4 Jan 2014

Kekurangan kalsium undang masalah otot dan saraf


Assalamualaikum semua..

Malam ni nak share sikit hasil dari pembacaan majalah rapi petang tadi..tertarik dengan satu artikel mengenai kesan kekurangan kalsium dalam badan kita.. Kalau nak tau 99 % kalsium terdapat dalam tulang dan gigi kita.. sebab tu la kalau tulang @ gigi reput dikaitkan dengan kekurangan kalsium..1% lagi terkandung dalam aliran darah. walaupun jumlahnya kecil tapi jika kekurangan kalsium berlaku, otot akan mengalami masalah dan darah sukar membeku serta saraf terganggu.


Antara kesan kekurangan kalsium ialah : 

■ Masalah osteoporosis

Jumlah kalsium mempengaruhi kepadatan tulang dalam badan kita.jika kalsium kurang, terdapat gangguan dalam metabolisme tulang menyebabkan ia nya mudah rapuh.

■ Daya ingatan semakin berkurangan

Ion kalsium sgt penting untuk menghantar maklumat saraf.kekurangan kalsium menyebabkan hambatan mekanisme ransangan menjadi tidak teratur. ( dengan kata lain, kurang fokus @ cepat lupa )

■ masalah otot

Kesakitan otot tulang boleh berlaku bila kekurangan kalsium menyebabkan pergerakan menjadi tidak normal kerana kehilangan keseimbangan.

■ masalah jantung

Fungsi jantung dan sumber tenaga juga dipengaruhi oleh sumber kalsium.jika tenaga tidak mencukupi, sistem jantung menghadapi masalah untuk mengepam darah ke seluruh badan
 
■ kurang imunisasi tubuh

Kekurangan kalsium menyebabkan kurangnya pertahanan imunisasi badan..badan akan mudah terkena penyakit. Oleh itu, kita mesti lah mengambil jumlah kalsium yg tinggi pada setiap hari kerana apabila mencecah 50 tahun, jisim tulang semakin berkurangan..

 

Untuk memastikan bekalan kalsium mencukupi boleh la ambil 2 gelas susu berkalsium tinggi setiap hari. Pada mereka yg xsuka minum susu, pengambilan pil kalsium @ ostematrix pastinya dapat membantu anda memenuhi keperluan kalsium. Nak dapatkan bolehSms @ whatsapp 014800419.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan