19 Jun 2014

TIPS BERPUASA BAGI IBU HAMIL

dah tak lama nak puasa kan..dan kebetulan pulak ramai kawan-kawan yang akan menghadapi bulan Ramadhan di saat hamil..tahniah untuk korang,,so entry ari ni nak berkongsi tips berpuasa semasa hamil.
masa pregnant kan Haiqal Hadi sempat juga berpuasa masa tu kandungan dah 7 bulan dan alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar..rasa lagi bertenaga dari biasa lagi ada la,,hehe..
tapi perlu diingatkan setiap individu tahap daya tahan nyer berbeza kan,,so kita kongsi sikit tips berpuasa semasa hamil
 
Apakah Cara Terbaik Untuk Berbuka Puasa?
Pastikan anda makan pelbagai makanan yang sihat dan minum banyak air apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur.

1. Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan seperti buah kurma, kekacang dan lentil untuk berbuka puasa.
2. Elakkan makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat. Ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti hendak pitam dan pening.
3. Pastikan anda mendapat protein secukupnya daripada kekacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Protein diperlukan untuk membantu bayi anda membesar dengan sihat.
4. Minum air yang banyak pada waktu malam. Anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas pada bulan Ramadhan.

Apakah Tanda2 Bahaya Yang Perlu Saya Ketahui?

Hubungi doktor anda jika:
1. Anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.
2. Anda loya atau mula muntah.
3. Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. Jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.
4. Anda berasa sangat dahaga atau air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuta. Ini adalah tanda2 penyahidratan.
5. Anda mengalami kesakitan seakan2 sakit bersalin. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
6. Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.
7. Anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.

Bagaimana Cara Untuk Memudahkan Saya Berpuasa Semasa Hamil?

Terdapat pelbagai langkah yang boleh anda ambil:

1. Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.
2. Elakkan berjalan jauh dan membawa barang2 berat.
3. Elakkan aktiviti yang membuatkan anda berasa panas kerana ini boleh menyebabkan anda ternyahidrat dengan cepat dan membahayakan bayi.
4. Mintalah nasihat daripada wanita lain dalam keluarga anda tentang bagaimana menjalani puasa semasa hamil.
5. Amalkan pemakanan yang baik apabila anda berbuka. Dapatkan tip2 lanjut tentang pemakanan untuk berbuka dan sahur.
yang paling penting ialah menjaga pemakanan kita dan elakkan dari pengambilan makanan yang berlebihan ketika berbuka..
 
semoga ibu-ibu hamil semua dapat menjalani bulan puasa dengan jayanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan