16 Dis 2014

amalan bertungku selepas bersalin ?? perlu ke ??

Bertungku ??
Ada yang pernah dengar dan ada jugak tak pernah dengar.
 
Ada yang jugak tahu tapi rasa tak penting kan
 
Apa itu bertungku ??
 
Bertungku adalah satu proses di mana besi panas atau batu panas samada batu sungai atau anak lesung akan diletakkan sekitar abdomen iaitu pada ari-ari/ bawah pusat dan di atas perut (bawah buah dada).
 
 
Mengikut amalan orang dulu-dulu bertungku ini bertujuan untuk
  • menghangatkan badan ibu
  • membuang angina ( nanti tak de la ibu ada masalah angin dalam badan )
  • mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah.
  • Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku
 
  
Tempoh masa bertungku pula ikut pada keupayaan dan kemampuan masing-masing. Kalau yang rajin bertungku, biasanya ada yang sampai habis pantang dan ada juga yang bertungku hingga keluar darah nifas yang terakhir dan ada juga yang hanya bertungku dalam masa 2 minggu sahaja
 
Masa bersalin kan Alliya dan Haiqal dulu sempat bertungku dengan mak bidan selama 20 hari bersalin first dan 10 hari masa bersalin kan haiqal bermula dari 7.00 pagi hingga 11.00 pagi dari hari kedua bersalin hingga la seterusnya. Awalnya hari kedua, tak takut ke jahitan terbukak ??..sebenarnya kan lagi cepat lagi elok mulakan proses bertungku sebelum urat-urat kita dah mula kembang dan bengkak..serius memang ringan badan, luka pon cepat sembuh je.. bayaran masa tu mak bidan tu ambik RM40 /sehari..so abis la dekat-dekat RM1k jugak sekali dgn urut bagai..sanggup simpan duit untuk bertungku semata-mata sebab nak sihatkan badan.
 
Selepas hari-hari berikutnya tetap bertungku tau tapi sendiri-sendiri je la lepas mandi, petang dan malam sebelum tidur sehingga la ke hari 40.
 
Bertungku ni jugak boleh mengurangkan risiko bentan tau..bentan ala-ala demam urat tapi lagi teruk dari tu sampai menggigil tau dan ubatnya jugak dengan bertungku. Ia biasanya disebabkan oleh pergerakan kita yang berlebihan, tak berpantang makan dan minum. Jadi bila bertungku ia melegakan urat-urat kita,,rasa cam bukan dalam pantang,,hehe
 
Yang nak selim melim pon digalakkan bertungku dan berbengkung sekali..sekarang senang walaupon dah payah nak cari batu sungai untuk bertungku tapi ada je tungku besi, tungku elektrik..lagi senang nak guna..So, yang tengah berpantang tu rajin-rajin la bertungku..betul anda akan rasa betapa bestnya badan anda lepas tu,,
 
 
Nak dapatkan set berpantang yang sesuai ??
Sms @ whatsapp 0148004196
SID 934707
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan