20 Nov 2016

UJIAN ITU TANDA ALLAH SAYANG

Assalamualaikum..
selalu sangat bercerita tentang produk shaklee je kan hari ni kita bercerita tentang kehidupan pulak..Camne ye nak mulakan..Okey bermula nya camni kalau tak silap bermula tahun 2011, saya perasan tentang bengkak di leher sebelah kiri..Serius tanpa rasa sakit so melangkah la ke Klinik Nida dan dinasihatkan untuk ke Klinik Kerajaan bagi mendapatkan pengesahan.

Tapi...faham-faham je la kan perasaan takut menyelubungi diri,,jadi, ignore je la sehingga la pada tahun 2015 semasa saya mengandungkan anak ketiga iaitu anakanda Muhammad Norhilman Hadi, checkup dengan Doktor kat KK die pulak terperasan dengan bengkak tu jadi kena la ambil darah untuk ujian tiroid tapi malangnya keputusan tu hilang entah ke mana..tak tahu la silap di mana tapi lega la sikit bila nurse kata kemungkinan normal..kalau tak normal mesti diorang dah telefon bagai untuk ujian lanjut. Saya pon selamat bersalin tanpa sebarang masalah.

Akhirnya sejak julai 2016, simptom-simptom pelik mula saya rasa bila saya rasa cepat penat, cepat marah, tangan menggeletar, tekanan darah tak stabil, nadi pon laju dan bengkak di leher biasanya on-off tak surut-surut. Memikirkan risiko yang bakal saya hadapi sebab tengok rakan-rakan sekeliling muda-muda lagi dah sakit macam-macam ( haha,,tau pon takut kan ), so beranikan diri ke KK berdekatan untuk checkup..bila bercerita dengan doktor dia kata ada tanda-tanda hipertiroid tapi kena check darah dulu untuk confirmation dan temujanji untuk ultrasound diatur.

2 minggu lepas ujian tu, keputusan keluar dan NORMAL..alhamdulillah..yang makin risau bila nak kena ultrasound ni..tarikh 9/11/2016 bertapak la ke HPRZ II untuk ultrasound..dah la malam tu kerja malam, tidur hanya setengah jam jer,,mengantuk yang amat. Bila tiba giliran untuk ultrasound, badan mula menggigil..Baring dan doktor mula ultrasound..(alaa cam ultrasound baby dalam perut tu ) dan mula la nampak nodul-nodul yang membengkak..Rupa-rupanya bukan sebijik tapi berbiji-biji..sebelah kanan, tengah ( ithmus ) dan kiri..paling besar ukuran 2cm x 1.5cm..hampir 5-6 biji nodul termasuk yang kecik-kecik dan ini lah dia Multinodular goiter.


ni gambaran kelenjar tiroid kita..
Goiter multinodular: Dalam keadaan ini, beberapa nodular akan terbentuk di kedua-dua belah tiroid, mengakibatkan keseluruhan kelenjar itu membengkak. Ia terjadi apabila hormon tiroid yang biasa, rendah atau berlebihan dihasilkan.
( rujukan Utusan Malaysia )
tapi kan yang saya sekarang tak de la nampak ketara dari luar, kemungkinan dia membengkak ke dalam. Saya cuma berharap ia hanya lah bengkak biasa dan bukan kanser. MUdah-mudahan..Aaminn..

Perlu pembedahan tak ?? Kemungkinan besar sebab buat apa nak simpan kan..Saya takut benda tu makin membesar..Alhamdulillah walaupon sukar pada permulaannya nak menerima tapi saya tetap tenang seperti biasa..bekerja seperti biasa cuma perlu menyesuaikan diri dengan perubahan kesihatan. tak pe shaklee ada,,hehe,,eh terpromot pulak..memang shaklee banyak membantu untuk kekalkan tenaga saya sepanjang hari pon..
kalau bermasalah dengan kelenjar tiroid ni memang mempengaruhi kawalan tubuh kita seharian. So, i need more supliment to raise up my energy dan shaklee salah satunya.

So, kalau ada yang rasa apa-apa perubahan pada diri anda atau kesihatan anda, cepat-cepat la buat pemeriksaan kesihatan. Inshallah langkah awal anda mampu mengurangkan risiko kepada keadaan yang lebih bahaya.


KEEP CALM AND STAY POSITIVE..

nanti kita update kisah follow up kita dari semasa ke semasa ya..
Jangan lupa jaga kesihatan  = )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan