25 Okt 2014

jenis-jenis keputihan



Apa jenis-jenis keputihan ??


1. Cairan jernih, berlendir banyak tapi tidak berbau
Hal ini normal terjadi ketika seorang wanita mendekati waktu haid, kelebihan hormon estrogen dan tekanan emosi. Keputihan seperti ini juga berlaku pada wanita hamil.

2. Cairan seperti susu kental, pekat, sangat banyak dan berbau
Kemungkinan telah terjadi radang pada serviks/leher rahim (servisitis) dan vagina (vaginitis).

3. Cairan berwarna coklat, cair seperti air, sangat banyak dan lembab
Kemungkinan wanita tersebut menderita vaginitis, servisitis, gangguan pembuluh darah pada serviks, endometriosis atau ketika dalam rawatan kanser. Warna coklat timbul akibat perdarahan yang terjadi akibat sebab tersebut.

4. Cairan berwarna kelabu dengan garis darah, cair seperti air, sangat banyak dan berbau busuk
Wanita tersebut menderita ulser vagina, vaginitis. Kemungkinan yang lain adalah kanser peringkat awal.

5. Cairan berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau
Kemungkinan berlaku jangkitan bakteria. Gejala ini juga berlaku apabila seorang wanita mempunyai hormon estrogen lebih.

6. Cairan putih, cair, berbau disertai rasa pedih ketika buang air kecil dan gatal di sekitar kemaluan
Kemungkinan wanita tersebut mengalami jangkitan kulat. Candida albicans adalah kulat yang sering menyerang di kemaluan seorang wanita.

7. Cairan kuning kehijauan, berbuih, merah, sangat banyak, gatal, berbau busuk dan sakit pada sekitar kemaluan serta kemerahan pada vagina
Berlaku jangkitan yang disebabkan oleh kuman protozoa Trichomonas vaginalis.

8. Cairan berwarna kuning, pekat, sangat banyak, terasa panas dan gatal pada kemaluan, sakit sekitar kemaluan, sakit buang air kecil
Kemungkinan berlaku jangkitan yang disebabkan oleh Nisseria gonorrhoe atau disebut GO.


Cara untuk merawat keputihan :

1. Gunakan pencuci vagina yang mempunyai kadar pH rendah dan tidak mengandungi bahan kimia. Kadar pH yang tinggi boleh menyebabkan kekeringan dan iritasi.
2. Amalkan memakan bawang putih atau yogurt asli. Kedua-dua makanan ini bersifat anti bakteria dan meningkatkan imun badan.
3. Elakkan makanan yang manis kerana gula adalah sumber makanan bakteria.
4. Sekali sekala basuh di tempat sulit dengan menggunakan air rebusan daun sirih. Selain membunuh kuman, ia juga dapat menyegarkan dan mengurangkan rasa tidak selesa di kawasan tersebut.

Set Merawat Keputihan Shaklee terdiri daripada:
  1. Alfalfa - Kaya dengan klorofill yang bersifat antikulat.
  2. GLA – Menghalang kulat daripada merebak.
  3. Garlic – Antibiotik semulajadi, antikulat dan membantu meningkatkan imun sistem badan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan