9 Nov 2014

peranan suami dalam menjayakan penyusuan susu ibu


Penyusuan susu ibu bukan je bergantung kepada si ibu semata-mata. Tapi sokongan orang terdekat terutamanya suami turut menyumbang kepada kejayaan penyusuan susu ibu. Alhamdulillah sepanjang menyusukan Haiqal selama 2 tahun, en hubby memang memberi moral support yang tinggi dan banyak membantu. So nak share sedikit peranan suami dalam menjayakan penyusuan susu ibu sebab tanggungjawab membesarkan anak adalah tanggungjawab bersama kan..


1) mencari ilmu dan pengetahuan
Jangan menganggap isteri sahaja yang perlukan ilmu pengetahuan mengenai penyusuan. Suami juga perlukan pengetahuan tentang penyusuan susu ibu. Cari seberapa banyak pengetahuan mengenai susu ibu supaya suami tidak kekok apabila bayi dilahirkan nanti

2) Menggalakkan isteri
jangan lupa untuk memberi kata-kata pujian di atas usaha isteri dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Ini akan membuatkan isteri berasa bangga dan bersemangat untuk meneruskan lagi penyusuan

3) Menyokong beliau dengan keluarga dan rakan-rakan
pandangan dan kata-kata dari orang luar atau keluarga yang lain mengenai penyusuan susu ibu seringkali menggagalkan dan menganggu emosi si ibu..


“ anak lapar tu, tak cukup dengan susu ibu je, beli la susu formula “ kata si A



“ ajar la susu formula sekali, nanti masuk keje nanti susah nak tinggal “ kata si B



Biasanya si ibu dah tersentap nak jawab. So, disini la pentingnya si suami untuk menjawab segala komen-komen dari orang luar,.



“ alhamdulillah setakat ni susu umi die cukup lagi, malam-malam tidur lena je selepas menyusu “


4) Jangan mencadangkan susu formula
duhai ayah jangan sekali-kali mencadangkan isteri anda untuk menggunakan susu formula. Ni lagi la buat si isteri stress dan negative thinking kata susu nya tak cukup.

5) Menjadi pendengar yang baik
kadang-kadang penyusuan susu ibu ni banyak cabarannya. So jadilah pendengar yang baik untuk mendengar luahan dari isteri anda tentang masalahnya, kesusahannya. Inshallah sekurang-kurang meredakan stress si isteri

6) Membantu isteri
tawarkan diri anda untuk membantu melaksanakan kerja-kerja rumah atau menguruskan anak-anak yang lain. Sekurang-kurang si isteri tak rasa terbeban dan dihargai.

7) Bangun menemani isteri ketika penyusuan di waktu malam
Walaupun jadual kerja anda boleh membuat ia mustahil untuk dilakukan pada setiap malam, cuba bangun dengan isteri anda untuk beberapa penyusuan malam hari. Lihat jika dia mahu apa-apa untuk minum atau makan, selimut, atau apa-apa keperluan lain.

8) Dapatkan "Hands On" dengan Menyusui
duduk berdekatan dengan isteri ketika dia menyusukan bayi. Teringat satu kisah mengenai ibu Ustaz Don Daniyal. Bila ditanya tentang rahsia beliau mendidik anak, beliau menjawab melalui penyusuan susu ibu selama 2 tahun. Paling mengejutkan Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Indahkan..

9) Ambil Kelas Penyusuan Susu Ibu Bersama
kebanyakan hospital sekarang menyediakan kelas penyusuan susu ibu dan apa salahnya si suami jugak turut serta supaya anda dapat ilmu pengetahuan dan sekaligus memberi moral support kepada isteri

10) sokongan kewangan

Sokongan kewangan untuk membeli peralatan untuk digunakan sepanjang penyusuan. Bantulah isteri untuk bersama-sama membeli peralatan penyusuan terutamanya jika isteri bekerja seperti pam susu, warmer, botol susu dan sebagainya. Jangan biarkan isteri keseorangan menampung ke semua keperluan penyusuan.. Fikirkan jika si isteri tidak menyusukan bayi rasanya lagi tinggi perbelanjaan.

11) Bertindak sebagai pengawal
membantu si isteri ketika Nursing in Public atau penyusuan di tempat awam. Di sini la si suami bertindak untuk cover si isteri bila menyusukan anak di tempat awam. Memang la sekarang banyak nursing cover tapi ini akan meningkatkan keyakinan si isteri untuk menyusukan bayi di mana sahaja dan merasakan dirinya selamat.

12) Urutan

Sekali sekala buat urutan untuk melegakan badan si isteri ketika menyusu. Memang tak dinafikan ibu menyusu akan lenguh-lenguh badan tambah-tambah kalau penyusuan yang mengambil masa yang lama. Urutan ni juga mampu meningkatkan kuantiti susu ibu.


13) Akhir sekali, bertanya apa yang dia perlukan
Anda tidak akan tahu melainkan anda bertanya


Semoga sharing ini dapat membantu bapa-bapa diluar sana. Kadang-kadang kita isteri tak boleh nak salahkan si suami jugak tak ambil tau bila isteri menyusu sebab diorang tak terdedah dengan benda-benda camni,, so tugas kita la untuk menerangkan kepada diorang kan. Peace !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan