17 Feb 2016

Solid food @ makanan pejal untuk anak 6 bulan

Memperkenalkan Makanan Pejal kepada Bayi


Credit to : mommy-qasehohara

sempena anakanda hilman dah masuk 6 bulan, so mama pon kena bersiap sedia untuk mulakan solid food kat hilman..so nak share sedikit info yang mama dapat dari hasil blogger lain...

Bila anda patut memperkenalkan solid food ke pada bayi anda?

- Seawal 6 bulan dengan syarat bayi telah bersedia.
- Terbaik diperkenalkan sehingga bayi berusia 6 bulan untuk memastikan baby mendapat sepenuhkan khasiat susu ibu.
- Jangan memperkenalkan bayi anda solid food pada umur terlalu muda kerana usus bayi yang masih belum matang bimbang akan menyebabkan masalah jangka masa panjang pada sistem penghadaman mereka.

Bagaimana anda tahu yang baby anda ready untuk menerima solid food?

1. Kawalan kepala : bayi anda mampu menegakkan kepala nya sendiri tanpa sokongan. ada yang kata leher bayi dah kuat. 

2. Kehilangan "reflex penghasilan" : maknanya lidah bayi tu bersedia untuk menerima masuk makanan/benda ke dalam mulutnya. Jika belum bersedia, dia akan cenderung menolak makanan keluar dari ulutnya. Tu yang ramai ibu-ibu merungut bayi tak mahu makan bubur dengan sudu, tapi masuk dalam botol campur susu dia mau..ini kerana lidah bayi masih belum bersedia

3. Boleh duduk tanpa atau dengan sedikit bantuan: Maksudnya baby boleh duduk tegak - masuk dalam baby chair. Kenapa? supaya baby boleh menelan makan dengan mudah. Kalau baring, mungkin boleh tersedak or tercekik

4. Menunjukkan tanda-tanda mengunyah : Mulut & lidah bayi berkembang seiring dengan pertumbuhan sistem penghadaman mereka. Ini bagi memastikan bayi mampu menolak makanan dan menelan makanan tersebut. 

5. Cepat lapar : Baby anda akan kelihatan lapar walaupun anda baru sahaja selepas menyusukan baby anda. Iaitu 8 to 10 kali menyusu dalam sehari. Dan kerap bangun untuk menyusu pada malam hari.

6. Keinginan untuk mencuba makanan yang dimakan oleh orang dewasa : Bayi anda akan mula menunjukkan minat terhadap makanan yang anda makan dengan memerhatikan anda memegang makanan, memasukkan & mengunyah makanan. ada baby yang meniru cara anda dan cuba mencapai makanan di tangan atau pinggan anda. hahaha biasa alami nya kan?


Apa itu 4 DAY WAIT RULE ?


"4 Day Wait Rule" adalah satu cara mudah untuk melihat jika ada tanda-tanda reaksi allergy or sensitif baby terhadap sesuatu makanan. Antara tanda-tanda allergy atau ketidak sesuaian makanan terhadap baby adalh seperti sakit perut, kembung perut atau masalah membuang air besar. 

Memperkenalkan makanan baru, 1 jenis makanan dalam 1 masa pada tempoh 4 hari. Contohnya, memperkenalkan avocado pada hari Isnin dan tunggu sehingga hari Khamis untuk memperkenalkan 1 lagi jenis makanan yang lain. ( Rujuk kalendar di atas)

Adalah perlu untuk mematuh 4 day wait rule ini terutama bagi permulaan with solid food & terdapat sejarah keluarga yang mempunyai food allergy.

Soalan rutin: Sampai bila anda harus mematuhi 4 days waiting rule ini?
Jawapan: Bila baby berusia 9~10 bulan.

Jika anda atau pasangan anda mempunyai allergy kepada sesuatu makanan, cuba elakkan untuk memberikan makanan tersebut kepada baby anda kerana besar kemungkinan baby anda juga mewarisi sifat allergy tersebut.


TANDA-TANDA ALLERGY:

1. Ruam di muka (terutama di sekitar mulut) , bersin, selsema, batuk, bengkak bibir atau kesukaran bernafas (jarang sekali berlalu)

2. Tanda makanan sukar di process : perut kembung, kentut, cirit birit atau muntah beberapa jam atau beberapa hari selepas menikmati sesuatu makanan.

(berhenti dahulu memperkenalkan makanan tersebut dan cuba lagi beberapa minggu kemudian, Jika masih tidak boleh, makanan tersebut perlu dielakkan)


JANGAN BERIKAN BAYI ANDA SALT/SUGAR, DAIRY PRODUCT, EGG. WHEAT, CITRUS FRUITS, MAKANAN BERCENGKERANG & KEKACANG 

kerana makanan tersebut cenderung untuk membuat baby allergy.

Elakkan bijan & kekacang elakkan diberikan kepada baby anda sehingga berumur 3tahun.

Bagaimana cara penyediaan makanan baby?
Method: Steam (cara terbaik) , Merebus (elakkan merebus terlalu lama untuk mengelakkan kehilangan zat-zat yang berkhasiat.

Peralatan Memasak : Steamer, Blender & Slow Cooker atau dengan lebih mudah & ringkas gunakan baby food processor yang terdapat di pasaran ie: Philip Avent, Mebby Baby Chef Food Processor dll

Keperluan Baby : Bowl, Spoon, Bibs , Baby Chair

Happy Feeding! :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan