19 Nov 2014

makanan yang mengurangkan stress

stress di tempat kerja ??
stress belajar ??
stress di mana-mana ???
sabar..banyakkan berselawat dan tenang kan diri..
hari ni nak bercerita tentang makanan yang dapat mengurangkan stress



Oren
Kajian dari German menunjukkan bahawa vitamin C membantu untuk mengurangkan tekanan dan membuatkan tekanan darah menjadi normal semula. Vitamin C juga dikenali untuk meningkatkan sistem imunisasi dalam badan.

Kentang
Kentang boleh mengurangkan stress kerana ia memuaskan keinginan anda untuk mendapatkan karbohidrat dan kemanisan apabila anda berada di bawah tekanan yang berlebihan. Kentang penuh dengan 'betacarotene' dan lain-lain vitamin serta fiber yang membantu badan anda untuk memproses karbohidrat dalam proses yang mantap.

Aprikot kering
Buah aprikot kaya dengan magnesium yang mana dapat mengurangkan tekanan dan boleh mengendurkan otot secara semulajadi.

Almond, pistachio & walnut
Kacang almond penuh dengan vitamin B dan E dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi. Manakala walnut dan pistachio membantu untuk menurunkan tekanan darah.

Ayam belanda
Daging ayam belanda mengandungi amino asid yang juga dipanggil 'L-trytophan'. Amino asid ini juga melepaskan serotonin, satu bahan kimia yang baik untuk otak. Inilah sebabnya orang berasa sangat tenang selepas makan daging ayam belanda.

Bayam
Kekurangan magnesium dalam badan boleh menyebabkan migrain dan rasa keletihan. Satu cawan bayam memberikan 40 peratus magnesium yang anda sememangnya perlu dalam badan.

Salmon
Ikan salmon mempunyai asid lemak Omega 3 yang tinggi yang mana boleh membantu menangani penyakit jantung. Kajian menunjukkan bahawa Omega 3 menyimpan hormon tekanan daripada memuncak.

Avokado
Lemak tidak tepu dan potassium yang ada dalam buah avokado membantu untuk mengurang tekanan darah dalam badan. Potassium yang cukup dalam badan boleh mengurangkan tekanan darah dan tahukah anda, avokado mempunyai lebih potassium berbanding pisang?

Sayur-sayuran hijau
Brokoli, sawi dan sayur-sayuran hijau lain adalah sumber utama vitamin yang membantu menyegarkan badan anda di kala stress.

Manisan-
Hormon stress juga dikaitkan dengan proses penyimpanan lemak dibahagian perut. Hanya dengan meletakkan sedikit manisan dibahagian lidah dapat membantu mengurangkan stress yang sedang dialami.

Roti gandum beserta jam atau madu
Makanan yang kaya dengan karbohidrat dapat membantu untuk meningkatkan hormon serotonin ( hormon yang membantu untuk memperbaiki mood dan juga memberikan ketenangan kepada anda ).

Ikan salmon-
Asid lemak omega-3 membantu sel-sel otak anda berfungsi dengan lebih baik. Ia juga berkesan dalam mengurangkan stress yang sedang dialami.

Coklat gelap-
Coklat gelap mengandungi kandungan endorphin, yang membantu untuk meningkatkan lagi sistem otak serta mengurangkan stress.

Susu-
Khasiat didalam susu dapat membantu untuk mengurangkan lagi tekanan darah seseorang dan juga stress.

Minum koko panas-
Air koko panas membantu untuk meningkatkan suhu tubuh seseorang, yang memberikan rasa keselesaan dan juga turut meningkatkan fungsi otak.

Minum teh
Satu kajian yang dilakukan oleh University College London menunjukkan seseorang yang minum teh empat kali sehari selama enam minggu dapat mengurangkan penghasilan hormon kortisol yang menjadi punca stress.

Minum air sejuk
Air sejuk dapat merangsang endorphin yang turut membantu dalam mengurangkan stress.

Daging -
Tahukah anda daging merupakan makanan yang terbaik untuk diambil ketika stres. Ini kerana daging mengandungi zink, zat besi, vitamin B yang penting dalam mengawal mood. Tetapi jangan diambil dalam kuantiti yang banyak, hanya memadai satu cawan kecil daging merah sahaja.

Asparagus dan Vitamin B -
Kedua-dua ini kaya dengan asid folik yang mampu menstabilkan emosi. Sumber dari kedua-duanya ini berperanan menghasilkan serotonin dalam otak yang akan membantu mewujudkan rasa tenang dan gembira. Apabila mengalami tekanan, paras hormon kortisol dalam tubuh akan meningkat lalu menyebabkan tahap serotonin merosot. Amalkan tujuh batang asparagus bersaiz setengah inci yang dimasak sebagai sayur goreng atau sup.

Teh Hijau
Jika stress menyerang, minumlah teh hijau berbanding soft drink atau minuman beralkohol. Kandungan di dalam teh hijau sangat baik untuk kesihatan seperti adanya catechin yang dapat mencegah radikal bebas dan menyehatkan mata.
Di dalam teh hijau juga ada asid amino thenine yang dipercaya dapat menenangkan otak. Dr. Kaijun Niu dari Tohoku University Graduate School of Biomedical Engineering Jepun telah menemui fakta bahawa mereka yang mengambil 3-4 gelas teh hijau sehari sangat jarang mengalami tekanan perasaan

Ais Krim
Dari kajian para penyelidik dari University of California, susu dan krimer yang banyak terkandung dalam ice cream diyakini memiliki banyak asid amino tryptophan yang dapat menenangkan otak kita. Apapun awas yer..jangan sampai berlebihan kerana jika anda berterusan makan aiskrim, boleh jadi anda menambah satu lagi masalah kesihatan anda juga.

Suplemen shaklee membantu meredakan stress??

Ya, terdapat juga suplemen Shaklee yang boleh membantu anda meredakan stress dan menenangkan fikiran anda berdasarkan teori kajian pakar di atas..antaranya ialah:

B-Complex : Vitamin B, terutama Folic Acid yang terkandung di dalamnya serotonin juga terbukti tidak hanya dapat meredakan stres, tapi juga sindrom panik, gelisah, dan tekanan perasaan.

ESP: Minuman protein soya non GMO. Menurut Prevention Magazine’s Nutrition Advisor, kadar protein, Vitamin B, kalsium, dan magnesium yang terkandung di dalam soya mampu menghilangkan stress.

Omega Guard: Menurut buku The Anxiety Book dari Jonathan Davidson and Henry Dreher, Omega-3 yang terkandung di dalam ikan tidak hanya membantu perkembangan otak tapi juga mampu memberikan ketenangan kepada fikiran di samping menggalakkan kecerdasan otak.



nak dapatkan suplimen anda
sms @ whatsapp 0148004196
harnani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan