28 Sep 2014

kencing kotor dikalangan ibu hamil


kencing kotor ketika hamil ?? memang sering terjadi kepada ibu hamil..masa pregnant kan yaya pernah kena sekali tu pun sebab kurang minum air masak..alhamdulillah selepas jadikan minum air masak satu amalan wajib tiap masa, masalah kencing kotor dah tak de lagi..


Apa itu kencing kotor ??


Urinary Tract Infection (UTI) a.k.a Jangkitan Kuman Di saluran Kencing

Jangkitan kuman yang melibatkan pundi kencing, ginjal, salur kencing uterer (yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing) dan salur kencing urethra (yang menguhubungkan pundi kencing keluar tubuh)
 
Siapa yang mudah dijangkiti ??
Wanita lebih mudah menghidap penyakit kencing kotor kerana mempunyai urethra yang pendek dan dekat dengan anus berbanding lelaki.
 
Wanita hamil dan Kencing kotor

Perubahan hormon dikalangan wanita yang hamil selain urethra pendek juga antara sebab mudahnya wanita hamil terkena jangkitan ini.
Tahap kandungan hormon yang tinggi ketika hamil, menyebabkan kekuatan otot saluran kencing uterer dan pundi kencing bertambah lemah menyebabkan ianya bertambah merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing.
Pada masa yang sama, rahim juga semakin membesar dan menekan salur kencing ureter dari luar menyebakan pergerakkan air kencing tersekat. Bila otot pada pundi kencing menjadi lemah dan tidak dapat mengempis dan mengeluarkan kesemua air kencing, ini akan memudahkan kuman di pundi kencing membiak.
Selain itu, kuman bakteria mudah membiak di kalangan wanita hamil kerana air kencing wanita hamil lebih berasid dan lebih mengandungi gula (akibat perubahan hormon). Atas sebab faktor2 ini lah wanita hamil lebih mudah dijangkiti ‘kencing kotor’.
Komplikasi kepada masalah ini adalah jangkitan kuman pada buah pinggang (dinamakan pylonephritis) dan boleh merebak ke seluruh peredaran darah dan boleh menyebabkan kematian. Bayi dalam rahim juga mengalami kesan yang teruk jika si ibu mengalami komplikasi ini antaranya risiko kelahiran awal dan bayi yg dilahirkan tidak cukup berat.

Simptom Kencing Kotor
  1. Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
  2. Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
  3. Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
  4. Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
  5. Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
  6. Demam dan seram sejuk.
Rawatan Susulan

Jika ada tanda kuman di dalam air kencing, maka antibiotik harus diberikan walaupun ketika hamil. Antibiotik tertentu selamat dimakan dan tidak memberi kesan buruk kepada bayi yang dikandung.

Makanlah sehingga habis ubat antibiotic yang diberikan, selalunya untuk tempoh seminggu walaupun demam dan sakit perutnya sudah berkurangan. Minum banyak air akan membantu mengeluarkan kuman yang terdapat dalam pundi atau air kencing (flush out the bladder).

Apabila sudah tamat, buatlah pemeriksaan semula air kencing bagi memastikan tiada lagi jangkitan kuman. Jika masih terdapat tanda-tanda jangkitan kuman, doktor akan memberikan antibiotic yang lain. Jika ianya bertambah parah (pesakit mendapat demam yang tinggi dan menggigil) pemeriksaan lanjut harus dilakukan di hospital


Tips pencegahan kencing kotor:
  • Larutkan satu sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing
  • Jika berkesempatan ke farmasi dapatkan beberapa bungkus URAL iaitu effervescent granules yang mudah larut dalam air. Setiap sachet mengandungi Sodium Bcarbonate 1.76g, dan mempunyai rasa lemon
  • Namun jika ia berlangsung selama 3 hari atau air kencing kelihatan berdarah atau demam yang teruk, dinasihatkan agar terus berjumpa doktor
  • Bagi wanita yang hamil, dinasihatkan berjumpa terus dengan doktor untuk mendapatkan rawatan antibiotik. Jangan membuang masa mencuba tips di atas kerana bagi wanita hamil, kencing kotor mudah merebak ke buah pinggang.
  • Minumlah air dengan banyak, sekurang-kurangnya 6-8 gelas air sehari, sehingga air kencing menjadi jernih.
  • Terus buang air kencing jika terasa untuk berbuat demikian. Menangguhkan menbuang kencing akan menggalakan pembiakan bakteria dalam pundi kencing
  • Wanita hamil perlu menjaga kebersihan diri. Selepas membuang air kecil, biasakan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra
  • Wanita yang hamil digalakkan memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendaklah longgar. Elakkan pakaian dalam yang ketat dan diperbuat dari nilon
  • Walau hamil, aktiviti seks boleh dilakukan dengan suami. Namun dinasihatkan untuk membuang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks
  • Tukar tuala wanita atau seluar dalam dengan lebih kerap jika ianya telah kotor
  • Kurangkan makan makanan manis atau minum air yang mengandungi kafein
  • Pastikan mengambil Vitamin C (antara 250 - 500gm), Beta-carotene (25000 - 50000 IU) dan Zink (30 - 50mg) sehari untuk membantu melawan jangkitan kuman jika mendapati daya tahan tubuh lemah

nak dapatkan suplimen sepanjang kehamilan anda
sms @ whatsapp 0148004196
harnani ( id 934707 )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan