24 Dis 2013

Ciri-Ciri sahabat yang baik

♥♥ ciri - ciri seorang sahabat yang baik mengikut Imam Al-Ghazali ♥♥

1. Jika kau berbuat baik kepadanya, maka ia juga akan melindungimu.

2. Jika engkau merapatkan hubunhan persahabatan dengannya, maka ia akan membalas balik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau memerlukan pertolongan darinya, maka ia akan berupaya membantu sesuai dengan kemampuannya.

4. Jika kau menawarkan melakukan sesuatu yang baik kepadanya, maka ia akan menyambut dengan baik.

5. Jika ia memproleh suatu kebaikan atau bantuan darimu, maka ia akan menghargai kebaikan itu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik dari dirimu, maka akan berupaya melindunginya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya, maka ia akan mengusahakannya dengan sungguh-sungguh.

8. Jika engkau berdiam diri ( kerana malu utk bersuara ), maka ia akan menanyakan kesusahan yang kamu hadapi..

9. Jika bencana datang menimpa dirimu, maka ia akan berbuat sesuatu untuk meringankan kesusahanmu itu.

10. Jika engkau berkata benar kepadanya, pasti dia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancang sesuatu kebaikan, maka dengan senang hati ia akan membantu rancangan itu.

12. Jika kamu berdua sedang berbeza pendapat atau berselisih faham, pastI ia akan lebih senang mengalah untuk menjaga persahabatan..

Mencari seorang sahabat yg betul2 ada ciri- ciri spt ini memang sukar tapi percaya la disekeliling kita pasti ada seseorang yg boleh menjadi sahabat kita..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan