peningkatan 11.6 peratus pada 2006 bagi setiap orang dewasa Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

-Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman-
 

Tanda-tanda Awal Penyakit Diabetes (Kencing Manis)

  1. Haus atau dahaga yang keterlaluan.
  2. Letih dan lemah otot.
  3. Berat badan menurun.
  4. Penglihatan kabur.
  5. Gatal.
  6. Menghidap penyakit kulit yang berpanjangan.
  7. Luka yang lambat sembuh.
  8. Kerap kencing.
  9. Gatal pada kemaluan.
  10. Rasa kebas.
 jadi pesakit kencing manis mestilah menjaga pemakanan mereka

Panduan pemakanan untuk pesakit diabetes:

  1. Banyakkan makan sayur dan kurangkan makanan daripada haiwan.
  2. Lebihkan pengambilan makanan yang dimasak sendiri dan kurangkan makanan yang diproses. Jauhi makanan segera dan makanan ringan.
  3. Pilih makanan berlemak secara bijak. Kurangkan pengambilan daging, kulit ayam, minuman tenusu yang berlemak, majerin, makanan bergoreng, makanan ringan dan makanan di pasaran yang dibakar dengan lemak trans.
  4. Pilih makanan berkarbohidrat secara bijak. Kurangkan pengambilan gula, kurangkan makanan dihasilkan menggunakan tepung putih. Lihat pada label kandungan roti terlebih dulu dan baca kandungan serta pada roti itu.
  5. Ambil sekurang-kurangnya tiga cawan susu rendah lemak sehari.
  6. Ambil makanan berprotein secara sederhana. Amalkan pengambilan ikan dan ayam tanpa kulit.
  7. Hadkan pengambilan sodium iaitu kurang daripada 2,300 miligram sehari. Sodium ini terkandung dalam garam dan makanan dalam tin.
  8. Ambil makanan kaya potasium contohnya pisang, buah bersitrus, buah-buahan dan sayur-sayuran. Makan makanan tinggi kalsium contohnya susu rendah lemak, brokoli, bayam dan tauhu.
  9. Makan banyak bijirin terutamanya bijiran gandum.
  10. Makan banyak ikan, utamakan cara memasak dengan membakar, panggang atau gril berbanding menggoreng.
  11. Sekiranya anda mengambil daging merah sebagai hidangan, cuba kurangkan kuantitinya. Hindari lemak daging, daging proses dan hati.
  12. Makan telur secara berhemat. Ambil secara purata tidak lebih daripada sebiji telur kuning sehari termasuk yang digunakan untuk dimasak atau dibuat kek.
  13. Gunakan minyak sayuran secara sederhana. Utamakan minyak zaitun dan minyak canola. Kurangkan penggunaan minyak sayuran, minyak sawit dan santan
     
     so, pesakit kencing manis mestilah menjaga pemakanan mereka...ada tak suplimen yang membantu pesakit kencing manis ni?,,mesti lah ada,,
  • GLA Complex - Menghalang komplikasi diabetes. Merendahkan gula dalam darah, berkesan diabetes semasa usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.
  • B Complex - Menukarkan makanan kepada tenaga iaitu dengan menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga sekaligus megurangkan masalah keletihan.
  • Zink - Membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes.
  • ESP - membantu menurunkan bacaan kencing manis dan menurunkan nafsu kepada makanan yang manis.
  •  VIVIX (paling disyorkan) - Merupakan suplemen anti penuaan terbaik di dunia. Juga membantu memelihara jantung, otak, sistem imun, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga, kesihata dan kesejahteraan
nak dapatkan suplimen shaklee
sms @ whatsapp  0148004196
harnani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan